Kiriman With Love daripada Shikin

Jumaat, Jun 19, 2015

Sebenarnya memang rindu benar dengan adinda yang seorang ini. Siapa lagi kalau bukan Dr. Shikin. Shikin lah antara yang terawal serang tower ini dengan komen bertubi-tubi. Terkial-kial saya masa pertama kali dibom oleh ibu kepada tiga Adam ni. "Banyaknya dia komen!!!"

Bermula dari situlah kami jadi kawan walaupun sekadar di alam maya. Shikin yang saya kenal orangnya punya determination tinggi, kuat semangat, friendly, suka berkongsi pelbagai info especially pertaining to health, suka bagi-bagi hadiah dan rajin sangat blogwalking. Cuma sekarang dek kerana kekangan masa, kita 'jumpa' Shikin tak sekerap dulu.

Awal minggu lepas, Shikin whatsapp inform ada hantar parcel. Bercahaya wajah baca mesej Shikin. Alhamdulillah, parcel selamat sampai ke tangan saya keesokan harinya. Eh, esok ke lusanya? Tapi kira cepat jugalah sampai berbanding selalu.

Yeayyyyy! Dapat hadiah sebagai salah seorang pengomen tegar blog Shikin Januari - Mac 2015. Jom tengok apa yang saya dapat.


Hadiah Kiriman Dr. Shikin
  • 1 back issue majalah Readers' Digest - My favourite magazine cuma dah lama tak ada tangible copy. Selalu baca version dalam iPad je. Thanks so much, Shikin. Really appreciate this!
  • 1 pek Shisedo Black Mask - Best tau pakai black mask ni :)
  • Tupperware 'LOVE' - Lompat bintang beberapa minit sebab dapat tupperware. Cantik pulak tu! Love love love. Buat letak stok gatal gigi sesuai sangat!
  • 1 gift tag comel - Dekat sheep tu pun ada love :)

Shikin dan Tupperware

Sebut tentang Tupperware, rasanya dah tiga kali merasa dapat hadiah Tupperware daripada Shikin.

http://famf-tower.blogspot.com/2015/01/daripada-shikin-lagi.html
Piring Tupperware

http://famf-tower.blogspot.com/2014/11/thanks-so-much-shikin.html
Piring Tupperware lagi :)
Terima kasih, Shikin. Bertambah koleksi Tupperware akak dari semasa ke semasa hihihi.


Kambing biri-biri di Bloggers' Board
Dearest Shikin,

Thanks so much for the parcel. Thanks for your thoughts and love. Akak doakan Ramadan dan Syawal tahun ini bakal jadi lebih bermakna buat Shikin dan keluarga. Moga Shikin sentiasa dikurniakan kelapangan, dimudahkan setiap kesulitan dan diberikan kesihatan yang sempurna. Salam peluk cium buat The Adams.



37 ulasan

  1. Wah, dapat hadiah.. :) Tahniah Kak Farrah... :)

    tak sabar nk tahu story Cekebon yg penuh syahdu tu :)

    BalasPadam
  2. tahniah Farrah. itulah daripada Dr.Shikin jugak mula mengenali Farrah dan seterusnya yang lain2.. antara yang terawal Eyda kenal sepanjang berblog nih..

    BalasPadam
  3. my cayunk doktor nazeck ni memang baik hati!

    BalasPadam
  4. heee kak shikin memang generous :)

    BalasPadam
  5. BEST kan kenal dak Shikin tu...baik dan friendly...sis JM pun dapat..tapi belum sempat nka up entri lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak dapat. Jarang blogwalking sekarang ni :(

      Padam
    2. aRz...x dapat hadiah pun x pe janji silaturrahim tetap utuh (skema x komen)

      Padam
    3. sis JM pun dh lama x serang blog ArZ

      Padam
  6. Tahniah kak farrah.. Syida kenal kak Farrah pun dari review Dr Shikin.. :)

    BalasPadam
  7. Tahniah akak.. lama xbw blog dr ikin tu. Slmt berpuasa

    BalasPadam
  8. tahniah kak Farah ekin kenal kak Farah melalui blog ct rasavhahaha lupa dah la

    BalasPadam
  9. Kak Shikin sibuk sokmo skrang.. hehehe masyuk lah Kak Farrah.. nanti raya bleh guna nak hidang makanan hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. DR SHIKIN bz ka sekarang ni

      Padam
    2. jarang tengok dia update blog sekarang...

      Padam
    3. masing2 byk komitmen lain...ramai yg rindu ngan dak Shikin tu

      Padam
  10. Bestnye dpt hadiah tupperware ni kan...leh guna utk masa akn dtg....hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya juga pernah dapat hadiah dari Dr shikin

      Padam
  11. Tahniah kak farah betul Dr sikit rajin mengebom

    Saya pun agak bw sekarang ni

    BalasPadam
  12. Comel tupperware love tu...

    Haah.. rindu kak Shikin... lame tak jumpa.. heee

    BalasPadam
  13. Lovesss for a lovely person like you..
    Sorry jarang jumpa di alam maya dah sekarang ni.

    BalasPadam
  14. Mohon maaf jika ada salah silap di sepanjang persahabatan ini.
    Dan terima kasih yang tidak terhingga atas segala doa yang kak Farrah titipkan buat saya.
    " Biar berjuta pengharapan di dada,
    Namun x semua aku kecapi..
    Di kala aku tersenyum...
    Sebenarnya aku menanggung sejuta derita
    Yang aku sendiri x mengerti..
    Hadirnya dia memberi sinar harapan
    Yang lama aku dambakan..
    Namun..
    Selagi ikatan lama tidak terungkai..
    Tak mungkin akan ada ikatan baru..
    Entahlah..
    Hanya doa mengiringi hari2ku :(.."

    BalasPadam
    Balasan
    1. sabar banyak2 Shikin.. mungkin ada hikmah di atas sesuatu..

      Padam
    2. dalam maksudnya Shikin...sis JM mmg x faham

      Padam
  15. Maaf berkias-kias..
    Ini salah 1 sebab saya jarang blogging sekarang :(

    BalasPadam
  16. Saya 'ter'langgan Readers Digest..
    Tapi, x baca pun.
    Banyak dalam lemari buku.
    Disebabkan yang ni saya x buka plastik lagi..saya tingat k.Farrah.
    Sebab saya tau k.Farrah always come out with lots of new vocab..so, maybe this RD can help a lil bit ;)

    BalasPadam
  17. Dapat hadiah dari Dr shikin ye kak farah. Huhu. Bestnya

    BalasPadam
  18. tahniah :)
    tu la dia keajaiban sillaturrahim.
    tak kenal maka tak cinta,kan?
    dari blogger menjadi sahabat...

    BalasPadam
  19. okay ini memang suweet... hihihihi ....

    BalasPadam
  20. cikgu farah pun kena panggil kita adik lah sebab kita ngn Dr.Shiken sebaya.

    keh keh keh ....

    BalasPadam
  21. tahniah kak Farrah..comelnya tupperware tu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sal..sis JM pun dapat..warna kuning..ahakss...saje kan!

      Padam
  22. RIndunya kat doktor ni. lama tak jenguk. wuwuwu

    BalasPadam
  23. dulu dia pun rajin serang blog saya
    sekarang tak nampak dah
    apapun best semua hadiah tu, cer hulur sikit kat saya =)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.