Selasa, Disember 15, 2015

Resepi Mudah Thin Crust Pizza

Assalamu'alaikum,
Selamat pagi Selasa.

Siapa kat sini suka makan thin crust pizza? Boleh geng dengan saya. Saya memang prefer thin crust to regular pizza dough. (Tapi kalau dah ada depan mata, makan dengan berselera jugak. Tak kisahlah tebal ke nipis ke..)

Hari ni saya nak kongsi cara buat thin crust pizza yang sangat mudah. Asalnya, saya membersihkan peti sejuk dan freezer. Jumpa lebihan roti wrap/tortilla (yang selalu digunakan untuk buat burito) kepunyaan Cekengah. Cekengah ni bab beli-beli makan dia sangat bijak! Bab menghabiskan makanan tu dia kurang cerdik sikit. Kadang-kadang dia sendiri lupa apa yang dia beli. Kalau time bersihkan peti sejuk, memang banyaklah makanan dan minuman dia yang kena buang. 

Tetapi 3 keping wrap yang saya jumpa ni masih elok. Pandai dia simpan dalam freezer. So, daripada wrap tu terus-terusan dingin membeku, baiklah kita proses supaya boleh dimamam. Saya umpan Bott, nak makan pizza tak? Kalau nak kena tolong parut keju. Berdesupppp Bott buka langkah! Tahu-tahu dah siap parutan keju atas meja. 

OK, jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan:

RESEPI MUDAH THIN CRUST PIZZA

Bahan-bahan:
  • 2 keping wrap (Boleh beli di pasar raya. Ada banyak jenama dan perasa)
  • 2 - 3 batang sosej, dihiris nipis
  • Sos cili dan sos tomato secukupnya
  • Parutan keju Mozarela secukupnya err,...lagi tepat semewahnya ;)
  • 1/2 biji lada benggala, dihiris 
  • sedikit serbuk lada hitam

Langkah Penyediaan:
  1. Mula-mula, ambil sekeping wrap. Ratakan sedikit sos tomato dan sos cili di atas permukaan wrap dan taburkan dengan parutan keju Mozarela. Kemudian, ambil lagi sekeping wrap dan tindan di atas wrap yang pertama tadi. Tujuannya, nak jadikan base pizza yang nipis dan lembut. Kalau guna satu wrap je, confirm-confirm lepas bakar jadi kerepek!
  2. Di bahagian atas wrap yang kedua, ratakan sos tomato dan sos cili. Boleh juga tabur sedikit herba seperti oregano dan parsley. Saya tak letak. Memang buat yang super simple
  3. Susun lada benggala, hirisan sosej dan parutan keju sebagai toppings mengikut citarasa. Final touch, tabur sedikit serbuk lada hitam.
  4. Bakar pada suhu 180 - 200 darjah celcius selama 10 - 15 minit. Suhu dan masa bergantung kepada oven masing-masing. Yang penting, pizza kita masak dan keju di atasnya cair dan terbakar cantik.
Rupa paras sebelum dibakar.
 Siapppppp!
Sedia untuk dimakan!
Untuk toppings, boleh tambah apa-apa ikut selera. Boleh letak mixed vege, chicken slice, salami, hirisan bawang, mayones,...apa sajalah. Janji yummy

Psst! 1 lagi wrap saya buat pizza bungkus. Lihat entri Pizza Bungkus di sini.


78 ulasan:

  1. MEmang selalu buat...Sedap. Jimat kos ☺

    BalasPadam
  2. fuhh topping banyak tu. kalau kat kedai tak dapat mcm ni kan.
    menjejes dah air liur ni. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak,..menjejes air liur?! Ambik tisu lap mulut cepat! :)

      Padam
  3. pikir buat doh pizza tu yg malas. kali ni takde alasan sbb guna roti tortila :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Tak payah jenuh nak mencanai doh. Kita guna tortila je :)

      Padam
  4. Assalamualaikum Pn farrah...sedap nampak resepi masakan...nanti bila2 bila senang saya nak kongsi resepi sayur pula....hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam, Sis Fida. Heheh bolehlah buat tukar-tukar selera. Nanti rajin2 update ye. Bolehlah saya datang bertandang jamu mata dan belajar resepi baru :)

      Padam
  5. Apasal smua resepi akak pos sdp2 belaka hhaha..jeles kita taw nakk juga mihmih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi pengaruh gambar je lebih tu. Jom buat sama-sama. Lya nak toppings apa? ;)

      Padam
  6. salam kak perkataan semewahnya sungguh menarik perhatian!

    BalasPadam
  7. Ya Allah kak nampak je dah sedap tak ngap lagi tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa lagi, Yana. Sementara tengah cuti ni, buatlah sekeping dua :)

      Padam
  8. kalau nak buat tu rajin sikit je, InsyaAllah jadi la

    BalasPadam
  9. Setuju...daripada membazir baik diurus sebaiknya...nyam...nyam...

