Rabu, Jun 22, 2016

Hayati Peristiwa Nuzul Quran dengan Wahyu Pertama NowSeeHeart

Assalamu'alaikum,
Maaf beberapa hari belakangan ini tidak sempat membalas komen-komen kalian dan membuat kunjungan balas. Alhamdulillah, sedar tidak sedar dah separuh Ramadan kita lalui dan 17 Ramadan memetakan satu sejarah penting yang kita perlu hayati - Nuzul Quran.

Menyentuh tentang peristiwa Nuzul Quran, saya teringat sebuah lagu nasyid yang jadi kegemaran saya ketika belajar dulu. Actually, sampai sekarang saya suka lagu ni. Susunan muziknya, penceritaan melalui lirik, harmoni suara penyanyi-penyanyinya....ini antara lagu nasyid terbaik yang pernah saya dengar! Lagu yang saya maksudkan ialah Wahyu Pertama, dendangan kumpulan NowSeeHeart. Lagu ini merupakan salah satu lagu dalam album pertama mereka, Wahyu Pertama. Kiranya semasa di kampus, masa teman-teman lain sibuk sukakan Damai Yang Hilang, saya pasang Wahyu Pertama on repeat mode. Apa yang paling saya suka buat, ikut nyanyi part latar di bahagian korus ;)  Rasa macam grand sangat!


Pernah dengar tak? Ada yang ingat lagu ni? Kalau nak dengar Wahyu Pertama - NowSeeHeart boleh klik di sini.

Wahyu Pertama - NowSeeHeart

Terbuka luas kubah langit
Tujuh belas Ramadhan Al-Mubarak
Terpancar sinar cahaya putih
Menggetarkan abid yang beruzlah Bagaikan petir menyambar Gua Hira'
Jibril menghulurkan watiqah dari Yang Haq

Lembar Al-Quran pun bermula yang pertama
Lembar Al-Quran pun bermula yang pertama
Dan bermulalah kehidupan Rasulullah
Menyampai amanah
Dari Tuhan Yang Memerintah Cakerawala
Ditaat disembah

Dan bersaksilah pada dua kalimah
Nan tergantung di kemuncak Arasy' (Muhammad Rasulullah)

Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan
[Bacalah, bacalah, bacalah]
Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Pemurah
[Bacalah, bacalah, cipta manusia dari segumpal, dari segumpal darah]
Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan
[Aaahhh...Aahhhh]
Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Pemurah 
[Bacalah, bacalah, bacalah, mengajar insan, mengajar dengan kalam]
Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan
Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Pemurah 

Terbuka luas kubah langit
Detik gemilang wahyu pertama


Selamat Mendengar! Jangan lupa dengar bahagian suara latarnya sekali dan kalian pasti akan setuju dengan saya - GRAND! HEBAT! Salam Nuzul Quran daripada saya :)

20 ulasan:

  1. first time dengar lagu ni , terima kasih kak farrah :) best!

    BalasPadam
  2. Salam Nuzul Quran Farah.. dan selamat bercuti...:)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum kak Farah.. baru berkesempatan nak ke sini. hihi.. Selamat berpuasa :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam, Ros. Terima kasih sudi luangkan masa ke mari. Akak pun dah lama tak jengah Ros. Insya Allah, ada masa terluang akak datang ye :)

      Padam
  4. Salam Nuzul Quran sis.. moga terus beroleh keberkatan..
    suka dgn lagu2 Sweetheart dolu2... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Sis Atie. Lagu first album diorang memang best2 kan :)

      Padam
  5. oh, dah lama x dengar lagu dari NowSeeHeart. macam best je dari lirik dia ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah dengar. Lagu ni memang akak recommend :)

      Padam
  6. xpenah dgr lagi..boleh layan nnt

    BalasPadam
  7. hari Nuzul Quran hari tu sekolah cuti.. memang sangat tak productive rasanya.. sebab terlalu penat. we were sleeping kalah koala.. memang asal letak kepala terus lena..

    BalasPadam
  8. konon nak jugak buat something.. huurm.. rugi rugi.. but sangat tired..

    BalasPadam
  9. tak taw nuzul al-quran aritu ya Allah anak saudara bagitaw baru tringat

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.