Ahad, Februari 22, 2015

A Touch of Pink

A Touch of Pink. Itulah tema sambutan hari lahir saya baru-baru ini. Sebenarnya, entri ini lebih kepada nak berkongsi idea-idea on party preparations. Mana tahu, boleh beri inspirasi pada kalian untuk merancang sebarang keraian istimewa.

Tarikh: 19 Februari 2015
Tempat: Absolute Thai, Ikano
Masa: 11.15 pagi
The Party Planner: Dhila

Sebaik sahaja jejakkan kaki di restoran ini, kami dibawa oleh pelayan restoran ke satu bahagian restoran yang telah di-reserved. Masuk-masuk je,...nampaklah kelibat Uje dan my sister in law, Dhila tengah menanti dengan senyuman. Saya terus ternganga apabila nampak semua ni,...

Ohh ....

My birthday cakes
Tahun ni rezeki dapat dua kek hari lahir. These lovely scrumptious treats were from Le Trianon. Setiap suapan seolah-olah ada orkestra tengah perform dalam mulut. Antara dua ni, saya paling suka Trianon Quarter. Keknya ada tiga lapisan dengan tekstur yang berbeza. Rasa coklat yang rich akan buat kita 'lupa diri' sekejap ;)

Chocolate Heaven

Trianon Quarter


My 7-day Gifts
Ini yang buat saya paling teruja. Dhila dan Uje beri saya 7 hadiah supaya saya boleh extend birthday celebration saya selama seminggu! 1 hadiah untuk dibuka setiap hari bermula 18 Februari sehinggalah 24 Februari. Setiap hadiah dilabel dengan nombor dan hari untuk saya buka.
Sebahagian daripada 'hadiah untuk seminggu' saya.


Chocolate Bouquet
Siapa yang akan kata tidak pada jambangan ini! Hehehe bercahaya macam spotlight dah muka saya! Bersusah-payah Dhila gubah. Rasa sayang pula nak makan ;) Well, selain daripada diberi sebagai birthday bouquet, this is an excellent idea untuk beri pada yang tersayang or to cheer someone up.

My Birthday Bouquet
Cekebon, buat apa tu? Kira cokelat kakak eh?


Photo Collage
Flabbergasted! That was my first impression bila nampak bingkai gambar yang ada photo collage ini. Cantiknya! Gambar-gambar ini antara kenangan childhood saya bersama famili dan sanak-saudara. Dhila 'rampok' dari my facebook album.
My Photo Frame


Memory Jar
Dalam banyak-banyak, saya paling suka Memory Jar ni. Dhila took an effort suruh family members & si Bott untuk fikirkan memori-memori mereka bersama saya. Setiap satu memori dicetak pada kertas, digulung dan dimasukkan ke dalam botol. Each day, saya boleh buka satu. Hahaha tapi setakat ni selalu buat-buat terlupa. 'Eh, hari ni punya memori belum bukak lah!' Then, pergi korek satu (atau dua lagi!) untuk baca.

My Memory Jar


Party Favours 
Party favours untuk dibawa pulang. Fruit jam manis berperisa untuk dinikmati dengan biskut atau roti :)

Jem Nanas & Anggur

Merci beaucoup, Dhila! I love every bit and piece of it. My sister in law is in the middle of preparing for important job interviews but she managed to pulled this off. The fact that someone is willing to sacrifice his/her time doing all these to make you happy is priceless.


Thanks so much Cekebon, Cekengah, Uje, Dhila & Bott for celebrating my hari tua ;)
I love all of you very much!



74 ulasan:

  1. Sweetnya tema pink... banyaknya suprise... akak dah bukak hadiah hari ni..??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe sudah...sudah....pukul 12.01 pagi dah bukak ;)

      Padam
  2. hepi belated birthday kak Farrah! ohmaigod, seronoknya dapat sambutan birthday macam ni...i loike pink, dan chocolate bouquet tu...n the memory jar.memang best!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks so much, Sal. Oh, Sal penggemar pink rupanya,....yes,...chocolate bouquet & memory jar tu memang besttt!