    BalasPadam
  10. pergh topping dia tu buat meleleh air liur ni . padahal baru lepas lunch

    BalasPadam
  11. saya pulak spesis makan je rajin..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita geng kita geng.. dats why kita kerja makan ja..
      adakah dikau ingat ? betapa kita makan tak brenti wakakaka..

      Padam
    2. Boleh bukak kelab ni. Kita makan makan dan makan lagi :)

      Padam
  12. wah..sedapnya pizza...hai farra,khaty singgah sini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, Khaty. Apa khabar? Terima kasih sudi menyinggah sini :)

      Padam
  13. Kak farah sedapnyaaaa..tetiba teringat pizza yg sgt nipis di coffee bean. Ya Allah sedapnyaa..terliur dah ni..kat rumah ade wrap ni, boleh g beli cheese jek nyumnyummm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yesss, lepas ni beli cheese dan buat stok dlm freezer. Senang nak buat pizza ;)

      Padam
  14. Balasan
    1. Cepat gi dapur, selongkar apa yang boleh dimakan! :)

      Padam
  15. terbaik ...travel sana tak rugi berbaloi ...

    BalasPadam
  16. buat sendiri boleh boh topping byk2..hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betoi2.. letak semua cheese tebal 1 inci pun tarak papa.. ehehe..

      Padam
    2. Betul betul! Buat sendiri, toppings boleh sesuka hati sesuka rasa :)

      Padam
  17. sedapnyeeeeeee. sungguh sungguh sedap tengok pizza ni. boleh try buat, resepi pun dah ade. hehehe :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti dah try, boleh jamu family dan kawan2 :)

      Padam
  18. buat sendiri lebih puas hati. nak juga suruh wife cuba...tq kak farrah

    BalasPadam
    Balasan
    1. weh suruh Kak Long buat lebeh2 sket.. i pi Komtat serta merta haha..

      Padam
    2. Buat lebih sikit, Arz. Untuk dik CT tu ha :)

      Padam
  19. wow... pizza sedapnyerrrr.... nak gak....

    BalasPadam
  20. Balasan
    1. Hehehe jamu mata jelah nampaknya, eyja.
      Dah selamat :)

      Padam
  21. Sedapnya Farah...Diana tak pernah lagi try buat pizza....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ini super simple, Diana. Tapi, kalau Diana penggemar thin crust la. Jika tak, Diana boleh je beli doh pizza yg ready made. Kemudian, toppings buat sendiri ikut citarasa.

      Padam
  22. Tengok pizza Farah ni teringin pula nak makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe nanti Diana cuba buat ye. Boleh makan puas2 :)

      Padam
  23. iklan kaki travel tu trringt wak dh lama x gi miri., ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom Wak.. kita pi ramai2.. Wak banje.. tiket tengah murah tu..

      Padam
    2. Wak boleh jadi kepala rombongan,...jadi tourist guide kitorang :)

      Padam
  24. dulu sy selalu buat guna roti paratha brand kawan.....sedapkan ....tp wrap ni blom pernah try...nti nk cuba heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Roti paratha kawan tu best gak kita boleh pelbagaikan. Nanti cuba ye, sis D. Toppings buat kari masala,..mesti wowwww!

      Padam
  25. ehehe.. akak !! nak !!.. CT can eat pizza like everyday..
    i love pizza huaaaa.. u saja kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe really? Tak boring ke makan pizza setiap hari?
      Senangnya nak bagi CT makan :)

      Padam
  26. mudah bagi Farrah. susah bagi saya. hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengoklah workload hari2 Intan macammana. Intan beli siap je,.. :)

      Padam
  27. Sedapnyaaaaaa! Btw Kak Farrah nak tanya boleh? Siapa Cekengah dengan Bott eh? Saya dah lama nak tanya tp tak tertanya hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, Cekengah adik perempuan akak. Bott tu pula kawan baik akak :)

      Padam
  28. Mudah jea cara penyediaanya. Boleh cuba nanti :)

    BalasPadam
  29. Kakkkk farahhh. kenapa kak farah drra minda saya macamni. Huahhh. 😱😱

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sowiiii! Tak berniat nak dera minda Aina. Huhuhuhu

      Padam
  30. terbaik la sharing farrah ni.
    rangup semestinya ni kan ?
    yummy...

    BalasPadam
  31. Boleh ikut resepi ni.. jimat sikit tak payah pergi pizza hahahaa

    BalasPadam
  32. tp ayu suke gune sos pasta atas permukaan wrap tu kak farrah..
    mengaummm
    heheheheh macam nak buat je balik kng ni

    BalasPadam
  33. wah nampak sedap...resepi pun senang...kna cuba nie..huhuhu

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.