Rabu, Mei 25, 2016

Kotak Merah Penuh Makna SS | HH

Assalamu'alaikum,
Ini kisah Jumaat lepas. Saya masuk kelas pukul 9. Hari Jumaat saya kerja 1 jam je. Pantau keadaan kelas, jumpa 'The Cinonets'. Masuk-masuk, 'The Cinonets' dengan ceria menyapa saya. Belum sempat letak beg, dah berkejaran datang kerumun saya sambil bawa satu parcel di tangan. Parcel pos laju. Jiran saya yang tolong ambilkan dan hantar ke kelas pada malam tu.

Kebiasaannya, pukul 9.00 - 9.10, anak-anak kecil ini rehat belajar selama sepuluh minit sebelum sambung subjek seterusnya. Masa inilah mereka nak kongsi cerita dengan saya (budak-budak kecil pun ada gosip tau!), nak mengadu itu ini. However, that day, cerita-cerita mereka semua were put on hold. Sebab sibukkan hadiah saya..

Buka parcel,...Wahhhhhhhh! Kotak merahhhhhh!



...dalam kotak merah ada...

Sorry, gambar kabur ;)

...hadiah untuk saya dan Cekebon! Haaa,...rasa-rasanya dapat teka tak siapa yang beri? Siapa dalam kalangan rakan blogger yang ada special bond dengan Cekebon? Cer teka! Cer teka!

Betulllll! Daripada SS dan HH!

Masing-masing dapat kad dan hadiah seorang satu. 'The Cinonets' nampak je tulisan Happy Birthday, terus pakat nyanyi ramai-ramai! Apabila saya tidakkan, puas mereka nak argue,..habis tu kenapa ada tulis Happy Birthday? Kenapa ada hadiah untuk Cekebon? Macam-macamlah!

Benar-benar terharu dapat kiriman daripada mereka berdua ni. SS bagi Cekebon hadiah sempena birthday mestika hati saya awal Mei baru-baru ini. Yang super-duper seronoknya, saya pun tumpang share sekaki! HH beri saya hadiah birthday jugak! Isk..isk..ni yang nak nangis ni. Birthday dah berbulan-bulan lepas, masih lagi dapat hadiah. 


Hadiah Cekebon
Balik kelas, Cekebon dah tidur. Saya cakap, "Bon, ada hadiah ni,.." Berdesup dia bangun! Hahaha! Cekebon terima sehelai tudung cantik dan sekeping kad buatan sendiri. Excited dia. "E eh,..kad ni SS yang buat ye, kak?" Saya iyakan. 

Dalam pisat-pisat, Cekebon buka kad,..


"Kak, cantiknya!" Kembang-kempis hidung Cekebon baca kad. "Lagi cantik daripada yang akak buat!" Pekkk! Selepuk kena kat dahi! Aikk,..dalam mamai-mamai pun sempat bagi statement 'tikam hati'? Nampak tak? Nampak tak? Cekebon dah mula lupa anak,..heheheh. Without doubt, memang cantik pun! Berbunga-bunga hati Cekebon baca part Auntie Rose. Saya pun tak mau kalah, siap claimed kad birthday yang SS buat untuk saya lagi cantikkkk! Nak tengok? Klik sini :)

Sementara Cekebon dalam bubble happy sebab anak angkat maya hantar hadiah, saya pun gumbira semacam. HH titip hadiah belated birthday. These are MINE!


Saya dapat 'hadiah muzik'. Oh la la! Geramnya tengok pensel dua batang tu! Wristlet hitam pun sungguh bergaya! Tak cukup dengan itu, ada satu pek sticky notes lagi! Dan kad merah di atas, eksklusif handmade by SS! Kira hadiah HH ni boleh complement hadiah birthday pemberian SS. Sukanya! Sukanya! Sayanggggggg HH! Terima kasih ye,..susah-susah bagi hadiah yang kena dengan jiwa saya!

To both of you, SS dan HH,
Rasanya ungkapan terima kasih macam tak cukup untuk tunjuk penghargaan daripada pihak kami. Nway, thanks a bunch! Thanks so much! Domo arigato! Hadiah-hadiah ini amat-amat bermakna. You are among the most thoughtful, caring and sweet people yang saya kenal (meskipun belum berkesempatan bertemu). I really cherish this camaraderie. The best part is, hadiah ni bukan sahaja gembirakan saya dan Cekebon, malah turut gembirakan The Cinonets ;) Hanya Allah yang dapat memberikan ganjaran setimpal buat kalian.

