...tapi dia tak calarkan hati kita.

Jumaat, November 21, 2014

Hari ni bawa Yuri jumpa vet untuk check-up and deworm. Sementara menunggu giliran tu, duduklah berbual dengan seorang mak cik ni. Mak cik ni bawa 3 ekor kucing kesayangannya untuk dapatkan rawatan. Comel-comel dan gebu!

Tengah-tengah berbual, mak cik tu capai dan belek tangan kanan saya.

"Ni calar kat tangan ni, Yuri cakar ke?"

Saya angguk dan jelaskan pada mak cik tu, kucing saya si Yuri ni memang garang sikit. Dia suka dia cakar, manja dia cakar, terkejut dia cakar, marah pun dia cakar! Belum campur tiba-tiba dia rasa sayang sangat kat saya sampai kaki saya jadi mangsa taring gatal dia! Saya memang sentiasa calar-balar dapat trademark daripada Yuri.

Sambil pet kepala Yuri (yang mana puaslah dalam hati saya berzikir dan doa agar kucing bertuah saya tak cakar mak cik tu), penuh makna mak cik tu balas,..

"Calar kat tangan tak apa,...janji dia tak calarkan hati kita,..."

Saya senyum. Makcik, you gave my day a good start!


42 ulasan

  1. sangat bermakna!kucing saya calarkan hati saya bila dia kencing kat sofa.huwaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh itu bukan setakat calarkan hati,..tu dah jatuh kategori robek hatiku :)

      Padam
  2. wow....betul tu...
    tapi kot mana pun...Nad still takut kucing....
    heeeeee....

    BalasPadam
  3. Dalam makna kata2 makcik tu..sama la Kak..kucing wana pula bukan garang tapi nakal dan cara dia main kasar sikit..kadang2 dia myorok tunggu sapa2 melintas dan lompat kat kaki..mak ai tekejut kita..habis calar balar..Haha..

    BalasPadam
  4. cewah ayat akak :P kucing saya pun sama. agaknya dia ingat cakar tu nampak sweet kot. nampak dia sayang. hehehehe..

    kak Farrah!! saya dah dapat semua hadiah kak Farrah! lawaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat!!!! suka suka suka :DDD nnti saya buat entry. mekasih ye kak!!! :DDDDD *happy gila ni. heee*

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Glad you like those presents! Sorry, hadiah kecik2 je. Tak payah susah2 buat entri, dik. Yg penting dah selamat sampai kepada Amy :)

      Padam
  5. wah!!! kelu lidah bila dgr kata2 makcik tu..biasanya kucinig susah sikit nak calar hati kita berbanding 'manusia' makcik..kalau kucing calar hati kita x lama lepas tu boleh sembuh kalau dgn 'org' ni belum tentu sampai mati boleh terubat ehh..betul ke hurmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kak. Calar hati ni kesannya lama. Dah berparut pun boleh luka balik :)

      Padam
  6. arrghh teringat dulu, bawak tikus kite gi vet...dah mati 2 tahun dah tikus kita.... bawak naik bus, pakcik drebar bus pon tegur tikus kita....ahhahhah :D rindu zaman gi vet ni...

    BalasPadam
  7. dalam sungguh falsafah makcik. hehe.

    kak farrah, terima kasih :
    http://rainfallasleep.blogspot.com/2014/11/terima-kasih-hadiah-7-kak-farrah-mf.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks so much, budak. Sampai buat entri segala! Terharulah!

      Padam
  8. mendalam sungguh kata2 makcik tuu.. sangat setuju ^^
    calar kat tangan xpe, esok lusa baik la.. calar dihati.. berbulan2 nak baik. mungkin bertahun2 kan kak? huu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang. Calar kat hati ni kita sendiri tak tahu berapa lama baru boleh baik :)

      Padam
    2. kan kak? sangat sukar utk di sembuhkan :)

      Padam
    3. Sangat sukar. To certain extent ada yang tak sembuh2 hehehe

      Padam
  9. macam ada maksud yang tersirat dari makcik tu. hehe

    BalasPadam
  10. Balasan
    1. Makcik ni dah patut trending dah dengan statement dia hihihi

      Padam
  11. kadang2 pet yg kita bela tu mampu gembirakan hati tuan dia,walaupun dia tak paham apa yg kita luahkan tp rasa lega bila kita meluahkan.. saya takut dgn kucing yg besar,risau dicakar

    BalasPadam
  12. alamak sis.. teringat satu hal ni. ayah baru je cat kereta dia... so dia tak kasi kereta dia calar.. kalo calar sikit mesti nak marah.. (yela baru cat je kan) , then mak cakap , "biar hati kita calar.. jangan kereta calar", hahaha

    BalasPadam
  13. pernah kena cakar ngan kucing... time tu tgh makan kt cafe... xtahu ada kucing kt kaki..trpijak ekor... da cakar kaki saya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adoiiii!. Sure pedih kan?! Kalau kena cakar macam tu, Zarul kena picit bahagian yang kena cakar utk keluarkan bisa. Claws kucing kotor,..especially yang dok meliar kat luar.

      Padam
  14. Kalau macam tu, saya xboleh jumpa Yuri sebab saya takut kalau kene cakar dengan kucing eventhough dia nak manja-manja je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yess,..don't worry. Rumah akak ni, once ada tamu, Yuri masuk bilik! (Style anak dara sunti gitu!) Hahaha padahal tak mo dia buat kecoh ngan cakaran trademark dia tuh.

      Padam
  15. Esok nak kene prescribe ubat cacing untuk Iri.

    BalasPadam
  16. she sounded so terluka tapi huurm makan dalam betol. but CT pernah baca lab somewhere.. sayang pets lagi berbaloi dari sayang manusia lain. am i right ? ye la mmg tak semua yang tak reti appreciate tapi nasib badanlah.. yang sikit tu yang slalu kita jumpa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. I mean buat baik pada binatang ada gak faedahnya daripada buat baik pada orang then orang tikam kita. It's kind of sweepish statement, tapi biasanya begitulah :)

      Padam
  17. Betul cakap makcik tu.. Certain manusie, dah calar tangan hati kite turut tercalar. Or tak calar tangan, hati tercalar.

    BalasPadam
  18. Kalau ayu terpaku satt ng kate2 makcik tu.. tp btl laa.. calar kat tangan berparut bleh nampak.. calar kat hati?? Sape yg tau... haaaa

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.