Sambal mangga dan ikan ini resepi Bott. Selalu kalau jumpa mangga muda, memang akan minta Bott buatkan. Sedappp! Pedas pedas masam masam,...makan nasi sepinggan tak cukup! Tetapi, nak buat sambal ikan dan mangga ni tak ada sukatan yang khusus untuk resepinya. Agak-agak sahaja untuk imbangkan rasa.
Sambal Mangga dan Ikan |
Bahan-bahan yang diperlukan: 2 - 3 biji mangga muda, seekor ikan kembung, segenggam kecil cili api merah (ni cili api yang pedas berdesup tuh), secubit garam dan asam keping.
Cara Penyediaan: Mula-mula, rebus ikan kembung dengan secubit garam dan asam keping. Sesudah masak, asingkan isi ikan dari tulang. Hiris mangga. Tumbuk cili padi bersama isi ikan. Bott tumbuk tak sampai lumat sangat. Biar lagi kick katanya ada chunck ikan dan cili. Kemudian, gaul sekata mangga, isi ikan dan cili padi. Tak perlu letak garam sebab tadi ikan dah direbus dengan sedikit garam. Tetapi, jika rasanya kurang masin, bolehlah tambah ikut cita rasa.
Hidangkan dengan nasi atau bubur panas.
Hidangkan dengan nasi atau bubur panas.
Selamat Mencuba!
sedapnyaaaa...")
BalasPadammemang dap dap dap!
Padamkalau nak syokk laagi...makan dengan budu! perghhh...tak pandang kiri kanan dah!
BalasPadamFuhhh! Kalau dah laga dengan budu,..memang fokus kat pinggan,..suap, kunyah, telan...suap, kunyah, telan :)
PadamMakan macam ni memang buat nasi x ckup sepinggan kan kak farrah..pedas2 masa..erm, terliur!!!
BalasPadamBest kan, Wana! Memang sepinggan tu sekadar pembuka selera je...hahaha
PadamIkhwan suka makan pedas ke?
macam kerabu mango versi kak bott
BalasPadamKerabu mango hihihi comel lak nama tu :)
PadamTowednesday Mango! Keh keh keh
PadamNampak tajuk resepi terus mai sini..dpt ngan ulam pegaga/kacang botor sekali pun berdesup jugak ni..hehe :)
BalasPadamUishhh, ada semua tu memang selagi tak puas, tak berhenti makanla,.. :)
PadamKalau dapat makanan ni memang lupa diet..
BalasPadamDiet?! What is that?! Hahahaah
Padamyum yum sedap nya sis... fav akak jg ni... terus lapar....
BalasPadamAlamak,..sorry2..pergi mamam cepat ye :)
Padamsedapnya..telan ai lior..
BalasPadamHihihihi :)
PadamKalau Firah yang perisi ikan, tulang ja yang tinggal.. isi ikan masuk perut.. peberet.. hehe
BalasPadamAlamak, bahaya tuh! Tak sempat siapla sambal mangga ni :)
PadamSedapnyaaa !
BalasPadamyummehhhh!
PadamMemg sedap pun enak d mkn begitu saja hihi
BalasPadammesti sedap.. raaya tak cuba laa sebab jenis tak tahan pedas..
BalasPadamTengok pon dah tahu sedap!
BalasPadamklu kami sni suka panggil kerabu klu masak camni, mmg xda sukatan, men letak ja..
BalasPadamfebret ni mkm nasi bertambah ni...
BalasPadamKakak Bott !! nak jugak !!
BalasPadamlama dah tak tengok sambal macam ni ...
BalasPadamSedapnya Farrah.... MD dan hubby tadi baru lepas makan ikan bakar cecah dengan sambal mangga tapi ada campuran timun sikit...sedap..
BalasPadam