Isnin, November 16, 2015

Resepi Pancake Mudah

Resepi Lempeng @ Pancake Mudah

Saya makan dengan sirap mapel & lepa kacang :)



Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 1/2 cawan tepung
  • 3 sudu teh baking powder
  • 2 sudu besar gula
  • secubit garam
  • 1 cawan susu
  • 2 biji telur
  • 2 sudu  besar minyak canola/bunga matahari. Boleh juga guna 2 sudu besar marjerin/mentega yang dicairkan.
  • 1 sudu teh esen vanila


Langkah-langkah Penyediaan
  1. Sekalikan semua bahan kering di dalam sebuah mangkuk sederhana besar. Gaul hingga sekata.
  2. Di dalam mangkuk yang lain, pukul susu, telur, minyak dan esen vanila hingga sebati. Kemudian, masukkan ke dalam bahan kering dan gaul hingga sekata hingga menjadi adunan yang tidak berketul/bergumpal.
  3. Panaskan non-stick frying pan. Guna api yang sederhana. Tidak perlu guna minyak. Sendukkan adunan ke atas kuali leper. Jika mahu lempeng yang nipis-nipis seperti yang saya buat, ratakan sedikit permukaannya.
  4. Apabila tekstur permukaan atas lempeng kelihatan seperti ada lubang-lubang kecil macam bubles, bolehlah diterbalikkan pancake dan biar seketika hingga masak.
  5. Hidangkan dengan sirap mapel dan mentega, jem kegemaran atau chocolate sauce. Ikut citarasa masing-masing.

Selamat Mencuba! 

Nak cuba pancake jagung? Klik sini untuk resepinya :)

 

75 ulasan:

  1. sedap sangat! hihihi.....nak buat tapi malas nya nauzubillah!

    BalasPadam
  2. tgk resipi cam boleh buat TAPI tak ada non-stick frying pan tu huhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. pergi beli sekrang sis JM , heheh, nampak memng senang resepi tu

      Padam
    2. Kalau tak de non stick pan pun tak pa. Letak minyak beberapa titik dan ratakan. Tapi teksturnya tak 'mulus' sangatlah :)

      Padam
    3. ...tak ndak beli yang dah siap kat kedai je ;)

      Padam
    4. Are u sure tak de non-stick frying pan?

      Padam
  3. mesti rasanya lembut dan soft je kan

    BalasPadam
  4. ehhh lembut n soft bukan sama ke adooi!!! sis JM tulis apa ni heheeh

    BalasPadam
    Balasan
    1. sis JM terlalu excited nak rasa, dah bayangkan pancake tu masuk ke mulut hehee

      Padam
    2. Ada bedanya....ejaan lain hihihi
      Jangan bayang-bayang, buatlah dan mamam dengan gumbira :)

      Padam
  5. pandai lah...bentuk bulat-bulat tu sama size dah seperti guna pita ukur plak ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak Farrah dah pro,kita yang tak pro kena guna acuan hahhaa

      Padam
    2. Huhuhu don't worry. Adunan penkek ni kira fail-proof. Kita guna senduk, letak atas pan dan ratakan. Guna sukatan dan senduk yang sama. Jadi saiznya akan jadi lebih kurang :)

      Padam
    3. nama dah jari manis, alah masak gitu2 xkan tak boleh..
      *provoke KJM skit.. he.he.he

      Padam
    4. nama pun Kak Farrah lah.. dia pejam mata ja.. penkek jadi comel2 bolat2 cem tulisan dia =D

      Padam
  6. waktu nk pukul campuran susu tu..ka umah sis JM x de pemukul utk buat kek tu...guna penukul boleh ahahah soalan carik pasal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah boleh je pakai penukul, sis. Lepas tu bersedialah untuk kutip dan lap apa2 yang bersepai :)

      Padam
    2. tak payah nak ganazzzz sangat pakai penukul... guna jari pun boleh.. hahaha

      Padam
    3. ahahaha.. nak CT demo tak penukul tu gunanya untuk apa ? meeeeeeh sini nak demooo..

