Hari ni saya keluar shopping barang keperluan dapur. Dah buat plan keluar, lupa pula hari ni Selangor cuti! Ya Allah, ramainya orang! Atas jalan sesak, dekat hypermarket sesak. Sana-sini penuh orang. Saya yang dah terbiasa shopping waktu lengang tak ada orang, mula pening-pening lalat dibuatnya.
Dalam hypermarket tak usah ceritalah. Setakat laga-laga troli, kena senggol kiri kanan dengan troli yang ditolak oleh 'budak-budak kecil-belum-cukup-umur-belum-cukup-kuat-sudahnya-acik-yang-kena-langgar!' - dah perkara biasa untuk hari ini. Orang beli barang macam esok nak perang! Lagi-lagi sekarang tengah sale sempena Krismas. Bayangkan, saya terpaksa kejar seorang wanita ni hanya kerana dia 'terbawa pergi' troli barang-barang saya. Lama saya terdiam depan troli yang tiba-tiba ada pampers untuk baby huhuhu
Balik rumah, rasa penat sangat! Kalau ultraman, dah menyala-nyalalah alarm kat dada tu. Nak makan pun tak larat. Tapi lapar nih! Alih-alih saya buat susu pisang. Kononnya ala-ala banana milk yang popular di Korea tu.
Susu Pisang |
Saya guna pisang segar, segelas susu Anlene dan sedikit gula perang. Since guna pisang betul, teksturnya seperti smoothie. Agak pekat. Alhamdulillah, kenyang! =)
Oh, kalau teringin nak buat banana milk versi Korea, boleh cuba resepi ni:
1 cawan susu full krim
1 sudu besar gula
1/4 sudu teh banana extract
Nite nite! Rombongan blogwalking saya terpaksa ditunda buat sementara waktu. 'Acik' kena rehat ;)
wahhh nampak sedap. tk penah lagi minum susu pisang korea tu, buat sndiri nmpk cm best je :D
BalasPadamMemang best, Mazni. Cubalah buat :)
Padamingtkan ada blend skali dgn pisang
BalasPadamSaya rasa kalau di kilang tu maybe diorang guna pisang betul acik. Cuma kalau kita nak buat segelas, nak rasa macam banana milk korea tu, guna banana extract je.
PadamSaya buat semalam lebih kepada smoothie pisang.
Kesian akak troli dibawa pergi. Hehe.
BalasPadamSekarang musim sale so semua perang sale dan yang membeli pun memang perang nak dpt barang. XD
Memang, budak! Ngeri pun ada! Beli barang main rebut-rebut..ambil barang macam esok kedai semua tutup!
PadamAkak, banana extract memang wujud ea? Saya baru tahu. Hehe. Kena p cari kat bagus ni ^.^
BalasPadamAda...haa pergilah cari kat bagus. Confirm ada =)
PadamTapi nanti kalau nak buat, letak sikit sikit dulu tau.
Omaigitttttttt pisang?? i love pisang !!!
BalasPadami love pisang too! :)
Padamaihhss..kecian acik taw.. kenapa tolak2 acik nie heheheheh
BalasPadamitulah,...kesian acik kena sondol ngan troli huhuhu
Padamlawak plak ayat kak farah kalau ultraman...dh lama xtgk cita uktraman tue.. zaman kwcik2 ja
BalasPadamhahahah memang akak rasa macam ultraman yang hampir tewas masa tu ;)
Padamahahaahh...boleh tersalah 'ambil' torli..sabar je lah org tu heee...Pengalaman tul shopping time ramai org..kalau leh dapat pampers free dalam troli tu ok gak tapi nk buat ape ngan benda tu...org bujang heeee..Farrah..farrahh..kelakar lah citer gi shopping time Selangor cuti ni...time ni lah kot dorang ada masa nk shopping sakan..tapi sabtu ahad kan ada...hurmmm
BalasPadamohh..sis JM igat guna pisang awak ke, berangan ke...guna banana extract eh..nak try pastu nk compare sama x rasa :-)
Pampers tu nak buat kraf pun tak boleh, sis! Hahaha semalam versi yang buat ala-ala smoothie tu guna pisang montel/dole.
PadamYang guna banana extract tu, nanti bila sis buat, inform ye sama ke idak rasanya. Saya main minum je...dah dasar hantu pisang, semua saya rasa best!
farra,khaty kalau dah ramai mcm tue,mungkin khaty akan kuar dulu,takut 'penat' nanti..
BalasPadamooo..cuma ada bau je la pisang tue..mesti sedap kan,tak pernah try lagi pon..ngee
Ye Khaty, feeling-feeling bau pisang je. Nanti cubalah Khaty. Buat pakai pisang betul pun sedap gak :)
Padamwow Kak Farrah dah ade instinct korea gitu.. masa sip tu ade fefeeling lagu kepop dak.. hehe CT tak minum susu tapi kalo yogert drink hookay laju aje hehe
BalasPadamadalah lagu-lagu KPOP bergema dengan rentak sumbang kat telinga ni...nak beli banana milk yg glamour tu mahal tak ingat!
