Sampul Surat | Envelopes

Ahad, Februari 28, 2016

Search keywords semalam. Ada yang cari tentang cara nak buat sampul surat menarik.


Oleh itu, hari ini kita santai-santai intai entri lama saya tentang sampul surat ye. Di blog ni, saya pernah kongsi dua cara untuk buat sampul surat. Satu daripada bentuk hati dan satu lagi sampul surat lipat-lipat tanpa gam. Kedua-duanya mudah untuk dibuat, tidak kiralah sama ada menggunakan kertas kosong ataupun kertas warna/bercorak. Selain itu, ada juga tutorial membuat sampul surat menggunakan lembaran muka surat buku lama & terpakai. Seandainya mahu dijadikan aktiviti bersama anak-anak pun boleh. Buat kraf comel-comel. Kuatkan daya motor halus mereka :)


Sampul Surat Mini daripada Kertas Berbentuk Hati

Dapatkan tutorialnya di sini.

Template untuk hasilkan sampul surat ini berbentuk hati (love). Saiz sampul surat? Besar bentuk love, maka besarlah sampul surat yang dihasilkan. Begitulah sebaliknya. Sesuai untuk balut kad ucapan dan kad undangan. Saya selalu buat sampul ini dalam bentuk kecil dan dijadikan embellishment (hiasan) untuk kad ucapan yang saya buat. Boleh lihat contohnya di sini.

Sampul Surat Lipat-lipat

Tutorialnya di sini

Sampul surat/Sampul Duit daripada Lembaran Buku Lama

Tutorialnya di sini

Ada sampul surat lama/terpakai? Jangan buang dulu. Kita potong bucu sampul surat, tampal dengan kertas bercorak/kertas warna. Kemudian, hiaslah ikut kreativiti. Dah boleh jadi penanda buku yang cantik. Ajak budak-budak, anak-anak, anak buah, anak jiran buat sekali. Boleh hasilkan banyak-banyak, buat tanda buku teks, buku cerita, tanda Al-Quran... Tak adalah main lipat-lipat muka surat macam telinga anjing tu. Paling penting, kita guna semula kertas terpakai. Go green!


Tutorialnya di sini.


Enjoy the rest of your weekend!

22 ulasan

  1. ramai yang cari buat sampul surat... blog ekin ramai yang cara buat kotak brooch tu hahahah... tudung instant shawl ada gak cari

    BalasPadam
  2. eyda selalu buat sampul biasa macam sampul kita beli tuh.. dok nak buat tutorial sampai sekarang tak buat pun..

    BalasPadam
  3. Alamak..lipat-lipat macam telinga anjing eh.. hahaha. last-last boleh tekoyak kalau selalu lipat macam tu. See, orang kreatif memang banyak tips.

    BalasPadam
  4. Memg comel..save bajet klau buat sndiri kn

    BalasPadam
  5. Sgt mudah dan menarik. Lets go green Kak! :))

    BalasPadam
  6. saya tahu Farrah memang suka sampul surat. sebab tu saya belikan Farrah sampul surat. hehe

    BalasPadam
  7. tak sia-sia Farrah buat entry pasal sampul surat, ada jugak orang yang dapat manfaat nya

    BalasPadam
  8. nanti bila ada kelapangan saya nak cuba buatlah sampul surat mcm Farrah ajarkan ni

    BalasPadam
  9. Selalu saya nak buat craft pun saya singgah sini je..sini banyak craft menarik..pastu ada detail item nak guna..senang nak pergi carik..hehe

    BalasPadam
  10. Tapi banyak juga tu yang cari kod main gitar....kelas musik online untuk gitar..:)

    BalasPadam
  11. salam , kak farrah yang memang tengah cari tuton ni hahaha :)

    BalasPadam
  12. sis JM aa baca entri tutorial buat sampul surat ni..buat nye idok jgk...hadoii penyakit malas menjadi2

    BalasPadam
  13. Farrah..untuk LINK tutorial sampul surat bentuk hati tu...link nye bukan URL tetapi image

    BalasPadam
  14. nampaknya bila mood rajin dah datang baru korek balik entri ni

    BalasPadam
  15. yes!! GO GREEN..kurangkan juga penggunaan lastik

    BalasPadam
  16. masalahnya di rumah sis JM mmg x de kertas terpakai

    BalasPadam
    Balasan
    1. rumah ekin banyak... hahhahaha meh la ambik

      Padam
  17. sampul kak farah bagi pun sayang nak bukak... selit dalam buku supaya kemas lipatannya...

    BalasPadam
  18. lupa lak nak inform.
    lama dah ni.
    syuhada nak buat kad utk seni lukis.
    aida ada refer kat sini tau, farrah :)
    tapi masa tu aida demam.
    tak snap gambo kejadian sampul kad syuhada tu.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.