Terima Kasih, Yana Yani!

Isnin, Oktober 12, 2015

Entri permulaan minggu ni entri penghargaan buat adinda Yana Yani (YY). Alhamdulillah, akhirnya hadiah titipan YY selamat sampai ke tangan akak :)

Hadiah Penghargaan daripada Yana Yani (YY)


Sebenarnya, sudah lama pemilik blog Diari Seorang Mama kirimkan hadiah ni sebagai tanda penghargaan. Tetapi, lambat rezeki saya untuk menerimanya. Memang dah berbulan-bulan! YY siap dah bersedih berduka memandangkan rata-rata teman blogger lain dah dapat kirimannya, saya je masih dalam mode menunggu dan tertunggu-tunggu. Kiriman YY ni tumpang tidur rumah adik posmen barangkali ;)

Ini yang saya dapat!


Hadiah daripada YY

Terima kasih banyak-banyak, YY. Cantik tasbih yang YY beri. Cekebon macam biasa, dah mula menunjukkan tanda-tanda berkenan hahaha. (Cannot, Bon! Tasbih Bon banyakkkk dah boleh buat aksesori!)  Insya-Allah, akak akan sentiasa gunakan tasbih ni dengan harapan YY terus-terusan dapat ganjaran pahalanya. 


YY sempurnakan Bloggers' Board


Bloggers' Board yang saya buat November tahun lepas dah penuh! Ngam-ngam je tinggal ruang untuk letak nota daripada YY. Alhamdulillah, tak sangka 4 panel cork boards yang saya beli sudah sarat dengan memori, gifts dan ole-ole daripada rakan-rakan maya. Itupun sebahagian besarnya ada disimpan di dalam almari kerana tidak sesuai diletakkan di board. Lepas ni kena beli cork board baru :)



Oh ya, bagi sesiapa yang belum mengenali YY, bolehlah berkunjung ke Diari Seorang Mama. Baca entri-entri kehidupan YY, buah fikiran dan perspektifnya mengupas isu-isu tertentu dan kisah menarik dua mestika hatinya, si Double A :)


36 ulasan

  1. hihi akak perlukan board baru nampaknya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Poskad Ct bagi kena menumpang kat reminder board akak :)

      Padam
    2. ehehe shall rasmi board baru ni kalo gitu ehehe ^^

      Padam
    3. wah poskad CT dapat rasmi board baru laa nanti..

      Padam
    4. Tu tanda SYM nak penuhkan board... He he he...

      Padam
    5. yang keronyok2 tu i demand dia dilaminate..!!!!

      Padam
  2. untung kak farah..")

    wawa datang melawat ni.. hihi

    BalasPadam
  3. Wah, Tahniah Kak Farrah :) makin banyak la lot baru lepas ni..hehe :)

    BalasPadam
  4. alaaa cian nya baru dpt ke Farrah!!! Same case ti sis JM ada beberapa sampul yg lambat d terima. Sedih dgn performance posmen skrg n pos laju x selaju dulu huhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannnnn.... byr nak mahal... tu x termasuk qualiti sampul pra bayar yg mcm sengal tu...

      Blom pakai dh rabak... gam ter lekat kt tmpat salah... mmg sengal...

      Padam
  5. sorry dear Farrah! Lama betul sis JM x singgah sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama laaa....sy pun lama xbuat onar kat sini.....hik hik hik

      Padam
  6. kena besarkan lagi board tu.. hihihk

    BalasPadam
  7. Sis YY dok sebelah titew.. hehe... Dah penuh board.. akak perlukan board baru nampaknya

    BalasPadam
  8. Penuh dah boards nya. Orang ramai peminat memang macam ni ya, kak Farrah. heheheheheh :D

    BalasPadam
  9. Cantik tasbih tu.. hihi moga kedua nya mendapat ganjaran pahala. Aaminn

    BalasPadam
  10. bestnyer dpt hadiah dr kengkawan ni kan....rasa nk lompat2 jer...hahah

    BalasPadam
  11. Comelbya tasbih.. Tahniah dapat hadiah.. ;)

    BalasPadam
  12. sabar jelah dapat posmen macam nih.. nasib laa sampai jugak.. takut posmen tak jumpa alamat jer..

    BalasPadam
  13. samalah kes saya..kad raya Siti bagi, pas raya haji baru dapat..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha... itu d panggil kad raya haji

      Padam
    2. bhahaha lawak gila.. kad aidilfitri tp smpai raya haji.. isk isk..

      Padam
  14. gift Yana Yani ni memang sweet..tetibe je pos.memang terkejut

    BalasPadam
  15. wowwwww... Cantik tasbihnya.. Untung ler akak slalu dapat hadiah.. hihihihihihi...

    BalasPadam
  16. Kee abam posmen ni ada krisis ngn kita semua?
    Dah mcm masalah global dah abam posmen ni...

    Hamboiiii... biasa dia tuh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kite sunatkan posmen tu... Biar dia tahu makna penyesalan! Ha ha ha...

      Padam
  17. Yana Yani dah macam nama penyanyi... He he he...

    BalasPadam
  18. Bestnya... Farah ada ramai peminat.. Jeles mummy! Huaaaa

    BalasPadam
  19. Ramai peminatbkak farah tu yg bnyk

    BalasPadam
  20. Aida pun pernah dpt drpd YY tasbih comel ni.
    Alhamdulillah selamat farrah terima.

    BalasPadam
  21. sm laa sy... bimbang kirim kt kwn2 ntah dpt ke tak... kalu diorg dpt x beritahu tu lain cerita kalu x dpt tu aduyaiiiii

    BalasPadam
  22. mcm mane lak leh tumpang tido umah adik posmen tu kak farrah
    hehehe tp smpai jugak
    ayu pny tu tak sampai2 pon kak farrah
    hehehehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.