Rabu, Oktober 26, 2016

Resepi Mudah Gulai Lemak Udang

Resepi gulai lemak udang saya ni versi simple campak-campak je.


Resepi Mudah Gulai Lemak Udang


Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 20 - 25 ekor udang sederhana besar, dibersihkan.
  • 2 keping asam keping
  • 2 biji bawang merah, dihiris halus/ditumbuk kasar
  • beberapa tangkai cili api (Ikut cita rasa nak banyak mana. Saya tidak tumbuk atau kisar, potong dua sahaja cili apinya)
  • dua tangkai serai, dititik
  • sehelai daun kunyit, disiat sedikit dan disimpul
  • serbuk kunyit secukupnya (untuk warna kuning gulai)
  • sedikit air masak untuk tambahkan kuah
  • garam secukup rasa
  • 1 kotak santan Ayam Brand (Trim Coconut Milk)

Ayam Brand Trim Coconut Milk

Inilah rupanya santan kotak Ayam Brand yang lemaknya sudah di'trim'. Kandungan lemaknya 45% lebih rendah berbanding santan biasa. Jadi, ini pilihan yang lebih sihat! Jangan risau, rasa lemak santannya tetap ada. Lihatlah gambar di atas. Meskipun lemak sudah dikurangkan, hasil masakan menggunakan santan ini tetap ada body. Pekat likat kuah gulai saya. 😊 

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Masukkan santan, bawang merah, asam keping, serai dan cili api ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana besar. 
  2. Apabila santan sudah mula mendidih, masukkan sedikit serbuk kunyit hingga dapat warna kuning gulai yang dikehendaki. Tambah sedikit air jika kuah gulai terlalu pekat.
  3. Masukkan pula udang dan daun kunyit. Perasakan dengan garam.
  4. Biarkan seketika hingga udang masak. 
  5. Sedia untuk dihidang.

Mudah, bukan? Andai ada buah belimbing buluh atau hirisan nanas muda pun sedap ni.

61 ulasan:

  1. Balasan
    1. Hai, Intan! Mestilah rinduuuuuu! Tapi paham Intan super busy!

      Padam
    2. sis JM pun rindu intan gak...percaya tak ni :p

      Padam
  2. Sy suka kalu tmbh kacang panjang... ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuhhhh! Memang kalau tambah kacang panjang,..letak pulak belimbing cenonet tu,...terangkat!

      Padam
  3. P/s mlm td sy termimpi2 muffin graduation tu hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah harap2 malam ni tak mimpi gulai udang pula ;)

      Note to self: klu ada rezeki jumpa anies, buat muffin coklat! :)

      Padam
    2. kalau ada rezeki jumpa anies, memang saya pun akan ada sekali..hahaha

      Padam
    3. Yesss kebarangkalian Sal ada sekali tu memang tinggi. Ok, makanya kena buat extralah kan :)

      Padam
  4. Salam singgah sini Farah....tengok resepi Farah yang sedap ini buat diana tertelan-telan air liur...hihi...warna kuning yang memikat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe masak gulai simple2 je Diana,...kuning memikat tu perlu utk pancing selera :)

      Padam
    2. kan.... melelh air liur ni.. hihihihihih.. takpelah tgk gambar jelah...

      Padam
    3. kalau masak lomak x letak kunyit mmg tak umpphhh...bukan masak lomak namanya..pastu kasi pedas sikit kawww! pastu ganti asam keping dengan belimbing buluh..fuhh!

      Padam
  5. YUMMY!!!! send sikit kat sini. pedas x? kalau pedas xmo lah. Hahahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pedas pun. Kalau nak pedas, lenyek2 cili api tu baru makan. Sesuailah utk eyja. Mehla singgah makan kat umah :)

      Padam
  6. wahh feveret saya ni!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, Mazni suka ye,..hari ni akak belanja! Tapi jamu mata jelah ye :)

      Padam
  7. sedapnya tgk tp sy xblh makan udang :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, thirah alah pada udang ye. Akak pun bukan boleh makan sangat,..tapi kalau teringin tu bedal jugak ;)

      Padam
  8. kalau masak lemak ni , mmg sah sah saya dengan mak + ayah je yang makan. :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahli keluarga yg lain kurang ye makan masak lemak,...

      Padam
    2. haah yang bersantan kurang sikit , singgang je yang famous hahaa

      Padam
    3. Oh, singgang pun sedap! Makan panas2 dgn nasi :)

      Padam
    4. tenyeh lada kecik tu lagi sedap kak. eh hahah :P

      Padam
    5. kalau suka makan masak singgah ye mmg sihatlah hai...sis JM mmg suka masak lomak ni itu sbb badan penuh lemak je huhuh

      Padam
  9. Sedapnya Farahh.. Pos kat mummy ciked!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mentara nak sampai dah basi dah mummy :)

      Padam
    2. kan mummy..same to me sbb cam leceh sikit..hanya org rajin cam Farrah je leh buat..ni masak simple tu ber'cinta'

      Padam
    3. mummy tu saje je tau..ntah dia masak lagi seddappp! kan Farrah kan heee

      Padam
  10. Gambar tu !! cantik !

    boleh masuk majalah masakan lah lepas ni..

    BalasPadam
  11. Kak Farrah!!! Ni fav saya aaaaaaaaaa!!! Mengidam niiii tsk tsk :'(

    BalasPadam
  12. Wah, sedapnya...makan dengan nasi panas plus ulam mentimun...sedapnya!! :D

    BalasPadam
  13. Wow... nyum nyum nyum...
    Bowl tu cantik

    BalasPadam
  14. Suka resepi ni.. tapi tak boleh nk makan udang sangat.. biasa guna ayam

    BalasPadam
  15. saya pun suka, tapi selalu buat pedas sikit..lidah orang selatan..haha

    BalasPadam
  16. ala laa sedapnya nampak udang tu.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perghh..ArZ tgk pun dah thau sedap ke..belalang yg sis JM mkn ritu x nk try ;p

      Padam
  17. masak lomak udang.... perghhh fav ni kak.... yummmm...

    BalasPadam
    Balasan
    1. nah!! ikhwan pun minat masak lomak cili padi ke? nak sis JM masakkan kan hihihih tapi taste mesti x sama ngan kak Farrah ko nye

      Padam
  18. kalau sis JM ada adik lelaki yg sesuai dh lama rekomen utk dak Farrah nih hikss

    BalasPadam
  19. bekas isi gulai lemak udang tu cute...itu sbb gulai tu nampak menarik dan sedap kih kih kih ada kaitan tak?

    BalasPadam
  20. paling suka masak lomak ni sbb apa tau...main campak je semua bahan tak perlu menumis...pastu SIAP!...x bestnya tu sis JM alergic udang huhuh

    BalasPadam
  21. Tengok jah mkn xleh.. santan kotak ekin reject abg xsuka la

    BalasPadam
  22. Guna santan kotak mudah kan, tak perlu beratur kat pasar...

    BalasPadam
  23. mlm ni aida bakal masak ~ ayam masak lemak :) & sayur petola dan suhun.

    BalasPadam
  24. rajin farrah memasak.. nampak sedap pula tu..

    BalasPadam
  25. Nyum nyummm.. udang... feveret Ros!

    BalasPadam
  26. Arghhhh..cannot tolerate anymore.

    My feveret.

    Sabar ena, abeskan pantang dlu..hehe

    BalasPadam
  27. suke suke suke
    ayu suke sgt makan udang lemak ni
    tp xpenah hayat masak
    sebab ayu masak xkene tekak ayu
    hahahahha
    nak org gak yang masakan
    nampak x alasan malas kat mane

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.