[From Cekebon]

SS, auntie suka sangat hadiah yang SS kirimkan. Terima kasih tidak terhingga atas ingatan dan susah-payah. Auntie doakan agar SS sentiasa sihat, sentiasa tenang dan happy. Semoga SS dan HH sentiasa baik-baik sahaja. Nanti one day, dengan izin Tuhan, auntie belanja both of makan. Hugs and kisses, Auntie Rose a.k.a Cekebon.

78 ulasan:

  1. salam, ala baik nya SS , HH..
    cekebon pon comel , dapat hadiah terus bangun hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yana..SS dan HH mmg TERBAIK tau..lg best kalau dpt jalan2 ngan dorang tu

      Padam
    2. Memang baik dan pemurah mereka berdua ni, Yana. Sis JM, lepas ni ke mana pula?

      Padam
    3. hahhaha , haah betul bila nak travel sesam lagi nak baca kisah travel korang !

      Padam
    4. Tapi kan,..tapi kan,..asyik baca citer dari sisi SS je,..Sis JM bila nak update entri Darul Takzim, Darul Rizuan dan Bandaraya Bersejarah?

      Padam
  2. mau tak sengih.. hadiah skotak kot.. ehhe.. kita ni posmen lalu je depan rumah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg siap announce parcel kat fb tu sape ek... Nasib x pakai speker masjid... He he he

      Padam
    2. posmen lalu katanya...posmen panggil ambil parcel x nk cite ;p

      Padam
    3. Hahaha si SYM citer separuh-separuh je, kan. Mula2 tak relate pasal speaker masjid tu,..masuk fb baru paham :)

      Padam
    4. Nasib baik dia tak iklankan kat suat kabo... keh keh keh...

      Padam
    5. kan kak siti , posmen lalu dua tiga kali tak berhenti pon, berhenti rumah sebelah hahaha XD

      Padam
    6. Habislah kalau SYM dah pandai iklan kat suratkhabar! ;)
      Alaaa yelah si Yana tu! Posmen singgah rumah sebelah je ye...

      Padam
  3. hadiah besday akak x balut2 lagi.. hurm.. tunggu skali souvenir next trip la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahun depan lah jawab nye heheeh

      Padam
    2. Simpan sampai ke tahun depanlah. Tak lama je lagik! Hihihi
      Nway, ur birthday present dalam perjalanan ke rumah mak. Akak dah pos baru baca announcement speaker masjid orang tu tukar address. Tapi, bila baca sentence akhir,..legalah sikit hati :)

      Padam
  4. hehee memang dasar tengok Happy Birthday terus ingat birthday orang.. kids sangat budak2 ni ahahha memangla kids..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia ceria pop star laaa... ha ha ha

      Padam
    2. Kihkihkih kalau SYM Ceria Pop Star, saya nak undi banyak-banyakkkkkkk!

      Padam
  5. yang ni CT tak mogok.. its a present. people deserve to receive present.. yang mogok tu yang datang dekat ngan kita tapi tak hello !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ehhh! Tak move on lagi rupeeenye... Ha ha ha...

      Padam
    2. habislah...sampai tahun depan dia ungkit hahaha

      Padam
    3. Hahaha SYM dah jadi Siti Yang Mogok ;)

      Padam
  6. lepas tu claim kakak sayang.. tu lagi taceng tu.. eh.. terlepas rajuk kat sini plak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alalala shiannya dia merajuk! Meh akak pujuk meh.
      Bobobok bobokkkkkk! Eh nak pujuk ke nak soh tido ni?

      Padam
  7. Balasan
    1. Jom Siti! Akak utang treat birthday ni,...kita ayam penyet jom! Ke pancake ke,..

      Padam
    2. Deting Tasek Biru pulak tu... Itew pon x mampu... Mampu cendol tepi parit jek... Sedih!

      Padam
    3. SS - Yelah cendol tepi parit je! Yang DOME, Fish Market semua tu tak citer,...

      Huda - kalau ajak nak jumpa ke?

