728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Rabu, 3 Disember 2014

'Untukmu Aku Bertahan' So Touching!

Dah pernah dengar? Sebenarnya 'Untukmu Aku Bertahan' nyanyian Afgan, released tahun lepas dan dijadikan sebagai OST untuk sebuah filem Indonesia, My Idiot Brother. Saya pun baru dengar lagu ni. Ingat lagi tak,... last week masa jawab Liebster Award si Nur As, I did mention yang mata sakit sebab masuk habuk. Tak selesa betul! Puaslah letak eye drops, kelip-kelip mata dalam air...tak keluar juga habuk/kotoran yang masuk tu. Mulalah sindrom grumpy and grouchy saya sampai! Pandang orang pun dengan sebelah mata (sebab sebelah lagi kena pejam!).

Last-last Bott suruh nangis! "Pergilah cuba nangis. Insya-Allah keluarlah habuk tu nanti." Saya pun pergilah duduk diam-diam dalam bilik. Ambil feel, fikir benda-benda sedih, kononnya percubaan untuk mengeluarkan air mata. Hmmmm FAILED! Semua cerita sedih dah gali tapi duktus air mata macam tak berfungsi. Mungkin hari tu mood baik kot!

Fed up dengan diri sendiri, rimas dengan mata yang main memerah, saya on komputer checked email. Ada member recommended lagu 'Untukmu Aku Bertahan' (as usual,.. the recommendation came with a request untuk guitar chords hehehe don't worry Jijie. I will get to that soon.) So, saya klik la pautan video klipnya.

Satu...

Dua...

Tiga...

BAH!!!

Sedihnya!!! Dahlah suara si Afgan ni mendayu-dayu. Klip videonya pula ada a few scenes from the movie. Terus mencurah-curah air mata ni macam empangan pecah. Repeat tengok sekali lagi pun nangis gak! On the bright side....mataku udah sihat!!! Semua jenis habuk, debu, kotoran dah keluar sebab dah servis mata secara semulajadi ;)

Nak tonton dan dengar? Klik sini ye.

Err, tapi kalau tak sesedih dan touching seperti yang saya gambarkan,..maaflah ye. Maybe saya yang befuddled. Sebelum tu kan dah fikir banyak benda sedih, jadi lagu ni kind of triggered the 'empangan pecah' =) Ok, di bawah ni liriknya.


Lirik Lagu Untukmu Aku Bertahan – Afgan

Tenanglah kekasihku
Ku tahu hatimu menangis
Beranilah tuk percaya
Semua ini pasti berlalu
Meski takkan mudah
Namun kau takkan sendiri
Ku ada di sini

Untukmu aku akan bertahan
Dalam gelap takkan kutinggalkan
Engkaulah teman sejati
Kasihku di setiap hariku

Untuk hatimu ku kan bertahan
Sebentuk hati yang kunantikan
Hanya kau dan aku yang tahu
Arti cinta yang tlah kita punya

Beranilah dan percaya
Semua ini pasti berlalu
Meski takkan mudah
Namun kau takkan sendiri
Ku ada di sini


49 ulasan:

  1. hihihi nanti qila nak dgr jugak lah hihi
    Thanks share kak farraaaah

    BalasPadam
    Balasan
    1. My pleasure, dik. Nanti cuba dengar ye :)

      Padam
  2. nanti tak try dengar..lagu So7- berhenti berharap adalah lagu yang boleh buat saya nangis..hehe.next time mata masuk habuk degil xnk keluar boleh try petua nangis ni.

    BalasPadam
  3. memang sedih pun. tapi kalau yang baru break up dengar lagi menagis laaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaa yg baru putus cinta tu tak taulah leh 'survive' dengar sampai habis ke idak...:)

      Padam
    2. sekarang saya cuma sedih kalau dengar lagu doa untuk ibu band indonesia

      Padam
    3. Ohh, lagu kumpulan Ungu. Memang sedih especially buat aRz.
      Al-Fatihah utk arwah mak, aRz.

      Padam
  4. wauuu!!! liriknya mendayu..

    nanti balik koreje, Firah tgk sbb kt opis kena blocked.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. No problem. Layan lagu malam ni :)

      Padam
  5. Kak wana baru lepas tengok video yg akak link kan tu..huwwaaa..tangkap leleh..sob sob..

