Selasa, Oktober 28, 2014

Jom Cuba Nasib - Bila Masih di Langit

Assalamu'alaikum. Selamat Pagi! Checked akaun Nuffnang dan intai-intai keywords. Cuba tengok kat bawah ni,...

Keywords hits

Guitar chords and crafts tu biasalah. Apa yang buat saya tersenyum ialah phrase 'bila masih di langit' tu. Menarik pulak! Boleh buat tajuk lagu atau tajuk novel gitu! Hmmmmm,...(urut-urut dagu sebab kononnya dapat idea!) OK, kalau minggu lepas kita main teka-teki, (jemput baca di sini), minggu ni kita sambung-sambung ayat pula nak?!

Mari! Mari! Mari! Saya tahu ramai yang berbakat menulis di luar sana. Jadi, apa yang perlu kalian lakukan ialah lengkapkan frasa 'bila masih di langit' menjadi satu ayat yang paling kreatif! Ya, paling kreatif!

'bila masih di langit' perlu ada dalam ayat. Boleh pilih sama ada nak letak di
  • Pangkal ayat- 'Bila masih di langit,...'
  • Akhir ayat- '...bila masih di langit.' ataupun
  • Pertengahan ayat - '... bila masih di langit ...'
Nak guna tiga-tiga sekaligus pun boleh!

Tak perlu buat entri di blog kalian. Saya bukan buat segmen atau GA :) Suka-suka je nak interact dengan rakan-rakan yang rajin singgah di blog. Tinggalkan ayat di ruangan komen. Kali ni kita buat lama sikitlah - sehingga pukul 11.59 malam, Khamis, 30 Oktober 2014. OK?

Seperti sebelum ini, komen-komen 'penyertaan' akan saya approve selepas semuanya tamat! Biar suspen sikit. Selamat Mencuba! Ada hadiah untuk pencipta ayat terbaik!

Nota Senyum: Hadiah untuk Acik Watie & Amy J tak hantar lagi. Busy dengan kerja translation pula. Jadi, tak dan nak ke pejabat pos! Saya hold dulu ye...hantar sekali dengan yang ini nanti.


49 ulasan:

  1. Okayy ini best. Nak join. Tapi ilham tak daatangg lagi. Huahh. (TεT)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebuntuaan tahap sgjsklags. Hahaha. Tak ada ideaa. Sobb. Asyik dok ulang ayat tuu jee. Lols. o(╥﹏╥)o

      Padam
  2. wah wah wah banyak keyword, meh pinjam siket, hihi

    BalasPadam
  3. Bila masih di langit biru yang semakin kemerahan, aku cuba untuk mencari arah, bila masih di langit terang, aku kecundang di mendung petang, tapi aku tetap teguh terbang bila masih di langit.


    Amboi dah macam sajak bila masih di langit pulak... wahahahaha... saje je..

    BalasPadam
  4. maksu teringin nak cuba, tapi ilham belum datang. Ilham dah ada nnti maksu tulis ea! :)

    BalasPadam
  5. Jom Cuba Nasib,kan??

    'Bila Masih Di Langit, semuanya berharap agar ia akan turun ke bumi. Semasa ia di bumi, harapan tidak seperti 'bila masih di langit'.

    Ayat pertama tu macam kena..tapi ayat kedua tu macam tak kena pulak. Boleh la tu..ayat orang kewangan jadi sasterawan sekejap.

    BalasPadam
  6. wow, menarik ni! :D

    nak kena car ayat best dulu ni. hehehe....

    BalasPadam
  7. Ya Allah jika rezeki masih di langit turunkanlah jika dibumi keluarkanlah jika sukar permudahkanlah jika haram sucikanlah jika jauh dekatlah :P

    nasyid lah seround..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bait doa dhuha ni memang indah, kan...

      Padam
    2. hihihi aci dak..? masih di langit kan hihihi..

      Padam
    3. Doanya sangat sangat indah...sentiasa ingatkan kita akan kebesaran dan kekuasaan Allah,..setiap rezeki dan nikmat kita adalah daripada-Nya.

      Padam
  8. takde idea la kak.. hahah adoi -.-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah carik idea....kasi panggil itu idea datang!

      Padam
  9. dah malam nie... otak dah mendungg... hehehe... :D

    BalasPadam
  10. Bila masih di langit,
    Terokalah dengan mata hati dengan apa yang ada di atas sana.
    Tapi,
    Sekali sekala, jenguklah ke bawah untuk pastikan kita berada di landasan yang betul.

    Dahh.

    tetiba dia datang. sorry, tak reti sangat bahasa puitis. hahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puitis dah ni, Scha. 'Terokalah dengan mata hati,..' :)

      Padam
  11. Alamakkkk.. pagi ni takndtg idea..
    Tp ase bab2 mangarang ni mmg xde idea la kak farrah..
    Otak dah tak asah sejak kuar dr sekolah gamakanye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada idea, takpe. Dah sudi baca entri ni pun dah cukup bagus :)

      Padam
  12. BILA MASIH DILANGIT kau nampak semuanya kecil, kau nampak semuanya seakan lemah, kau nampak kau yang gagah, pandanglah bila didepan bukan dari atas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka bahagian 'pandanglah bila di depan,..bukan dari atas!' :)

      Padam
  13. erk dah xde idea. -.-

    aduh susah gak nak buat bila masih di langit ni. hahahaha.. terlalu apa orang kata entah, metaphor?

    BalasPadam
    Balasan
    1. metaphor? hiperbola? unsur alam? alaa sambung je Amy,.. ikut suka!

      Padam
  14. Balasan
    1. Ye anak murid semua,...hari ini kita akan belajar sambungkan ayat,... :)

      Padam
  15. Assalamu'alaikum, jemput baca ayat-ayat 'bila masih di langit' kita. Ada 5 penyertaan. Hebat-hebat! Rasanya ayat siapa yang terbaik?

    Insya Allah, esok saya tulis entri khas ye. Malam ni pening kepala. Tak larat nak duduk depan komputer lama-lama.

    BalasPadam
  16. hebat juga ya hafiz tu.. hehe. suka2 pun boleh memikat hati

    BalasPadam
  17. "bila masih dilangit" ni buat saya teringat pada lirik lagu sahrul gunawan - dhuha.
    part chorus dia XD

    BalasPadam
  18. lambat singgah sini. dah terlepas.

    BalasPadam
  19. Ala..dh ada pememang kan..sis JM ni tak kreatif tapi nak try lah

    "Bila masih di langit aku pandang ke bawah rupanya aku berada di dalam kapal terbang" on the way balik dari Busan ke Malasyia..ahahah..Farrah...sis JM main2 je tau.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.