      Padam
    2. Ramai pink lovers kan???
      Saya x minat pink.
      Tapi, saya suka tengok kalau orang lain buat deco with this color.
      Looksss very very sweet.

      Padam
    3. Seronoknya bila ada yang appreciate kita.
      Very cheerful lah birthday party ni.
      Sure k.Farrah happy sangat.

      Padam
  3. Cikgu Farrah MF belum tua... Still sweet 17... Plus... With dot dot experience je... He He He...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini yang nak belanja SS makan besau nih hikhikhik

      Padam
    2. Amboii.. Pandai SS bodek ye.
      Nak bodek jugak...
      Sebab nak rasa kek-ssh-nk-ingat-nama tu...
      Tapi, mesti k.Farrah dah abeskan, kan?
      Sobssss..

      Padam
  4. Balasan
    1. Huhuhu bukan akak gojesss, akak tuo! Thanks, Anis :)

      Padam
  5. fuyooo sweetnya.. kene bkak hadiah setiap hari.. sgt enjoy gitu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hikhikhik memang seronoknya mengalahkan budak-budak! Lupa diri jap :)

      Padam
  6. huyyohhh manisnyaaaa. heeeeee. kak farrah kek tu tersangat lahh menggoda jiwa raga ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yesss,...akak sampai masuk dalam mimpi!

      Padam
    2. google la le trianon adus Citta Mall pun den tak tahu kek mano =P

      Padam
  7. Sanah Helwah kak farah.. Smg bahagia selalu.. syoknya ade supprise party..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminnn. Syukran, Wawa. Hihihi ada yang rajin nak jadi mastermind plan birthday party,..merasalah :)

      Padam
  8. wahhhh bestnya banyk hadiah dpt! dan sy terliur kek kek tu sbb coklat :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Birthday SN nanti jangan lupa request kek coklat ye :)

      Padam
  9. bestnya surprise birthday party macam nih.. mesti seronok sangat kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau jadi yang diraikan,...mestilah syokkkkkk! Jadi tukang plan party lah berasap kepala ;)

      Padam
  10. happy belated besday sis.. wah banyak nya hadiah !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, eyja. Heheh memang puas buka hadiah tahun ni :)

      Padam
  11. Seronoknya...bangun pagi mesti excited nak buka hadiah

    BalasPadam
  12. Happy belated birthday...masih lagi dlm celebration ya, seven days not finished yet..hehe..bestnya dapat byk hadiah..kek dari Le Trianon tu nampak sangat yummy..

    thumbs up to the Party Planner..you're a creative person..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Nohas. Tahun ni memang merasa sambut birthday lama sikit. Kek tu memang best, tapi a bit too sweet and rich utk orang yang tak gemar makan manis :)

      Padam
  13. wahh best nye best nyeeeee
    jelly melly telly gelly2
    hahaha....
    selamat mnyambut ulangtahun kelahiran kak farrah

    BalasPadam
  14. serius wana juga ikut teruja tengok semua yang telah disiapkan buat birthday akak..semua benda wana teruja..agaknya ada tak yang nak buat suprise party macam ni untuk wana..dalam mimpi kot..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti ada...wana kan selalu buat kek & kuih utk birthday orang,...kalau tak ada, buat muka selamba je request. Hihihi

      Padam
  15. semua pun nampak istimewa..beruntungnya kak farah..sekali lagi tahniah buat akak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, memang rasa beruntung sangat. Thaks so much, Wana :)

      Padam
  16. sob sob memang sungguh bizi Kak Farrah weekend yang lepas =P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sob sob sob sama. Nanti ada rezeki kita jumpa ye :)

      Padam
  17. happy belated birthday Kak Farrah.. semoga happy selalu.. sihat dan ceria..
    CT tak pernah ada party ahaha.. lonely gila kan hidup. adus kek tu mencengkam kalbu..
    i like the idea memang sesuai Dhila arrange semua ni.. mmg represent Kak Farrah rasanya..
    decoration and presents n ideas.. terbaik..