      Padam
  8. Sapa yg x hapy kn dpt hadiah yihuuu..tahniah sis

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. Hihihi thanks, Ain. Tapi memang belated sungguh ni ;)

      Padam
  10. wahh..hadiah birthday dari SS dan HH sama tema..muzik..sehati sejiwa depa berdua..hihi...

    cantik birthday card yg SS buat utk Cekebon...uolls ni sungguh kreatif..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Diorang ni memang besfren sejati, Kak Nohas. Kad-kad yang SS buat memang marvelous! Orang bersenilah katakan,..

      Padam
  11. hehehe.. omey angat Cikebon.. dengar hadiah, terus bangun.. pastu buat statement "tikam hati" .. hehehe

    BalasPadam
  12. Alhamdulilah hadiah berset cantik, pandai farrah berbusiness, dapat manage your own time, sejam dua pun bermanfaat dua pihak kan.

    BalasPadam
  13. Happy Birthday kak farrah....Semoga dikurniakan umur rezeki dan ilmu yang berkat dan berjaya dunia dan akhirat aminn

    BalasPadam
  14. Statement tikam hati tu yang mahal... Ha ha ha... Aduhai cekebon...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu itu statement paling epik! Tak de lapik2 basa-basi... :)

      Padam
  15. HH tergelak baca entry ni... Tak tahan part cekebon tu...

    BalasPadam
  16. Terima kasih atas doa di atas... Semoga Allah juga pelihara kalian sekeluarga... Aaminnn...

    BalasPadam
  17. cantiknya hadiah. pandai SS dgn HH buat kad lawa2 cmtu :D

    BalasPadam
  18. ahakss...cinonets pun pandai gossip jgk ehh...

    BalasPadam
  19. kenapa kotak tu warna merah bukan pink heheheh

    BalasPadam
  20. tak pun BIRU lah sbb SS kan suka biru

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti kita tanya SS ye :)
      Musykil bebenor Sis JM ni

      Padam
  21. special bond dgn Cekebon? siapa lagi kalau bukan Mat BOND ehh..SS BOND

    BalasPadam
  22. Wahh..sis JM yang baca dan tgk hadiah ni pun dah rasa terharu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ...apatah lagi kami yang menerimanya kan. :)

      Padam
  23. Farrah..kalau boleh satu hari nanti sis JM nak bawak SS and HH jumpa Farrah n Cekebon..mereka berdua tu mmg OHSEM..sis JM tahu lah sebb dah byk kali keluar ngan dorang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-Allah, Sis JM. One fine day kita semua jumpa ye. Doakan Cekebon sihat dna kuat supaya saya boleh angkut Cekebon jumpa u all. Kita kena ajak sekali CML dan SYM. Nanti mogok, susah kita! ;)

      Padam
  24. sis JM pun ada parcel utk Farrah tapi x delah kad cantik camtu..belum pos

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaaa Sis JM tak perlu susah-susahla,..dah banyak dah gifts sis JM bagi saya.
      Tapi,..kalau nak bagi juga, kecil tapak tangan, tower saya ni saya tadahkan! Hikhikhik

      Padam
  25. wah..syokknya dapat hadiah.. bestlah!

    BalasPadam
  26. miss that part.. Lama sangat tak jengah.. Happy belated birthday akak comel.. sorry for late wish.. Akak, ingat x akak pernah tlg check pasal short essay last year, yeah I got A.. thank you so much tecer comel.. <3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaaaaaaaaaaaaaa tak aci arrr... tecer tak ajar itew pon... Itew broken engerissss arrrr tecerr... ajarrr arrr itewwww....

      Padam
    2. @Syida - Dapat A? Congrats, dear. Very very proud of you.

      @SS - Tecer tau sikit2 je,..tecer sekolah tak tinggi huhuhu tak pe kalau broken english,..jangan hati dan attitude yang broken! Hahaha nway, kalau nak suruh tecer check kan apa2,..u know where to reach me, rite? Tecer tunggu dengan rotan halus di tangan ;)

      Padam
  27. Ini akta kegembiraan nombor berapa. Hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena bukak balik entri Cik Manisah Lesing lah jawabnya. Yang dapat hadiah dari kawan-kawan blogger tu fasal nombor brapa?

      Padam
  28. banyaknya gift yang SS dan HH bagi..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.