Resepi Spaghetti Aglio Olio e Peperoncino

Jumaat, November 14, 2014

Hari ni nak update resepi spageti ringkas dalam entri terdahulu 'Saya, Urusan Hari Ini & Spaghetti Aglio e Olio'. Spaghetti Aglio e Olio ni bermaksud spageti minyak dan bawang putih. Version Aglio e Olio yang ini ada elemen pedas sedikit, so, nama resepinya 'Spaghetti Aglio Olio e Peperoncino' a.k.a Spageti Minyak Bawang Putih & Cili. 


Resepi Spaghetti Aglio Olio e Peperoncino
Saiz Hidangan: 3 - 4 orang



Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Spageti - 1/2 pek (Dimasak dengan air mendidih yang ditaburkan sedikit garam. Asingkan dalam secawan/ 3 senduk besar air rebusan spageti. Tuskan. Gaulkan spageti dengan beberapa titis minyak zaitun supaya tidak melekat. Nak guna mentega pun boleh. Tapi jangan banyak sangat! Kita nak gaul dengan minyak juga nanti.)
  • 6-8 siung bawang putih (cincang halus)
  • 3-4 sudu besar minyak zaitun
  • Beberapa tangkai cili kering (rendam dalam air panas lebih kurang 10 minit, hiris nipis/memanjang dan buang biji)
  • Beberapa tangkai cili api (hiris nipis)
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa
  • 8 ketul jejari ketam / beberapa ekor udang
  • Sedikit parutan keju parmesan
  • Daun parsli (untuk garnishing)

Cara penyediaan:
  1. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih, cili kering dan cili api atas api perlahan. Apabila bawang putih bertukar keperangan, masukkan pula air rebusan spageti yang kita asingkan tadi.
  2. Masukkan jejari ketam yang telah dipotong kepada beberapa bahagian. Biarkan masak seketika.
  3. Masukkan spageti yang telah ditus. Padam api. Gaul pasta hingga sekata.
  4. Tabur parutan keju dan daun parsli sebelum dihidang.

 SELAMAT MENCUBA!




38 ulasan

  1. sedapnyee..selalunya ecah buat carbonara or bolognese je..nak cuba la cmni..

    BalasPadam
  2. wah bestnya. thank u for resepi

    BalasPadam
  3. alahai.. sedapnya kak.. rasa mcm nak try harini jugek. heeee

    kalau guna minyak biasa pon xpe ke kak? huuu

    BalasPadam
  4. simplenyee.. minyak biase boleh eh.. hihi.. tengkiu kak farah.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, Anis. Kalau nak guna mentega/marjerin pun boleh :)
      u r most welcome.

      Padam
  5. arghhh.. sukanya tengok tabur2 atas tu. nampak curlass... heheh. teringin nak buat ala2 seafood... tak tau la bila nak buat.. heee

    BalasPadam
  6. Hamboi~ Terliuh naaaaa
    Nak buat tak rajin, haha
    Kang masuk dapur, semua nak rentung. Saba jelah >___<

    BalasPadam
  7. walaupun resipi ni khusus utk cik Nadyya dan Anizz...sis JM nk try buat ikut resipi ni..bahan2 senua dh ada....esojk pagi boleh try...ahakss..gigih tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat mencuba kak ^^ kite je xcuba lagik.. bahan tak cukup lagik. wuuu

      Padam
  8. akakk, sedapnyaaa. rasa nak masak spaghetti esokk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan,..jgn lupa hantar kat akak sepinggan hihihi

      Padam
  9. alahai, terliurnya tengok spaghetti akak tuh..wana peminat spaghetti..semua pun wana suka.. ^_^

    BalasPadam
  10. Suka olio ni.. tapi parents tak suka sebab kering...

    huk2... tak pe, nak buat jugak nanti.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba buat portion kecil dulu, Firah. Test market :)

      Padam
  11. yummy ! nampak meleleh air liur ni haaa, sedap tu :)

    BalasPadam
  12. ni nampak senang tapi pemalas nak buat hihihi.. even cem 123 aje..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe kalau malas nak buat, pilih dan tunjuk je CT. Siapkan RM secukupnya :)

      Padam
  13. Buat sendiri lagi puas kan kak dari order kt restoran. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Of course. Nak makan puas-puas, memang berbaloi buat sendiri ;)

      Padam
  14. Uhh best2 aglio olio ni kak farrah.. mmg fav.. tp style ayu bt gune daging cincang.. sllu org bt seafood kan.. heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah. Akak pernah tengok orang masak letak air gas macam sprite & 7up lagi,... :)

      Padam
  15. Datang tengok balik entry ni. Cadang nak buat esok untuk lunch;)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.