Jumaat, September 18, 2015

Tutorial Kraf Kertas - Sampul Duit daripada Kertas Buku Lama

Entri sebelumnya boleh baca di sini dan di sini.

Tutorial kraf kertas lagi. Masih menggunakan kertas buku lama sebagai bahan utama. Siapa-siapa yang tak minat kraf pun boleh cuba buat sampul mini, sampul duit atau sampul ang pau ni.

Buat sampul mini begini jadi antara hobi Cekebon di rumah. Tetapi kebiasaannya Cekebon akan gunakan kertas pembalut hadiah (tidak kiralah sama ada yang baru ataupun yang terpakai). Nanti, bila nak beri duit atau sumbangan untuk kenduri ke, baby baru lahir ke, sedekah untuk orang tua atau anak-anak yatim ke, sampul-sampul mini ini dah tersedia untuk digunakan.

Bagaimana nak buat sendiri sampul ang pau atau duit raya ni? Mudah sahaja. Kita hanya perlukan kertas buku lama, gam dan gunting.


Ambil mana-mana sampul duit raya, buka perlahan-lahan lipatan bahagian yang bergam dan jadikan sebagai template. Tidakpun, boleh tengok rajah di bawah. Untuk hasilkan sampul duit raya di bawah, saya tidak gunakan sebarang ukuran tertentu. Main agak-agak je.


Keratan melengkung tu saya gunakan Corner Rounder Punch. Boleh baca di sini. Sebenarnya, pada langkah ke-4, sampul kita dah siap dan boleh digunakan. Sekiranya nak hias supaya lagi cantik pun boleh.
Hasil akhir
Atas sebelah kiri: Hiasan begini sesuai kalau nak digunakan untuk beri wang hadiah for birthdays or other celebrations like graduations.

Atas sebelah kanan: Saya guna cap getah sebagai decoration tambahan.

Bawah: Hanya tampal pelekat putih supaya ada ruang kecil untuk menulis.

Senang kan? Selamat mencuba!

Psstt!! Tag @faidamf di Instagram dengan sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini. Gunakan hashtag #famftowercrafts. Anda mungkin layak memenangi hadiah istimewa daripada saya :) 

79 ulasan:

  1. Balasan
    1. Mmm kena masuk kelas tambahan... Cikgu farah sila pegang rotan

      Padam
    2. @Sis JM
      Ohhh, step 1 tu kita lipat kertas cantumkan untuk buat ruang isi duit. Lebihkan sedikit pada bahagian hujung. Then, kita gam.

      Step 2, kita lipat kedua-dua hujung, dan potong lapisan atasnya. Lapisan bawah yang berbaki tu kita nak jadikan telinga sampul surat. 1 kita gam, 1 lagi biarkan begitu sahaja. Nanti dah letak duit, baru gam atau selit ke dalam :)

      @Arz Moha - Tak pe,..cikgu explain. Hari ni cikgu tak bawa rotan :)

      Padam
    3. U tak yah paham laa Jay Emm.. Kang U pening... U jadi warden I je... Keh Keh Keh...

      Padam
    4. ahahaha ni bukan game kita Akak JM.. ni game orang2 jiwa seni hehe..

      Padam
    5. Fhm dah kak farah ajar tubhihihi

      Padam
  2. Nmpk sng...tp bla laa nk membuatnya ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang senang, Anies. Tak pe,..tunggu Anies senanglah baru buat :)

      Padam
    2. buatlah Anies..nanti nak bagi surat cinta kat Hendo

      Padam
    3. betul tu Anies.. kerajinan ituuuuu ketiadaaaaan hehehe..

      Padam
    4. Anies sama la ni nk buat xtaw bila

      Padam
  3. berkraf lah saya malam ni kak.... hihihiihhi.... nak cuba je rasa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silalah cuba, Ikhwan. Nanti dah buat share kat blog ye :)

      Padam
  4. Hahahhah ekin pernah buat sampul duit masa duk kelantan dulu nak bgi kat anak saudara hihihi

    BalasPadam
  5. Kalendar pun banyak yang gambar cantik-cantik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Good idea! Guna lembaran kalendar pun cantik :)

      Padam
  6. Comel.. lepas ni, kalau nak pi kenduri, sampul habis, boleh buat macam ni... heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan tersilap kertas plak... Guna kertas dari novel seram

      Padam
    2. Hikhikhik kertas dari novel seram boleh,..jangan yang terima tu rajin pi baca, jadi seram sama :)

      Padam
  7. Balasan
    1. Yang penting dapat jimat dan guna semula kertas lama :)

      Padam
  8. senang kan Farrah.. dulu2 suka buat sampul surat sendiri berwarna warni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eyda pun minat,...tapi sekarang tak ada masa nak buat.