PadamOh, susu tak leh go, yogurt drink ok ye...
yup susu putih tu.. mak kata dari baby actually prangai mngada da wujud. susu badan saja minum susu tepong tak minum.. sbb tu CT kena consume calcium pill hari hari hehee
PadamHihihi nasib baik ada solution kan :)
PadamNampak macam senang... Boleh cuba jugak nih... He He He....
BalasPadamMemang senang, Scdha :)
PadamNak buat pakai pisang segar boleh, pakai extract je pun boleh
kalau blend ja pisang boleh tak kak farrah
BalasPadamLagi sedap, aRz. Macam yang akak buat tulah. Tapi teksturnya pekat ala-ala smoothie la :)
PadamTroli hilang kena sambar..?? mesti kelakar main lari2 dengan troli an kak.. hehe.. ohh.. macam smoothie pisang lah ea... tapi pakai anlene.. lebih berkhasiat dan menyelerakan.. hehe..
BalasPadamYes, dik! Tak penah2 troli kena samun hihihi punyalah ramai orang tengah gila shopping time tu.
PadamHaah, macam smoothie pisang with a dash of vanilla sebab Anlene tu kan creamy :)
alaa anis xsuke susu.. tapi macam nak cube.. bau pelik x? takut termuntah..huhu... nampak sedap kak farah..siyess tak tipuuu... huhu
BalasPadamKalau tak suka susu,.. sangatlah tidak disarankan, Nis. Bau tak pelik, tapi takut kombinasi pisang + susu buat Anis makin tak lalu.
Padamkat sini tak tau la jual ka tak esktrak pisang tu. kalau buat pisang betul lagi sedap kot kan. ^^
BalasPadamPakai extract pisang tu kalau Cik Fafa nak imitate banana milk korea tu. Kalau nak yang lebih mengenyangkan dan puas minum, memang pakai pisang betul :)
Padamkiteww pon x suke p shopping time org ramai. rimas sana sini manusia smpai belaga2 heshh. err ana ni pulak x mkn pisang + susu. hurmm tp tgk kak farah buat tu mcm bes pulak =P
BalasPadamHeheh sebenarnya makan buah dengan susu ni tak digalakkan,..tapi bolehlah once in a blue moon :)
Padamwah nampak sdap! tp kite xsuka minum susu lak. cmne ni. hihi
BalasPadamKalau tak suka minum susu, pandang je lah yer, Nadya. Akak tak berani recommend drink ni, takut lagi tak lalu :)
Padamsaya pun terlupa,semalam2 cuti,tu yang pelik semacam kenapa abg tak kerja..uhuhu..
BalasPadamshopping waktu 'puncak' mmg macam tu kak, bukan ja pening dgn kerenah orang ,pening juga nak beli barang sbb harga murah2..! musim perayaan dh dekat kan..
saya suka letak pisang segar dr guna ekstrak.. ehhehe..mmg kenyang
Yes,..akak kena lebih alert. Dah biasa shopping waktu orang tak de, tetiba berpusu-pusu...rasa macam kena serang pula.
PadamPersonally akak pun lebih suka letak pisang segar :)
Memang pening kalau dhopping time ramai orang..lagi time nak bayar..panjang betul org berbaris..
BalasPadamopps, susu? hehehe..awal2 dah tolak..hekhkek
Oh, Cik Mimie pun tak minum susu ye :) tak pa,..jamu mata je ye.
Padamhahahahhahaha... boleh pula orang tu tertukar troli. adoi, saya pun pending kalau macam tu >.<
BalasPadamwah, nampak sedap lak susu pisang tu. nanti nak try gak! mekasih kak share. hehe
Memang, Amy. Serik betul akak shopping ramai2 orang ni. Nak pilih barang2 pun susah! Nanti try tau. Kalau suka share kat sini :)
Padamerm..minuman yang sihat ni kak..senang pula tu nak buat kan :)
BalasPadameasy peasy...yg penting yummy! :)
Padamkalau time cuti umum, memang penuhlah mall, nak nak hujung tahun ni .. ada sale sana, sale sini. hihi...
BalasPadamthanx untuk resepi tu :)
U r most welcome, Ros.
PadamNanti ada peluang cubalah ye :)
Bahan yg simple dan berkhasiat ni
BalasPadamMemanggg. Senang nak masuk peyot :)
Padamcam sedap je sis. saya bab pisang ni memang kureng sikit.. ekekek
BalasPadamKalau bukan penggemar pisang, ni bukan utk Zati.
PadamKayak pula nanti :)
Teringat yang k.JM minum masa pi Korea.
BalasPadamK.Farrah fefeeling kat korea lah tuuuu ea..
Fefeeling Korea sangat. Itulah baca entri K. JM punya pasal. Then, jumpa kat pasar raya harganya mahal tak ingat! 6 kotak dua puluh ringgit lebih! Buat sendiri lagi bagus :)
PadamKalau tkde teh banana extract tkpe kan?
BalasPadamigtkan kak farrah gune pisang yang betul kasi blend
BalasPadam