Rabu, Disember 03, 2014

Tutorial Kraf Kertas: Cara Buat Trifold Shutter Card (Part 1 - Base)

Saya nak tunaikan janji. Hari ini saya akan tunjukkan cara untuk buat Trifold Shutter Card (seperti dalam entri ini). Untuk Part 1, kita perlu buat card base dahulu ye.

Contoh Trifold Shutter Card
Sebelum tu, nak melancarkan kerja, mari kita tengok material dan peralatan yang diperlukan untuk  hasilkan card base.

  • Kad/kertas keras berukuran 30cm x 14 cm. Kalau kertas tak cukup panjang, boleh tambah di bahagian hujung. Pastikan 30cm. Baru boleh jadi dengan sempurna.
  • Scorer (Boleh baca mengenainya di sini)
  • Cutter/Pisau Pemotong
  • Glue tape/Double-sided tape/Glue stick. Saya tidak galakkan penggunaan gam biasa jenis air tu sebab nanti projek kita basah dan comot.
  • Pembaris panjang

Dah ada semua?
Okey, mari kita lihat ukuran di bawah.

Ukuran untuk membuat trifold shutter card

Gunakan pembaris panjang untuk dapatkan ukuran yang lebih tepat. Bahagian yang bertanda biru perlu kita score (buat tanda lipatan) manakala bahagian dengan garis putus-putus berwarna merah perlu dipotong.

Proses scoring

Kali ini, saya pilih patterned card berwarna pink. Satu kelebihan guna kad bercorak begini (berbanding kad yang kosong tanpa corak), kita tidak perlu susah-susah nak hias setiap satu panel kad. Base dah sedia cantik ;) 

Baiklah, setelah tandakan kad dengan ukuran-ukuran di atas, kita mulakan dengan score kad di empat tempat (seperti yang ditunjukkan dalam measurement kita). Tujuan kita score adalah supaya lebih mudah untuk kita melipat kad tu nanti. Jika tiada scorer, jangan panik. Gunakan pembaris besi dan perlahan-lahan lipat bahagian berkenaan. 

Siap?

Seterusnya, kita potong bahagian tengah kad. Hati-hati, jangan potong sampai habis! Meraung pula nanti heheh ;)

Potong bahagian tengah kad pula :)

Almost done. OK, sekarang kita nak lipat kad. Perhatikan betul-betul gambar di bawah. Kita akan lipat secara berselang-seli. Lipatan bahagian tepi (kiri dan kanan) dengan bahagian tengah perlu saling bertentangan. Kalau bahagian tepi lipatannya ke bawah, bahagian tengah lipatan perlu ke atas. Dapat tak?

Lipat kad elok-elok.

Haaa, bila dah jadi seperti di atas, ikut tanda lipatan, temukan kad supaya bahagian kiri menjadi muka hadapan dan bahagian kanan menjadi panel bahagian dalam.




Tattadaaa! 

Card base yang sudah siap!

Boleh tak? Kad sepatutnya boleh dilipat dengan kemas. Kalau tak boleh, maknanya ada something wrong dengan ukuran atau salah potong. Okey, kita dah ready untuk hias kad. Nantikan tutorial selanjutnya :)


50 ulasan:

  1. Complicated nye,k.Farrah.
    Tak terjangkau akalku.
    * Akak, cutting board tu berapa rege akak check ritu?
    Saya nak survey dululah..
    * Pembaris apa tu? Siap boleh laras lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mula-mula memang complicated. Tapi slow-slow, mesti boleh!
      Cutting board/mat yg Shikin tanya tu:
      Saiz A4 - RM14.90 (jenama POPULAR) Tengok sini -- Cutting Mat A4

      Saiz A3 (2 x A4) jenama Decamax RM19.90. Akak pakai yang ini sekarang Cutting Mat A3

      Saiz A2 - Lagi besar!!! Tak silap akak range harganya RM40 - RM45. Yg pasti bawah lima puluhlah.

      Nanti akak kalau gi POPULAR & dapat confirmkan harga, akak inform Shikin.

      Padam
    2. Mashaallah.. Murahnya k.Farrah.
      Entah brand apa dia jual sampai RM99 untuk A2. Membazir je kalau beli.

      Padam
    3. Thanks k.Farrah. Ni saya boleh jumpa kat Popular ke,kak?

      Padam
    4. Itulah,..memang mahal. Akak bila dapat mesej Shikin,..sambil taip reply 'janganlah Shikin beli...janganlah Shikin beli' hahaha
      Yes, dekat POPULAR inysa Allah ada. Tapi klu tak jumpa, inform akak ye. Boleh je akak tolong carikan utk Shikin di sini.

      Padam
  2. kak farrah saya tak brapa faham dekat 5 10 20 25 cm tu

    saya suka kad yg diatas lagi. kreatif

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh, itu bila kita guna pembaris panjang nak ukur, kita kan tandakan pada 5, 10, 20 & 25 cm. 4 bahagian tu kita akan lipat (bukan potong) :)

      Heheh personally, akak pun lagi suka yang atas.