    Liriknya tu sgt kena dgn diri wana..touching abess..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedeyyy kan....bila lirik kena ngan diri tu lagi syahdu lahhh
      Ooops cukup! Tengah buat kek ke tu? Kang air mata masuk adunan susah plak :)

      Padam
    2. haha..ya kak wana tengah buat kek..tapi sempat lagi ni bw guna hp :)

      nasib baik x menitik atas kek..huu..

      Padam
    3. Haaa nanti kek jadi extra ordinary sedap ada secret ingredient - air mata Wana ;)

      Padam
  6. Kak. Tacing. Nak tisu. Genang ayaq mata tgk vid tu.
    Kalau dlm mata Jie ada habuk, boleh lah try petua akak tu. hee.. lagu afgan mmg best! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nah..nah! Ambil 2 3 helai sekali. Jieeee! How r u?! Kita windulahhh!

      Padam
  7. sedihnya lagu ni! intro tu pun dah boleh buat fefeeling. haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak masa dengar 2nd time, dia bukak mulut 'tenanglah,..' dah merebeh balik huhuhu

      Padam
  8. Banjir x, k.Farrah?
    Hehe..sedih sangat tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banjir kat dalam bilik, Shikin.
      Kat luar panas terik hihihi

      Padam
  9. nk try dgr tgk..saya nangis ka x..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa cuba dengar...klu tak sedih/touching mohon ampun awal2 ;)

      Padam
  10. akakkk, empangan sya dah pecahh. huwaaaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhhh don't cry! Don't cry! Ni akak nak kena datang bawa tisu ke baldi? :)

      Padam
  11. Boleh praktik bila mata masuk habuk nie...

    BalasPadam
  12. hadoiyai lirik dia. mata x masuk habuk pon mmg bg alasan masuk habuk ni kak farah weyhh T___T

    BalasPadam
  13. dh dgr tapi xleh nk download lagi

    BalasPadam
  14. Balasan
    1. Alhamdulillah, setelah air mata tu leh kumpul utk buat hantaran Puteri Gunung Ledang, mata sudah sihat sepenuhnya :)

      Padam
  15. ahaah...cobaan menangis tu x menjadi ye..kalau sis JM akan pergi ke dapur kupas bawang...kejap je meleleh air mata :-)

    Loh..lagu ni yg membuatkan Farrah menangis..sis try gak dgr tapi x rasa apa2 hhohho...teruk tul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bawang! Bergeligalah otak sis! Saya tak terfikir langsung masa tu.
      Hahaha saya spesies gembeng terlebih. Maybe sebab dengar lagu tu sambil tengok watak kurang upaya dalam klip video - jadi terlebih touching ;)

      Padam
  16. Nak dengar nak dengar, hihi jap yee..

    BalasPadam
  17. Alaaa sedihnyee kak :(
    Tapi tak nangis. hihihi sebab ade adik ni. Kang nangis kena gelak je

    Hanya kau dan aku yang tahu arti cinta yang tlah kita punya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe cover line ye...tak leh nak feeling-feeling :)

      Padam
  18. sekali lagi clueless apalah Kak Farrah cakap ni hahaha. CT citer endon memang tak tengok langsung. the least yang CT minat hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe certain citer Indon je akak tengok CT. Sinetron yg ada elemen kartun akak tak sanggup tonton ;)

      Padam
  19. Amboi kak farrah, hati ada tisu jugak meh. Hehe. Nanti saya dengar. Skg ni tgh demam taufik batisah. Haha. Habis spotify saya godek lagu dia ^.^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum kebah lagi demam si Tofik ye...akak setiap kali dgr lagu #awakkatmana akan gelak tang dia rap kalau tak suka tak apa, lagu ballad pun dia ada (s/thing like that la,...) :D

      Padam
  20. tiba-tiba ada habuk juga kat mata... eh..

    menarik juga cerita dia... rasa macam nak tengok.. sobs... kehidupan orang yang macam tu. ada je yang mengeji, ada je yang pandang hina..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah masuk habuk kat mata ye...akak pun teringin nak cari citer ni. Suka gak layan citer2 macam ni,

      Padam
  21. wak sukak dgr lagu dangdut., hehe2

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...