Projek ini akan saya buat setiap kali selepas potong rumput. Rumah yang saya diami sekarang halamannya luas. Nama nak rajin-rajin potong rumput pakai shears memang tak mampu. Ciput je kawasan yang dapat saya potong. Penatnya dua tiga hari! Jadi, memang kena upah tukang potong rumput. Kebiasaannya, sekali potong sampai pendek, pangkas pokok itu ini, kemas-kemas all in kena dalam dua ke tiga ratus jugalah. (Ini kos untuk satu bulan setengah ke dua bulan.)
Masalahnya, sementara nak tunggu sesi potong rumput yang seterusnya, halaman rumah saya ditumbuhi tompokan-tompokan rumput/lalang yang akan tinggi memanjang mengalahkan rumput-rumput lain! Tak silap saya, orang panggil crabgrass. Sakit mata tengok rumpun-rumpun ni naik mencanak tinggi sedangkan rumput lain masih sederhana panjangnya. Bertambah sakit hati, makin tinggi ala-ala nak jadi skyscrapper, makin kuat akarnya mencengkam bumi. Setiap kali nak get rid of the rumpun-rumpun, kena korek gali hingga akarnya keluar.
So, one day saya terbaca di Pinterest. Seorang user ni sarankan penggunaan baking soda untuk lambatkan pertumbuhan rumput di celah-celah tiles/bata disusun untuk buat track di luar rumah. Track jadi tak cantik sebab rumput tumbuh memanjang dan menjalar di celahan susunan tiles. Makanya, saya pun adopt teknik yang sama. Ambil sedikit baking soda dan taburkan di sekitar kawasan yang kita nak bantutkan proses pertumbuhannya. Peranan baking soda di sini adalah untuk serap kelembapan dan bunuh organisme dalam tanah. Jadi, proses pemanjangan rumput sedikit tergenjat sebab tak cukup nutrien.
Gambar di atas ni antara contohnya. Hihihi sebenarnya tak perlu semangat sangat bersudu-sudu macam yang saya buat. Itu kes geram berdendam kesumat dengan rumput namanya. Tabur sedikit je pun dah cukup asal cover kawasan yang nak 'dibantutkan'. Insya-Allah, kalau cuaca elok, tak hujan....dalam dua tiga hari, matilah rumput-rumput yang buat onar tu.
Proses ini merupakan proses sementara. Biar rumput tu lambat panjang sikit. Berair mata jugaklah kalau asyik nak buat date dengan tukang potong rumput! Bagi saya method ni agak berbaloi. Harga baking soda tak mahal mana. Kalau di kedai menjual peralatan kek tu, 500g harganya hanya RM1.80 - RM2.00. Lagi banyak kita beli, contohnya 1 kg, lagi murah! Jangan pula beli kotak/tin kecil yang di pasaran tu. Itu kita dah bayar harga packaging tin kotak label segala! Tentulah a bit pricey.
Oh, tapi kaedah ni tak sesuai untuk kawasan tanah yang kita gunakan untuk bercucuk tanam. Nanti dengan pokok-pokok kita terbantut sekali :)
owh, baru wawa tahu..")
BalasPadamHaaa, nanti kalau berdendam dengan rumput macam akak bolehlah buat :)
Padamhmm..knp marah sgt kat rumput tu.. isk isk
BalasPadamBalas dendam katanya... he he he..
PadamNICE ENTRI ADMIN...
BalasPadamBoleh jadi admin kat Pondok SS tak? Tanam padi tumbuh lalang dah... he he he..
PadamKih kih kih! Tu salah guna baja tuh hahahaah
Padamoh kenapa tak racun terus je? o.O
BalasPadamAkak sebolehnya elak bab2 meracun ni, Fifi. Tak mesra alam :)
PadamJangan lupa share result ye Farrah..
BalasPadamInsya Allah, kA. Kalau ikut pengalaman dulu2,..lepas 2/3 hari rumput hijau tu akan mati mengering macam rumput lain :)
Padamtips berguna..good luck kak Farrah..nanti update ye pas ni apa jadi
BalasPadamThanks, Sal. Insya Allah :)
Padambanyak kegunaan rupanya baking soda ni..
BalasPadamMemang banyak Intan. Ni antara benda yang perlu ada di rumah walaupun kita tak suka bake :)
PadamKerana rumput sejemput... Rosak baking soda sebelanga... Ehhh... He He He...
BalasPadamHahahah peribahasa baru nampaknya :)
PadamPakai racun rumput je laa Cikgu... Kos lagi murah dan senang... Spray aje... Cuci tangan... Abis citer... He He He...
BalasPadamCikgu tak leh pakai racun, SS. Nanti cikgu nanges. Dengan keluasan halaman rumah cikgu,...Cikgu Ceketed bakal jadi penyumbang utama pencemaran udara kat kampung huhuhu tidakkkk!
PadamLagipun kat sini kan,..meracun ikut pam. satu pam lebih kurang 30 hengget. Cover satu kawasan rumah, lebih kurang gitu gak kosnya ;)
fuiyiooo kak.. luas tu kawasan rumah akak kalo boleh tlg sumbang pencemaran..
Padamlepas tu nak main bola seround kan ?
