Isnin, September 01, 2014

Kegilaan Gelang Getah

Pernah dengar 'Rainbow Loom'? Ermm, kalau tak, pernah tak tengok budak-budak sekarang pakai gelang ni?

Sekarang ni musim si cilik datang kelas & tayang gelang baru yang dibuat oleh mereka.

'Rainbow Loom' dah lama dah popular di luar negara tetapi baru belakangan ini jadi 'trend' dalam masyarakat kita terutamanya kanak-kanak dan remaja. Cantik sebagai aksesori yang boleh digayakan, aktiviti menghasilkan gelang ini menjadi kegilaan kerana pilihan warnanya yang menarik dan mudah untuk dibuat. Ala, macam kita masukkan getah anjang-panjang untuk 'main getah' tu. (Kalau anda tak ada idea apa yang saya cakapkan, senyum jer,..sebab anda jauh lagi muda!)

Bagi yang dah terjebak dengan 'Rainbow Loom' ni, pelbagai rekabentuk gelang yang boleh dihasilkan. Tidak terhad kepada bentuk simple seperti di atas. Boleh buat bentuk bunga,..bentuk bintang,.. Sesuai untuk dijadikan aktiviti bersama anak-anak pada masa senggang/ di dalam kelas seni untuk develop kreativiti mereka.

Oh, hati-hati,..terdapat banyak produk tiruan di luar sana. Memang harganya lebih murah tetapi tidak sesuai untuk si cilik anda kerana materialnya berkemungkinan besar tidak bebas toksik.

23 ulasan:

  1. anis xtau plak gelang nie femez.. cousin siap bg dua lagi.. plik jugak dengan getah pun nk bergelang2 bagai.. lepas adik anis ckp gelang nie femes trus rase..alahai ketinggalan suda..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita, dik. Akak pun students yg kasi tau :)

      Padam
  2. baca entry nih bru tau psl getah loom nih

    BalasPadam
  3. tak tahu tentang ni.. cantik, colourful :)

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Klu search image kat google, ada macam2 design cantik, mama.

      Padam
  5. kakak, kenapa saya baru tau kewujudan ia? hehe. cantik2 tapi saya tak tau pakai gelang. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menarik kan?! Huhuhu akak pun sama dik, kalau pakai gelang sekejap je. Lepas tu rimas sendiri!

      Padam
  6. cantikknya.. kalau sy budak2 mesti nk pakai benda ni. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. cantik kan,...mak budak pun boleh pakai tau hihihi

      Padam
  7. Teringin juga nak beli untuk anak2... tapi fikir balik... since yg sulung tu nak exam lagi beberapa hari jer lagi... so tangguhkan laa dulu... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa, skrg Atikah dah merdeka bolehlah beli utk dia, Kak Idah :)

      Padam
  8. dia material kain atau getah ea? cantik ...! budak2 sekarang mmg kreatif bukan maineebebe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg mcm getah biasa tu, Nana. Cuma lebih byk pilihan warna :)

      Padam
  9. Hoho xtau jugak tengah femes.
    Budak-budak sekarang sume nak bawak.
    Karang yang xde, tengok je.
    Tak ke putih mata..

    BalasPadam
  10. anak-anak akak pun dah suka sangat ngan getah ni. jadi cekak, gelang, rantai...anak-anak akak try jual kat FB tapi laku 2 pcs aje. kwn beli. hihih kesian.. . nanti akak nak buat jugak satu entry nak cerita pasal getah ni.

    BalasPadam
  11. Tahun lepas Sha belikan Amani dan Imani getah ini.. Sebekas besar pelbagai warna, memang ralit diorang buat gelanglah, rantailah.. hehehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.