Salam Rabu!
Pernah dengar 'kouign-amann'? 'Kouign-amann' ialah sejenis kek yang berasal daripada Perancis. Tetapi, teksturnya lebih kepada roti sebab 'kouign-amann' dibuat menggunakan doh roti, kaya dengan mentega dan gula. Macam mana rasanya? OK, bayangkan roti croissant, luarnya rangup dan manis sebab ada gula yang caramelized di bahagian atas,... dalamnya lemak manis kerana doh 'kouign-amann' kaya dengan kandungan mentega dan lapisan gula.
Pernah dengar 'kouign-amann'? 'Kouign-amann' ialah sejenis kek yang berasal daripada Perancis. Tetapi, teksturnya lebih kepada roti sebab 'kouign-amann' dibuat menggunakan doh roti, kaya dengan mentega dan gula. Macam mana rasanya? OK, bayangkan roti croissant, luarnya rangup dan manis sebab ada gula yang caramelized di bahagian atas,... dalamnya lemak manis kerana doh 'kouign-amann' kaya dengan kandungan mentega dan lapisan gula.
Saya tengok di TV, terus teringin nak makan. Nama nak membuatnya dari mula, memang tak mampulah. Saya kalau resepi tu complicated, banyak sangat langkah-langkahnya,.. saya angkat senduk, lari pergi tengok TV. Jadi, kita guna shortcut ye. Ini resepi paling simple untuk 'kouign-amann'. Diulangi sekali lagi, paling simple. Bukan 'kouign-amann' yang betul-betul sempurna. Kita imitate je. Seperti biasa, apabila membuat hidangan pastri begini, saya akan guna kawan baik saya, puff pastry jenama Kawan :)
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Puff Pastry Jenama Kawan secukupnya.
- Gula halus
Saya tidak gunakan mentega sebab kandungan puff pastry tu sendiri dah bermentega. Selain itu, kita juga perlukan muffin tray dan muffin cups. Saya tak mahu bersusah-payah menyental muffin tray in case ada pastri yang melekat-lekat nanti. Lagipun, lebih senang dan proper untuk dihidangkan :)
Langkah-langkah Penyediaan:
- Keluarkan puff pastry. Biar pada suhu bilik sehingga lembut dan mudah dibentuk/lentur.
- Letak muffin cups pada muffin tray. Kemudian, taburkan setiap muffin cup dengan gula, lebih kurang setengah sudu kecil.
- Ambil sekeping puff pastry, letakkan di atas cutting board atau permukaan yang bersih. Taburkan permukaan puff pastry dengan setengah sudu kecil gula.
- Ambil setiap bucu puff pastry dan bawa/lipat ke tengah. Puff pastry akan menjadi empat segi berlipat. Ulang sekali lagi langkah ini. Maknanya, kita akan lipat empat bucu pastry sebanyak dua kali.
- Masukkan ke dalam muffin cups. Bentuknya akan jadi lebih kurang seperti di bawah.
- Setelah itu, tabur lagi lebih kurang setengah sudu gula di atas permukaan doh 'kouign-amann' kita. Bakar pada suhu 210 - 220 darjah celcius selama 20 minit atau hingga doh bertukar perang keemasan. Pastikan gula di bahagian atas doh caramelized ye.
'Kouign-amann' sebelum masuk oven |
Nikmati bersama secangkir kopi. |
*Penggunaan gula sebenarnya bergantung pada kalian. Jika ikut resepi asal, 'kouign-amann' memang manis lemak berkrim kerana gula digunakan semewahnya. I opted for a less sweet dessert. Walaupun, ikut saranan saya di atas, kita akan pakai 1 1/2 sudu kecil gula bagi setiap 'kouign-amann', saya hanya pakai satu sudu kecil.
Selamat Mencuba!
oaky, yg ni mmg betul punya simple! hahahaha...tapi asal nmpak 50% sama pun dah okay!
BalasPadamAsal boleh dimamam oklah tu kan,.. :)
PadamTengok ja entri lalu di mata haha..eh tertanya apakah itu, nampak menarik, clik la oh puff gula ya, memang ada pastry kawan kat umah, boleh cuba, ala hotel gitu :)
BalasPadamHaaa boleh cuba,..senang je :)
PadamWow..makan dengan secangkir kopi tu yang best kak.. :)
BalasPadamKunyah-kunyah sambil melayan perasaan memang best, Wana :)
Padamuish, pandai betul akak improvise..kalau saya, angkat senduk simpan dalam kitchen drawer jelah..haha
BalasPadamKira okay lg tu ada senduk cik sal.
Padamhi hi hi
Semestinya tak pernah dengar..... Sedapnyaaaaa mkn panas2
BalasPadammemang dap dap dap, mekja. nanti ada puff pastry boleh cuba :)
Padamisk !! ni yang malas scroll blog2 org pandai2 baking ni..
BalasPadamSila jeles. Bhahahha
PadamIni bukan pandai baking, sayang. Ini mengelat baking namanya :)
Padamnak jugak !! macam mana ? nak jugak !!
BalasPadamSorry dapat jamu mata je kali ni. Kalau teringin sangat cuba jilat skrin :)
PadamOoo camni buat dia. And sy x tau lak itu nm nya. Panggil pastry je....
BalasPadamhmmm nmpk senang... sbb dh ngelat guna pastry puff...
Yesss, teknik mengelat itu perlu :)
Padamtak tahu nak cakap apa, yana kak farrah memang rajin ! :)
BalasPadamKan Yana..tu yang tulis pun silap2..hihihi
Padamkalau yana la yang pelik pelik ni angkat kaki dulu heheh
BalasPadamIni super simple, dear :)
Padamboleh try ni!
BalasPadamSelamat mencuba!
PadamTumpang lalu sambil telan liur ( sebenarnya copy sekali resepi..bolehkan? ) Tak ada food tester ke Farrah? boleh try makan sebiji dua..hehehe
BalasPadamHeheheh silakan, Ros. Apa ada di blog ni memang untuk dikongsi. Food tester tak delah. Tuannya dah makan habis :)
Padamsimple dan menarik untuk dicuba..
BalasPadamMemang simple, Eyda :)
Padamnak kena cari puff pastry laa..
PadamFarrah tlg buatkan utk saya boleh tak?hehe
BalasPadamMemang simple lah Farrah...rasa pun sedap...
BalasPadamcukup ke satu?? hahaha ker kat tray banyak lagi.
BalasPadamHaah lah simple! Alangkah indahnya jika jumpa pastry Kawan tu haha
BalasPadamMemang sesuai dibuat minum petang niii
BalasPadamsedap jadi hidangan minuman petang. lawan kopi o pulak tu.
BalasPadamlapar tertiba tengok benda ni
BalasPadamNak mmbuatnya memg bakat zero...nmpknya bli je la klau tringij kihkih
BalasPadamKouign-Amann? mmg x pernah dgr..kalau aman graseka kenal lah
BalasPadamresipi paling simple? ha'alah...simple...2 bahan je
BalasPadamkalau sis JM nk buat perlu sediakn oven, muffin tray dan muffin cups
BalasPadamsimple.
BalasPadamyg simple tu la yg best :)
tu kopi pemberian Nina ke..sis JM suka minum kopi skrg dah x boleh minum huhuh
BalasPadam