Kalau ikutkan kiraan kawasan memang boleh buat padang bola, CT. Buat main badminton,..main konda-kondi ke,..kejau-kejau ke ;)
PadamGood tips, boleh cuba ni. Geram jugak dgn rumput nak2 yg ada kemuncup. Yaishhhh
BalasPadamSelamat mencuba, Mekja. Guna baking soda tau...bukan baking powder :)
Padamgood tips kak farrah... ingtkan boleh buat masak je baking soda ni..hiihihi :D
BalasPadamBoleh buat macam-macam :)
Padamnasiblah membantut pertumbahan rumput je... kalau baking soda ni membantut pertumbahan manusia... heheeeheeeee
BalasPadamKihkihkih ke situ pulak perginya ;)
Padami mampu tanam dlm pasu je..tp musim panas ni..tumbuhan mengering
BalasPadamCuaca panas sekarang memang habis tanaman kena heat stroke ;)
PadamMemang sakit mata bila rumput ni cepat membiak dengan suburnya lebih subur dari bunga yang MD tanam....hahaha
BalasPadamHahaha memang sakit,...memang sakit ;)
Padamnice tips kak farrah..
BalasPadam:) :) :)
Padamtapi kan lepas ni habis baking soda makk huhuhu
BalasPadamyang pi rembat baking soda mak tu buat apa,..belilah satu pek khusus untuk rumput ;)
Padamakhirnya sudah muncul robot suruh cari rumput:P
BalasPadameheheh samalah.. bila robot mai akak pun lari sama..
Padamtapi tak mai lagi ni..
Rerobots ni memang tak kenal erti putus asa :)
PadamNampak lah melepaskan geram ke rumput tu Kak Farrah haha apa pun good info! Cuma rumah saya takde pokok pun tsktsk
BalasPadamHihihih memang lepas geramlah konon2nya :)
Padamehheh tak membesar bagai juara ke pokok2 tu letak baking soda ? ngeh3..
BalasPadamTak,..dia membantut jadi naib juara ;)
Padamilmu baru ni... selalu guna baking soda tu sinki tersumbat jer. hihi
BalasPadamBaking soda ni memang stok wajib ada kat rumah. Nak bersih2 kan rumah/barang memang boleh guna baking soda :)
Padamyang bab rumput panjang paling ekin terkesan di hati... ekin jadi mangsa umpatan jiran kat rmah biar rumput panjang... dia ingat senang kah nak cabut rumput tu banyak... ekin guna racun rumput buat... bila nampak panjang sembur racun... ni stock racun habis kena pergi beli la rumput kat belakang dah panjang...
BalasPadammaaf teremo tulis panjang kat blog kak farah
Tak mengapa, Ekin. Pandang dari sudut yang positif.
Padam1. Kalau orang umpat keji kita, orang tu tolong bagi kita pahala :)
2. Jika hidup asyik seronok dipuji, kita akan lupa diri. Sesekali kita kena kutuk, kena caci, benda tu akan jadi elemen check and balance. Bukan untuk kita marah atau bermusuh, tapi untuk kita baiki diri kita supaya jadi lebih baik, sebab kadang2 tak semua tindakan kita betul. Orang yang mengata tu biarlah hak dia nak buat apa, jangan kita sama naik mengata.
3. Apa yang Ekin buat tu dah kira dapat pahala, jaga kebersihan, jaga hati jiran. Kita kalau hidup berkomuniti, memang ada adab berjiran yang kita kena jaga. Lagi2 kalau duduk kawasan taman perumahan, rumah dekat2. lagi2 dengan keadaan cuaca macam ni, kalau rumput panjang meninggi risaulah. Entah apa2 yang menumpang nanti.
4. Cubalah cara akak...bantutkan pertumbuhan rumput tu. Lepas tu tinggi sikit, potong pakai shears :)
terima kasih kak farah di atas penerangan yang baik... insyaAllah ekin try cuba cara kak farah nanti deh... tengok mood la... ni baru lepas operasi clear bilik ada anai2... tnggu nak kemas barang2 balik dalam blik.. sorg buat lambat sikit hihihi...
Padamnice sharing..
BalasPadammoga bermanfaat :)
PadamBlh try juga mcm ni..thnks tipsnya kak
BalasPadamBagus tips ni ...sebab kadang rumput pendek lagi tapi alih2 ada pokok macam lalang dan pokok ala2 cow grass yang ada kemuncup tu yang dah besar dulu..
BalasPadamLalang pun boleh kan, good info dear:)
BalasPadammak aih!!! mahal tu...upah potong rumput RM300 after 2,3 bulan nk potong lagi..klau sis JM mmg x lah nak byar..paling cepat sembur racun je..terutama pokok lalang tu..mmg degil..sembur racun matikan akar,.korek buang semua akar lalang tu
BalasPadammmg betul..lalang ni x cukup potong gitew je...klau geram sgt kan..panggil buldover dtg korek
BalasPadamadoi syg plak nk guna baking soda tu..klau sis JM...sembur racun habis cite..pastu bila dah mati..korek akar tu...dh clear racun lagi..tp perlu rajin sikit lah
BalasPadamni Farrah baru experiment kan..nanti share hasil nya eh
BalasPadamkalau mahal camtu mmg x kan dating lah ngan tukang potong tu
BalasPadambagus idea ni.
BalasPadamnak letk gak kat few tempat kat laman aida tu hah.