Khamis, Jun 11, 2015

Kuih Tepung Bunga

Pertama kali makan dan buat kuih tradisional dari pantai timur ni. A few weeks ago tengok rancangan Lesung Pipit, nampak resepi ni as pencuci mulut. Terus berkenan nak buat! Mudah je. 


Resepi Mudah - Kuih Tepung Bunga

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 200 - 250 g tepung pulut
  • 1/2 cawan santan
  • Air secukupnya
  • 2 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Gula untuk ditabur pada kuih sebelum dihidang
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

Langkah-langkah penyediaan:
  1. Bancuh tepung dengan santan dan sedikit air sehingga membentuk doh yang tidak melekat. Kalau nak lebih lemak, boleh gunakan lebih santan. Saya guna santan kotak jenama Ayam Brand yang Fat Trimmed. Jangan risau, rasa lemak santan tetap ada  cuma kandungan lemaknya rendah berbanding santan kotak yang lain.
  2. Bentukkan doh menjadi bebola kecil. Kemudian, tekan sedikit di bahagian tengah untuk leperkan doh.
  3. Panaskan minyak. Pecahkan telur dan pukul sedikit. 
  4. Celupkan doh ke dalam telur dan goreng hingga warnanya bertukar keperangan.
  5. Setelah diangkat dan ditus minyaknya, taburkan sedikit gula di atas kuih. Saya gunakan gula tebu Mildura (boleh baca di sini.) Jika ingin lebih enak, guna gula perang pun boleh.
Kuih Tepung Bunga

Sedappppppp sangat! Memandangkan kuih ini dibuat daripada tepung pulut, teksturnya seperti kuih onde-onde. Lapisan luar ala-ala crispy sebab disalut dengan telur, bahagian dalamnya lembut. Then, manisnya just nice. Kita sendiri boleh kawal jumlah gula yang kita nak letak. Jangan banyak sangat ye. Kita bukan nak salut donut. Letak seadanya. Biar rasa manis manja-manja gitu.

Selamat Mencuba! Boleh masuk dalam menu berbuka puasa :)


51 ulasan:

  1. sedapnya.. nak try la... nmpk mudah bangant.. tqvm ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang mudah bangat, qisha! Jangan lupa cuba ye :)

      Padam
  2. Akak... macam pisang goreng sadur gula pulak nampaknya.... heee

    BalasPadam
  3. Eh, senangnya...boleh buat juadah berbuka puasa nanti :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang senang, Cik Mimie! Boleh masuk list dah!

      Padam
  4. oooo....cenggini rupanya...xpernah dgr tepung bunga...biasa dgr tepng pelita jerrrr....hihihhi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun baru tahu kuih tepung bunga ni, sis :)

      Padam
  5. woww.. macam senang je nk buat ni kak..

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Bukan SS. Ni saudara jauh dia. Kalau kuih getas, ada kelapa parut then kita sira dgn gula macam kuih keria kan...Haaa, tepung bunga ni hanya guna tepung pulut, celup telur, goreng. Dah siap, tabur gula manja2 :)

      Padam
  7. kenapa namanya kuih tepung bunga eh..bukan kuih tepung pulut heeeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan masa kita goreng tu, telurnya akan mengembang berjurai-jurai,...kononnya mengembang macam bungalah! :)

      Padam
    2. Nasib baik nama dia bukan kuih tepung berjurai.... He He He...

      Padam
    3. Hahahah bila SS buat, kita namakanlah kuih tepung berjurai :)

      Padam
  8. mesti waktu kunyah tu rasa crunchy di luar dan liat di dalam kan sbb tepung pulut tu kan liat sikit

    BalasPadam
    Balasan
    1. betulll! Ala-ala onde2 goreng cuma tak de gula kat dalamnya :)

      Padam
    2. Rasa dia liat macam ayam kampung tak Jay Emm? He He He...

      Padam
  9. ada gak tgk rancangan Lesung Pipit ni yg di hoskan oleh Yana Samsudin tu kan...waktu tu beliau belum bertudung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya suka tengok sebab rancangan tu covr masakan tradisional negeri2 kat Malaysia :)

      Padam
  10. senangnyaaa sedap la.. CT penah makan skali..
    tapi maybe sbb time tu yg dah sejuk punya.. luar x krispi sngt..
    tapi mmg sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah betul. Kuih ni makan time panas sedap. Dah sejuk kurenggg sikit :)

      Padam
  11. Nampak macam cekodok pun ya juga ni.

    BalasPadam
  12. mudahnya bahan bahan dia!! okay ni wajib try esok! :D

    BalasPadam
  13. Memang kuih feveret time pose..sedap..nyum²

    BalasPadam
  14. crispy crispy yang tak menahan dengar ni... hehehe..

    BalasPadam
  15. senang sangat nak buat Bab santqn susah no Cari sini.. nk guna santam kotak MIL xsuko

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau buat tak pakai santan pun tak pe. Tapi rasanya tak lemak sangatlah. Sedap je...akak biasa cuba :)

      Padam
  16. first time dengar ni.. dah simpan resepi, nanti rajin2 leh buat.. macam simple je

    BalasPadam
  17. tak pernah dengar kuih ni..first time ni tau..

    BalasPadam
  18. makan panas2 mesti best nie..krup krup krup

    BalasPadam
  19. pernah buat kuih yg hampir sama dgn ni cuma tak celup telur lah ... nama ? saya tau buat n mkn tapi x tau nama ... hehehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe, Sis Vee! Janji sedap masuk tekak masuk perut. Nama belakang kira! :)

      Padam
  20. aritu bercadang nak buat kuih ni lah
    disebabkan tak penah lagi buat, takut tak jadi
    buat kuih lidah buaya aje =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti cuba la YY. Kalau takut tak jadi, buat sikit dulu. Airnya tu tambah sikit2. :)

      Padam
  21. first time aida dgr ni.
    lom pernah rasa and jumpa :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti ada peluang, Aida cuba ye. Kuih ni tak de kat Melaka hihihi

      Padam
  22. 1st time dengar kuih tepung bunga

    BalasPadam
  23. pertama kali juga mendengar nama kuih ni...

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.