    jar of memories =') sambil baca sambil reminiscing the scenes.. huhuhu.. CT suka la idea hadiah tujuh hari tu ahaha.. comel sangat. so dalam seminggu ada hadiah hari2.. bestnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks so much, CT. Ni semua hasil kreativiti Dhila lah. Akak sengaja share kat sini. Kasi idea kat you all. Boleh buat utk yang tersayang :)

      Padam
  18. Cantik la decorationnya.. everything marvelous. Simple but yet so nice.. btw, happy belated birthday farrah

    BalasPadam
  19. wahh..syoknya kalau ada yg buat cm ni kat saya... hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Birthday bulan 11 kan? Sempat lagi tu nak request kat orang minta buatkan hihihi

      Padam
  20. kalau sis JM di tempat Farrah dah berjujuran air mata keluar sbb terharu...terutama memory jar tu yg paling best...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya menangis terharu dalam hati, sis! Sebab excited nampak semua tu & kek yang memanggil- manggil utk dijamah ;)

      Padam
  21. macam cita KKHH..buka hadiah setiap hari..bestnya dapat hadiah..semua hadiah memang bermakna kan farra,rahsia nguping farra dah terjawab..terharunya tengok mereka yang sudi buat majlis kat farra..bertuah farra

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi alhamdulillah. Memang best sangat, Khaty. Bila orang bersusah-payah utk hari special kita, terharu...

      Padam
  22. Salam dan singgah petang di sini sis...Selamat hari lahir buat sis....wahh...banyaknya dapat hadiah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks so much, Diana. Maaf baru reply hari ni. :)

      Padam
  23. selaamt hari lahir farah...semoga sntiasa diberkati...sonok kan dapat sambut besday bersama dgn adik beradik...hihhihi

    BalasPadam
  24. wahhhh bestnye dapat hadiah banyak banyak. seminggu punye pulak tuuu.
    happy belated birthday kak. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks so much, dik! Memang excited bukak hadiah seminggu!

      Padam
  25. selamat hari lahir kak farrah beruntungnya dapat sambutan yg awesome, kek yang sedap jambangan bunga, dan paling penting hadiah selama 7 hari wow

    semoga dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan dan dikurniakan ilmu yang berguna

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminnnn. Terima kasih byk2 atas doanya, aRz :)

      Padam
  26. Happy belated birthday kak Farrah!

    BalasPadam
  27. Memang nampak sedap kek kak Farrah... Teringinnya.. Hihihi...
    syoknya dapat hadiah untuk seminggu.. Siap dengan memory in jar... Memang sweet sangat family kak Farrah ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok! Memory jar tu memang priceless lah! Alhamdulillah, rezeki akak tahun ni :)

      Padam
    2. Nanti ada rezeki ros turun KL, cari kek ni. Memang best!

      Padam
  28. Wah, sedapnye kek tu... Happy belated Birthday Kak Farrah, maaf lama x berkunjung kat sini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Cik Mimie. Akak lagi haru,..komen bulan 3 baru reply hari ni :)

      Padam
  29. wahhhhhhh.. bestnya ada parti macam ni! ada hadiah. ada coklat! hahahhaha. happy belated birthday kak Farrah! sorry lambat sangat wish >.<

    BalasPadam
  30. Happy belated birthday kak Farrah :)

    BalasPadam
  31. Seronoknya Diana tengok preparations birthday sis....semu pink...comel sesangat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Diana. Ini semua idea dan jerih payah adik ipar :)

      Padam
  32. Bagus juga sebab dapat hadiah sampai seminggu.....untungnya farah...


    Walaupun dah berapa bulan berlalu birthday farah...Diana nak ucapkan selamat hari lahir..semoga panjang umur,murah rezeki dan berbahagia selalu di samping orang2 yang tersayang...selamatdi dunia dan di akhirat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Allah, terima kasih banyak2 atas wish dan doanya, Diana. Wishing u the same too :)

      Padam
  33. Sweetnya..Tulis note masuk memory jar ni Farrah..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.