Khamis, Mac 31, 2016

Beraktiviti dengan Anak-anak dalam Rumah

Dengan keadaan cuaca yang panas membahang sekarang ni, kita semua digalakkan untuk buat aktiviti indoor. Tak sesuai dedahkan diri di luar. Boleh dehydrate, boleh 'tangkap' macam-macam penyakit. Jadi, eloklah duduk diam-diam di rumah. Saya sekarang kalau keluar buat urusan, penatnya sampai dua tiga hari huhuhu

Dah duduk memerap di rumah bosan juga kan? Especially the kids yang aktif nak buat itu ini. Mesti mati akal mata blink blink tak tahu nak buat apa. Di bawah ini, ada beberapa aktiviti menarik yang boleh kalian lakukan bersama si cilik - si cilik mestika hati. Apa yang penting, dapat luangkan masa berkualiti bersama-sama. Klik sahaja pada pautan atau gambar di bawah ye.

Kids will definitely love finger printing activity. Ajak mereka hasilkan sesuatu dengan finger prints. Tetapi, ink pad yang digunakan tu mestilah kids-friendly. Tak bahaya pada anak-anak. Semestinya ibu atau bapa kena ada untuk pantau aktiviti ini. Bimbang seandainya ada yang buat finger printing dalam mulut atau di dinding rumah :)


Ada keratan aktiviti menarik untuk anak anda dari akhbar atau majalah? Jom buat Activity Board ini supaya setiap keratan boleh diguna semula/digunakan berulang kali. Boleh dijadikan aktiviti individu si anak atau secara berkumpulan dengan rakan-rakan.


This is a fun activity for small kids. Nampak senang, tapi terkial-kial jugalah nak lengkapkan mini puzzle supaya jadi buah atau sayur yang sempurna. Aktiviti begini elok untuk perkembangan minda si anak. Untuk lebih menarik, boleh hasilkan puzzle menggunakan gambar-gambar keluarga. Tampalkan dahulu sekeping gambar di atas batang aiskrim yang disusun rapi. Kemudian, potong dengan teliti menggunakan pisau tajam untuk pisahkan setiap batang.


Susun Letak Gambar Ikut Tema
Cetak gambar latar belakang yang sesuai. Misalnya dalam gambar di atas, saya pilih gambar dasar laut. Ajak anak untuk susun/letak haiwan-haiwan laut di mana mereka rasakan sesuai. Dah siap, bolehlah dibingkaikan. Boleh juga pilih tema farm animals seperti di bawah ni :)



Sebenarnya, banyak lagi aktiviti-aktriviti indoor menarik yang boleh kita lakukan. Jimat pun jimat. Tak perlu berbelanja besar keluar rumah.

23 ulasan:

  1. salam kak, betul kena banyak buat aktiviti dalam rumah

    BalasPadam
  2. kalau yana buat crating je ngan adik adik

    BalasPadam
  3. samapi bersepah satu bilik tapi hujung minggujelah hari hari sekolah depa busy

    BalasPadam
  4. Idea bernas utk aktiviti bersama anak di rumah..x bosan kalau ada aktiviti yg fun..

    BalasPadam
  5. NICE... akak ... buat cop guna bontot baby sawi tu... cantik.. boleh jadi flower...

    guna garfu... blh jadi tulip...

    BalasPadam
  6. yang batang eskrem tu creativeee sangat ! :D

    BalasPadam
  7. baguslah kak...aritu yang hand printing tu ade gak buat dengan anak..dia memang suka bab2 main kaler ni...leh cuba jugaklah yg lain.. tq kak for the idea...

    BalasPadam
  8. nanti saya nak try la yg guna batang aiskrim tu.
    kat rumah saya ada banyak batang aiskrim.
    hakmilik anak yg sulong.
    thn lepas kan fenomena bebudak main lawan-lawan batang aiskrim.
    bila nak buang, tak di kasik. meh bagi ibunya buat projek art

    BalasPadam
  9. bebudak nih mau semak rumah..al maklum sajalah, kreatif orangnya.. hehehe..

    BalasPadam
  10. teringat zaman sekolah rendah..aktiviti pendidikan seni macam menganyam n buat lukisan lilin.kalau ada anak kecik di rumah memang seronok

    BalasPadam
    Balasan
    1. paling geram bila cikgu suruh bawak batang pisang. hello !! rumah taman nak kidnap batang pisang kat mana ??????? ahaha.. merap hentak2 kaki. trpaksa la ayah amek kat pokok pisang skola dia..

      Padam
  11. kreatif betul idea ni kak..tak pernah langsung terfikir nak buat puzzle guna stick ice cream.. ! betapa kagumnya saya tengok.. hehehe..

    BalasPadam
  12. ooo pakai ink pad.. ingat pakai eye shadow maknya..hahhaa :P

    BalasPadam
  13. Musim2 panas ni memang sesuai sgt dok umah je .. tapi sesuai tuk mak-mak, anak2 masih menggeletis nak kluaq jugak mcm anak mummy tu, event macam2 aktiviti kat umah dah buat..huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama ler anak kita.
      menggeletis nak kuar umah.
      kita ni nak rest. hot to the maksima melaka ni.

      Padam
  14. comelnyaaa.. penuh kesabaran sungguhla Kak Farrah buat semua2 ni ngan kids.. CT ni dahla tahap penyabar tu almost zero lalala..

    BalasPadam
  15. a great suggestion ni semua, farrah :)

    BalasPadam
  16. comel sangat aktiviti yang kak farah buat... kreatif sangat ni

    BalasPadam
  17. Yang buat guna batang aiskrim tu, memang kreatif...
    Lepas ni mau cari batang aiskrim dan sticker ...
    Boleh tiru cara Farah...hehe.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.