Kaulah seluruh cinta bagiku,...

Khamis, Disember 04, 2014

...yang slalu menentramkan perasaanku
...dirimu kan slalu ada
...di sisiku selamanya


Siapa minat Tok Ti? Siapa yang ngefans bangat sama Cakra Khan? Ayuh, merapat! Hehehe tukar slang balik. OK. Kalau sebelum ni, kita dah mellow-jiwang dengan lagu Afgan (klik di sini ye), saya nak belanja satu lagi lagu best!

Seluruh Cinta, lagu duet terbaru Dato' Siti Nurhaliza dan Cakra Khan sangat meruntun perasaan! Lagu ciptaan Krishna Balagita ini sesuai untuk orang putus cinta. Orang yang tak bercinta atau tengah syok bercinta pun boleh je enjoy dengar. Bagi saya, melodi 'Seluruh Cinta' best, liriknya pun ada ummmphhhh! Especially bahagian korus. 

Kaulah seluruh cinta bagiku
Yang selalu menentramkan perasaanku
Dirimu kan selalu ada
Di sisiku selamanya

Kau bagaikan nafas di tubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerakku
Ku kan selalu memuja mu

Hingga nanti kitakan bersama


Apa yang buatkan lagu ni lebih menarik ialah gabungan suara mereka berdua. Bayangkan, suara Dato' Siti yang lemak merdu dengan suara husky Cakra Khan,.. memang menjadilah! Tak jemu dengar! Lagu ni juga jadi OST Suamiku Encik Perfect 10 :)


Credit

Oh, bagi yang nak cuba dengar, sila klik Seluruh Cinta - Dato' Siti Nurhaliza feat. Cakra Khan
Credit to MyMusic Records.

Psst! Pasang lagu ni on repeat mode ;)




46 ulasan

  1. Alolo..suka tengok Dato Siti yang cantik.
    Bilalah saya nak cantik macam Dato.
    Ishhh..kesitu pulak saya ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe kang cantik macam Tok Ti, Datuk K cari plak... ;)

      Padam
    2. Hahah tau tak pe...abang askar nak letak mana nanti ;) gurau2 je ye...

      Padam
  2. Nama Cakra Khan tu biasa dengar.
    Lagu dia pun.best.
    Tapi, ni first time saya tengok gambar dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shikin, ini Cakra. Cakra, ini Dr. Shikin :)

      Padam
    2. Selamat berkenalan, Cakra Khan.
      Hehe.. Memang nama dia ka nama glamor je?

      Padam
    3. Haa itu akak tak tau. Akak masqa mula2 dengar nama dia, aikk hindustan ka yang nyanyi lagu Indon?

      Padam
  3. Tok TiFirah tak dak.. Tok Teh Firah ada.. hehe

    BalasPadam
  4. Asalam...1st time dengaq nama Cakra khan..tapi sedap ja dengaq lagu nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Bolehlah ye lagu ni ngan telinga Khaty :)

      Padam
  5. best akak best !! jatuh chentaaa.. mmg gempak gabungan suara tu. (Y) :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah siap donlod jugaaaa.. hehe. untukmu aku bertahan pn dh dlm folder lappy. hehe

      Padam
    2. Happy listening! Mana tau sambil2 dengar lagu ni dapat idea nak menulis :)

      Padam
  6. tak minat tokti tapi suka cakra. boleh x kak?
    akak, saya baru first time dengar ni dah meremang bulu roma. hehe. yup, memang sedap. ^^
    dah download dh. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh saja...selamat mendengar sambil fefeeling, budak! ;)

      Padam
  7. sedap layan lagu nih. syahdu lirik dia kak Farah. tambah pulak depa begabung. mmg meletop! hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak masih belum jemu dengar lagi, Ana ;)
      Kalahlah Muara Kasih!

      Padam
  8. Sukanya lagu tuh.. lama tak dengar lagu.. huhuhu..

    BalasPadam
  9. thanks sharing. baru nak dengaq. hehe

    BalasPadam
  10. saya belum pernah dengar lagi. Jap nak dengar. Best sangat ka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ♪ la la la la la ♫ akak tengah dengar ni...

      Padam
  11. macam lagu sedih ja kak farrah...hehe tak best la layan lagu sedih ni huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagu jiwang, aRz. aRz tak digalakkan dengar, nanti hilang feel nak amik gambo cantik2 hahaha relevan tak?

      Padam
  12. wana belum sempat dengar lagi lagu ni kak..tapi mesti best sebab gabungan pun menarik antara dato ct dan chakra khan.. :)

    BalasPadam
  13. sis tak pernah dgr then terus click youtube

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok tak, sis? Sesuai tak jadi santapan halwa telinga?

      Padam
  14. Akak boleh duduk serumah dengan budak sebab die minat music mcm akak. haha kite tak minat sangat :|

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi tak minat muzik pun kita tetap boleh geng kan,.. :)

      Padam
  15. Tok Ti..?? alamak.. bila CT ade cucu nanti mesti cucu panggi gitu sebab skarang anak buah panggil Mekti hahaa.. siapaaakah cakra khan maafla akak.. part ni memang kita ngak senada..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh,..hai Mekti..or soon to be Tok Ti. Comellah!
      Nggak apa kalau kita ngak senada. Masih bisa jadi teman kan?

      Padam
  16. ammvoi seluruh cinta bagimu., hehe2

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.