      Padam
  3. cutting board tak silap peminat mokit bina dan cat kenderan mainan juga gunakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye ke...mokit ni yg pasang2 kereta & motor tu kan...dr jepun kan...

      Padam
    2. yup kak.....tapi saya bukan peminat mokit....hehehe

      Padam
  4. Wah..cantiknya..kalo wana kena tengok Kak Farah buat depan mata baru rasa bleh buat..hihi ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tu,...slow-slow. Akak masa mula2 buat. Lama juga duduk diam kejung, kelip2 mata sat fikir macam mana nak buat ;)

      Padam
    2. buat depan2 plus slow2.. otak tengah2 mmg mcm ni... hehe

      Padam
    3. Hahaah phrase 'otak tengah2' tu,... ;)

      Padam
  5. rumit tapi hasilnya dia cantik. kalau rajin boleh refer akak lepas ni. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan,..silakan...mana tau nak buat kad special utk Muhayat :)

      Padam
  6. hhuuu nmpk mcm rumit ckit..tapi kalai try msti tak kan.. bila nk dpt try ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan risau, Rumit sikit je. Habiskan dulu projek final sem, Zarul. Dah free nanti leh cuba :)

      Padam
    2. heheheh...tggal buat full report then fokus exam final plak.. tggu nnt tgh praktikum lak..mst byk masa boleh try...

      Padam
    3. Hmmm, benda ni memang syok buat waktu senggang. Otak tengah sesak tak leh :)

      Padam
  7. Balasan
    1. Cubalah, Zumal. Kat panel tu boleh letak gambar2 kucing Zumal :)

      Padam
  8. Kad bercorak sesuai untuk orang macam Firah yang tak berapa nak kreatip ni.. hehe...

    Ketekunan yang tinggi amatlah diperlukan.. Firah masih dalam pembelajaran untuk itu.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah, Firah. Janji ada minat dan kesungguhan nak buat :)

      Padam
  9. sonok tgk kak Farah buat craft card. mmg kena ada minat & masa utk hadap buat benda craft2 ni hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi bolehlah utk isi2 masa, Ana. Ana pun boleh buat. Janji ada barang2nya :)

      Padam
  10. macam menarik.. dah lama tak kreatif metif kan diri.. in shaa Allah nak cuba juga nanti..

    BalasPadam
  11. Comelnyaa! Comellnyaa. Aina suka buat benda macam ni.. Tapi.. Rasa macam malas lagi nak buat. Hahahahha. π_π akk kasi satu kat aina. Haaha. Guraau jee. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aina!!!! Status hiatus tu dah terangkat dah ke? Rindulah :)
      Nak satu? Nak yg mana? =)

      Padam
  12. part ukur mengukur ni sis JM fail..tangan keras..pastu malan nk tekun dan membelek..nampak nya mmg sis ni jenis x kreatif dan satu masalah utama x sabar huhhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe tak pe, kak. Kreatif akak department lain... akak belek2 je yg saya kongsi kat sini ye...

      Padam
  13. Memang kreatif la.
    Belum tentu lagi jadi gini kalau saya yang buat.

    BalasPadam
  14. Nice sharing kak farrah :)

    Nanti apabila diperlukan boleh lah kite buat. hihihi

    BalasPadam
  15. uuuish nak try la buat skali. CT ade board ijau jalur jalur tu (short term memory - tak ingat nama lapik tu)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Namanya cutting mat. Haaa, cubalah buat. Mana tau ada rezeki leh ambil tempahan kad drpd kawan2 :)

      Padam
  16. Macam biasa, cantik sangat. Hehe. Teringin nak buat tapi xde barang. Pastu kang x jadi. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, budak. Kalau budak minat, beli barang sikit-skit. Apa yang perlu je dulu. Yg basics. :)

      Padam
  17. alamak, bila dah tengok ni, malas lak nk buat... sobs.. T___T saya jenis kalau xde seni kreatif dalam otak, saya cepat give up...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahah it's ok. Amy boleh buat the less complicated one :)

      Padam
  18. tutorial DIY yg menarik., kipidap

    BalasPadam
  19. sunguh kreatip cikgu farrah nih., hihi2

    BalasPadam
  20. Ade ke kt kedai jual kertas keras or kad yg sz 30x14 ? Sbb sy xpenah jumpa. Nk sgt try bt kad mcm ni tp risau kad sz mcm tu ssh nk dpt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 30x14cm tu saiz kad yang kita nak buat. Jadi, Tyra kena cari kertas yang lebarnya paling kurang 30cm. Saiz A4 selalunya 29/29.5 cm, so cari kertas besar (saiz F4) atau yang lebih besar. Boleh cari di kedai buku/stationeries, bahagian kertas atau jika nak lebih banyak pilihan, cari di kedai yang menjual barang-barang buat kraf :)

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.