Khamis, September 17, 2015

...Something that reminds me of tarian kecak

Baru-baru ini, salah seorang kenalan rapat saya pergi bercuti di Bali. Sebelum ke sana, sempat dia menelefon saya dan bertanyakan sama ada saya mahu sebarang ole-ole yang spesifik dari sana. Bali? Tak terfikir apa yang saya inginkan, saya hanya doakan teman saya ini selamat pergi dan selama balik.

Dia: Oklah. Kalau macam tu aku belikan kau keychain ke fridge magnet ke,..

Saya: Itu semua kawan-kawan blogger aku boleh bagi! (Don't take this wrongly. Bukannya saya berlagak atau kufur nikmat. Tetapi, dengan teman saya yang ini kami memang biasa gurau-gurau kasar begini.)

Dia: Yelahhhhh, orang tu ada ramai kawan blogger best-best! (Teman saya ini, antara yang terlopong tengok Bloggers Board saya penuh dengan kiriman rakan-rakan maya. 'Unsangkarable!' Omelnya yang sukar comprehend the facts that saya tak pernah jumpa pun dengan kawan-kawan blogger saya.) Habis tu, apa kau nak ni? Nanti sampai sana senanglah aku cari!

Saya: ....something that reminds me of Tarian Kecak. (Tiba-tiba pula teringat pada salah satu tarian budaya yang terkenal di Bali. Lagipun saja nak mendera dia. Kawan saya kurang gemar menyaksikan acara-acara budaya.)

Dia: Nooooo! Jangan nak suruh aku duduk tengok dan rakam tarian tu untuk kau. Lama tau show tu! (Bebel-bebel sikit, ngomel-ngomel sikit) Tunggu jelah apa rezeki kau!


Sekembali dari Bali, saya dapat beg-beg ni. Bukan satu, bukan dua tapi 3 set. Macam-macam saiz ada dalam satu set. Dengan musykil saya tanya, in what sense beg-beg ini ada kena mengena dengan tarian kecak?

"Aku tengok seluar dan kopiah yang diorang pakai design lebih kurang macam ni! 

Ole-ole Bali
Hahahahah! Yelah tu! Anyway, thanks so much, D! I was just expecting some pics or postcards. Ini diborongnya beg Bali macam nak buka bisnes kat sini. Love you so much! Moga makin bertambah murahlah rezeki si D lepas ni. 

Psst! Banyak begini memang akan ingat tarian kecak sampai bila-bila. Oh, ini pesanan D, "Gunalah untuk simpan barang-barang kraf kau! Kalau rasa banyak nak bagi kat geng-geng blogger pun boleh!" Hihihihi ;)




58 ulasan:

  1. First time dgr tarian kecak ni..SR pun sm cm D, bab2 kbdayaan ni fail terus..ehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah, D kalau baca komen SR ni mesti dia happy sebab ada geng! :)

      Padam
    2. yup..first time jgk dgr tarian tu... hihihih

      Padam
    3. Haaaa nanti cuba google. Tarian ni banyak melibatkan gerakan tangan.

      Padam
  2. hahahha..btw comel kot ole2 bali tu..kalau kecik2 buat buh coins..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, sis. Yang kecik2 saya memang buat simpan coins & butang2 utk kraf :)

      Padam
    2. Hehehe....comel jugak beg tu..:)

      Padam
    3. Beg2 tu macam beranak. Dlm yg besar, ada saiz yg lebih kecil, then lebih kecil sampailah ke saiz terkecil :)

      Padam
  3. hahaha... kelakar lah ur friend kak....

    BalasPadam
  4. ahahaahah...terus sis JM tergelak besat bila baca stmnt ni "Aku tengok seluar dan kopiah yang diorang pakai design lebih kurang macam ni"...waktu tarian tu dorang pakai kopiah ke....aduslah D! D! u r so funny

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib dia tak tilek suar dalam... keh keh keh...

      Padam
    2. Fuhhhhh! Sebbaik tak siasat sampai seluar dalam,..kalau takk fengsannn! :D

      Padam
  5. nak berkenalan dengan si D ni boleh eheheeh

    BalasPadam
  6. lagi satu boleh lak ckp "Kalau rasa banyak nak bagi kat geng-geng blogger pun boleh!" ahahaha....kwn blogger dak farrah ni ramai...kalau bagi sorang yg lain mesti jelly melly heheheh

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum kak farah lama bw sini gara2 kabel kena curi taw... 6 hari xleh nak on9 update n bw ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam, Ekin. Mujurlah dah boleh online balik skrg ni :)

      Padam
  8. tak pernah dengar laa tarian kecak tuh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba cari di youtube. Selalu kalau kita pergi tonton show tayangan kecak tu agak lama. Sejam lebih tak silap.

      Padam
  9. Biasa dengan kawan rapat lah kita gurau kasar, tapi dalam hati tak terniat untuk sakiti hati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Gurau kasar tu tandanya kita akrab. So tak senang sentap. Tak cepat offended :)

      Padam
  10. Baiknyaaaaa kawan. Seronok je kalau ada kawan macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. I'm sure u r surrounded with wonderful friends too, dik :)

      Padam
  11. huntung kawan tanya nak apa.. Ini pergi senyap2 plak tu..dah balik baru hegeh2 cerita.. Wat2 xdengar aje lah... haahahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah kalau camtu rezeki dengar citer namanya :)

      Padam
  12. siapa si DIA dalam cite ni
    pastu tarian kecak tu amenda plak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kawan akak sejak sekolah dulu, YY. Tarian kecak ni antara tarian kebudayaan Bali :)

      Padam
  13. Haha.. seriously... i spot if i were D .. bli poskad... haha...
    Unik lah kan... pemikiran manusia x sama kan...

    Hihiji...

    But okay arh coin purse tu... comel...
    I like...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha kununnya berfikir di luar kotak la ni. D kata apa kelas poskad, cliche ;)

      Padam
  14. SS tak tahu laa... Nape dalam banyak tempat kat Indon ni... SS liat nak ke Bali... Mungkin sebab kos agak mahal di sana... Atau SS tak berapa suka pantai... May be my last destination kot... Or tunggu offer betul2 murah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada logiknya tu, SS. Bali tak banyak sangat tempat nak explore. Tak kenalah dengan gaya travel percis SS. Unless SS tetiba nak jalan2 cari pantai. Tak pun gi cari ayam betutu asli :)

      Padam
  15. Sebenarnya kan... Kalu SS... Akan lebih excited bila nampak kad banding barang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kad tu maksud SS poskad ke apa? Suka sebab lagi senang nak simpan sebagai kenangan ke apa?

      Padam
  16. tak tahu tentang tarian tu.. hihihi..
    banyak tu dapat... Alhamdulillah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak tahu pasal tarian kecak? Cuba google. Interesting gak :)

      Padam
  17. tarian kecak??? mcm mn tu ekk...farrah tlg demo skit....heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uishhhh! Saya kalau menari tarian kecak, bertempiaran semua orang lari! Ngeri hahahahah

      Padam
  18. banyak betol dia belikan beg..tp perkaitan antara tarian dgn beg tu memang kelakar.....hahahhaha

    BalasPadam
  19. comelnya beg tu :) untung Kak Farrah dapat kawan macam D..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Akak pun untung kenal Cik Mimie :)

      Padam
  20. iols is melopong jugak tengok board Kak Farrah =) ehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala CT, tak yah nak melopong sangat,..masuk lalat kang :)

      Padam
  21. heheh sweet la kawan kaj farrah tu...

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.