      Padam
    2. Betul tuh Arz dan Farrah,dulu suka bust kad ucapan dan sampul surat sendiri..sekarang skill kreatif dah banyak ilang..nak kena start balik laa..

      Padam
  9. Kreatif kak farah, tapi tulisan di buku lama perlu sesuai dengan majlis tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asalkan tak ada perkataan yang bukan-bukan, sudahlah. Nak guna novel lama ok, tapi kena baca dulu sikit2. Takut ada perkataan atau scene yang tak sesuai.

      Padam
    2. scene tak sesuai dapat kat budak-budak habislah kita kena marah ngan parents diorang.hehe

      Padam
    3. Itulah,..nanti tak pasal2 tak cukup tanah akak berlari sebab kena hambat ;)

      Padam
  10. Saya pun suka buat sampul sendiri.

    BalasPadam
  11. macam sayang je buku2 nak dibuat sampul ni.. sanggup seal balik buku kalau dah lekang..hehe.. baca tak sangat sayang je lebih,huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini buku-buku tak guna, Cik Syida. Kalau buku tu sayang, tak dikira sebagai buku lama/terpakai. Simpan dan jaga elok2 :)

      Padam
  12. buat sampul duit raya pun rare ni..lain dari yg lain..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat rumah akak memang selalu sampul raya pakai sampul buat sendiri je, Syida. Tapi pakai kertas pembalut hadiah la. Ni dah suruh Cekebon buat pakai kertas lama pulak :)

      Padam
  13. cantik...warna kertas yellowish brown mcm ni memang cantik..

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum Farrah,

    Saya suka crafting.. Luckily jumpa blog Farrah so ada gang.. I follow.. ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam, LZ. Boleh geng,...nanti bolehlah kita tukar2 idea :)

      Padam
  15. SS suka font art as background macam ni... Tapi SS tak ada buku lama... Cara SS... SS print font sendiri...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Good idealah, SS! Kelebihannya, kita dapat pilih font & saiz font ikut citarasa kita kan,..

      Padam
    2. ada banyak ni buku n majalah2 lama.. ingat hantar recycle center je,..

      Padam
  16. Kak Farrah ni kreatif betul lah! Saya kalau nak buat memula je bersemangat lepas tu kalau tak jadi terus malas haha tak bagus tak bagus

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa. Minat Dylla ke arah benda lain. Food hunting bersemangat tak? :)

      Padam
    2. ehehehe ni sama spesis ngan CT.. bayangan tu ada dalam kepala tapi bila x menjadi
      mula nak givap..

      Padam
  17. pemilihan kertas akan membuatkan lagi cantik :) suka yang ni !

    BalasPadam
  18. Bagusnya idea akak bt Mcm ni..cantik dan sgt kreatif

    BalasPadam
  19. Lpas ni Bleh la wana bt sampul buat sndiri..lbih cantik dan comel bila ikut kreativiti sndiri

    BalasPadam
  20. sy pun selalu buat mcm ni..cuma xla secantik yg farrah buat nihhh....hheehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. takpe, lama-lama nanti jadi cantik lah..hehe

      Padam
    2. Setuju dgn Sal. Ala maybe tak cantik di mata Sis D, pada pandangan orang lain dah cantik sempurna dah :)

      Padam
    3. CT nak buat jugakla cemni.. ada banyak benda nak post ni.. jimat duit beli sampul surat..

      Padam
  21. Comelnya sampul duit....farah memang kreatif lah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala, setakat nak buat sampul cenonet ni tak perlu kreatif, Diana. Kita lipat2 je :)

      Padam
  22. Ada2 je idea k.Farrah ni:)
    Miss you.
    Sorry lama menyepi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Miss u more! Tapi faham keadaan Shikin.

      Padam
    2. tak pe Kak Shikin.. kita jeling2 u sikit je hahaha.. sbb u lama mnyepi..

      Padam
  23. isk mana nama CT ni tak naik lagi kat tetamu hebat =(

    BalasPadam
  24. Nak gak jadi "Ahli Lembaga Pengarah" biar la no 531 pun. hehe

    BalasPadam
  25. Okey, paham. Mudah sangat sangat. Banyak buku buku lama. Nak buang sayang. Nak simpan semak. So, boleh laa buat gini nanti... In shaa Allah. Thanks kak Farrah :)

    BalasPadam
  26. Yang terbaru ekin ingat buat sampul kad jemputan kahwin sendiri kak farah... kad jemputan pun buat sendiri hihihi

    BalasPadam
  27. kalau tangan tu ade sentuhan ajaib buat ape pon cantikk

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.