      Padam
  7. Balasan
    1. Ye, cikgu. Memang mudah nak disediakan. Teksturnya lembut :)

      Padam
  8. Saya nak try buat nanti balik kampung ni. Tak sabar,hehe >.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa jangan lupa cuba ye. Buat makan2 dengan ahli keluarga :)

      Padam
  9. Mood memasak, hilang jap, banyak fikir hal dunia ni , nanti kalau rasa nak cuba tu datang , kita intai kat sini jelah resepinya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Busy eh,...tak pe mood memasak tu akan datang bila tiba masa dan ketikanya hehehe

      Padam
  10. Resepi pancake mudah, boleh nie. :-)

    BalasPadam
  11. Macam dorayaki doraemon.. comel je bulatnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh tetiba akak jadi teringin nak makan dorayaki :)

      Padam
  12. Balasan
    1. Siapa kata tak leh sarapan dua kali? hehehe

      Padam
    2. Anies nak bersara ke nak sarapan?
      Hahaha

      Padam
    3. Tu sebab dah lapar baliklah tu,..p hilang :)

      Padam
  13. apa je la yang farrah masak nampak tak sedap? semuanya buat tertelan liur .mintak makan berulang je nih -haha :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampak sedap tu utk bangkitkan selera, Ros. Rasa belum tentu lagi heheheh

      Padam
  14. serius nampak sedap.. selalu baca artikel blog ini walau jarang tinggal komen..
    Memang confirm FARAH ni pandai memasak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Confirm...

      Disahkan oleh cik manisah

      Padam
    2. @Qisya - Terima kasih banyak2 sebab sudi baca entri blog ni, Qisya. Akak tak pandai masak mana pun. Yang simple2 tu lepas lah.

      @nhhas - cik manisah, main confirm confirm pulak dia ye :)

      Padam
  15. hai farra...lama tak singgah sini..suka makan pancake, tapi kalau ada orang buat lagi sedap..ngeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe memang kalau orang buatkan jadi super duper sedap!

      Padam
  16. Owh goreng lempeng lempengnya hangus
    #Hanilempenghangus
    Ada kan lagu ni?

    BalasPadam
  17. susu tu susu tepung ke susu segar?
    kalau tak silap susu tepung gaknya kan..
    boleh la saya guna resepi ni buat penkek.
    selalunya saya beli tepung penkek tu je.. bancuh dgn air. hihihi nggak tau resepinya..

    BalasPadam
  18. Ok...nak buat hujung minggu ni.hihihi..tq 4 the recipe Farrah

    BalasPadam
  19. anak ciku suka makan pancake gak ngan madu..tapi kalau ciku buat takla secomel pancake mcm pic atas tu..huhu

    BalasPadam
  20. Selalu hubby diana suruh buat pancake mcm ni...na farah sudi kongsi bolehlah nnati dia buatkan untuk hubby dia....tq farah sudi kongsi resepi ini..

    BalasPadam
  21. dah lama tk buat pancake ni tingin la pulak bila tengok lempeng farah ni

    BalasPadam
  22. hu hu hu...
    hmmm lapar la masuk blog ni!
    hu hu hu sedap sedap belaka gambo nyer... tadi kuki, ni penkek plak :)

    BalasPadam
  23. klu org kampung panggil lempeng atau pek nga ja..:P

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu malaysian style Suida.. orang utara panggil PekNga dan usually yang ada kelapa tu..
      sedapnya !! makan dengan sardin oooonomnom..

      Padam
  24. Memang mudah... Kalau esen vanilla n baking poderrr masih ada boleh ajak mak try nie... Kalau dah takde.. Huhu... Saya nie laa manusia paling pemalas nak ke pasar.. Haha Yeke??

    Btw, thanks share :)

    BalasPadam
  25. omputih style.. hehe dlu penah buat.. tah la apa yang silap..
    lastnya buat jadi lempeng tapi rasa penkek omputih.. esok2 tu nenek tamo dah penkek..
    tekak dia nak lempeng gak.. dengan sambal ikan bilis..

    BalasPadam
  26. aiseh.. ini dengan maple dan butter.. adeeeeeh nikmat !!

    BalasPadam
  27. thanks for the recipe. dah lama saya cari .. nak buat pancake untuk FL

    BalasPadam
  28. Tahu makan kat mc d je laa.. Nak buat tak tahu... ha ha ha...

    BalasPadam
  29. ayu makan pancake kalu mkn kat mekdi je kak farrah
    belum ade keingginan nak buat sndri
    sbb mesti xde sapa nak makan

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.