Selasa, Oktober 18, 2016

Ajar Anak Penjodoh Bilangan Guna Katalog

Ikut pengalaman saya, penjodoh bilangan merupakan antara topik Bahasa Malaysia yang sukar dikuasai oleh si cilik. Satu, sebab skop penjodoh bilangan itu sendiri luas:- (i) lain barang, lain penjodoh bilangannya (ii) satu barang boleh ada beberapa penjodoh bilangan bergantung kepada keadaan. Contohnya: pisang - sebiji pisang, sesisir/sesikat pisang, setandan pisang, sepotong pisang dan secubit pisang.

Dua - si cilik kurang didedahkan secara praktikal. (i) kebiasaannya di sekolah mereka akan hafal penjodoh bilangan sekadar yang termampu (ii) kita sendiri di rumah jarang menggunakan penjodoh bilangan dalam pertuturan sehari-hari.

Untuk kelas bersama murid-murid sekolah rendah, saya gunakan approach yang lebih santai (dan Alhamdulillah berkesan untuk mereka). Saya ajak si cilik pergi shopping! Bukan shopping betul-betul. Shopping dalam kelas juga :)

Apa yang diperlukan:
  • Katalog jualan- Tesco, Giant atau mana-mana pasar raya.
  • Pelekat putih yang sesuai untuk saiz tulisan si cilik. Bab tampal-tampal sticker ni memang mereka cepat teruja.
Katalog Tesco dan pelekat label :)

Aktiviti Penjodoh Bilangan Bersama Si Cilik
  1. Edarkan kertas pelekat putih kepada si cilik untuk digunakan bersama katalog.
  2. Minta si cilik buka dan belek katalog. Beri beberapa contoh penjodoh bilangan berdasarkan gambar-gambar yang terdapat di dalam katalog. Contoh: sebuah kipas, sebotol syampu.
  3. Kemudian, suruh si cilik tampal pelekat putih dan labelkan penjodoh bilangan yang sesuai dengan gambar. Boleh lihat contoh di bawah ini.

Setelah selesai, bolehlah semak bersama si cilik. Bahagian yang betul, ditanda betul manakala yang salah, si cilik perlu tampal pelekat baru dan buat pembetulan. Melalui aktiviti ini, kita dapat beri lebih exposure pada mereka. Ada katalog berwarna begini dapat rangsang minda si cilik. Mereka dapat lihat gambar barang yang digunakan dalam kehidupan sehari-hari dengan lebih jelas. Lebih cepat register dalam otak. :)

Selain itu, pastikan kita assign pada si cilik untuk letakkan apa-apa penjodoh bilangan yang sesuai pada barang yang mempunyai lebih daripada satu penjodoh bilangan. Seperti dalam gambar di bawah:

Bahagian ini belum bertanda. Jawapan yang tepat di atas hanya sesisir dan setandan. Segugus dan seikat tidak boleh diterima ya :)

Jawapan yang buat saya hela-nafas-urut-dada ;)

Sebenarnya, selain daripada aktiviti penjodoh bilangan, banyak lagi aktiviti mengasah minda yang boleh dibuat bersama si cilik menggunakan katalog. Kita boleh ajak mereka mengira jumlah barangan yang hendak dibeli. Contoh: 2 biji nanas, 3 botol syampu dan sebuah buku cerita. Sambil luangkan masa berkualiti bersama mereka, kita berpeluang tingkatkan kemahiran kira-kira.

19 ulasan:

  1. bagus tips ni. Insyallah akan apply kat hakim.

    BalasPadam
  2. Serious bagus tips ni kak Farrah. Simple, cheap, easy, but useful gitu. Hmm cuma satu je masalah. Takde adik kecik, anak lagi lah takde kehkeh

    BalasPadam
  3. Akan di apply pada waktu yang sesuai akan datang hehe. Eh haah boleh ajar luqman nanti! Hihi

    BalasPadam
  4. hahahha, jawapan yang bawah sekali terbaik , naik hantu jap

    BalasPadam
  5. masa sekolah part ni ngan peribahasa paling excited nak jawab! best best

    BalasPadam
  6. best juga main tampal² mcm tu kan..

    BalasPadam
  7. menarik cara pembelajaran macam ni!

    BalasPadam
  8. Menarik dan kreatif cara pembelajaran untuk kanak² ni...pasti dorang suka...

    BalasPadam
  9. cikgu2 BM boleh laa take note ya ;-)

    BalasPadam
  10. hmmm nanti ada anak-anak boleh la apply benda ni. weeee~

    BalasPadam
  11. Keh keh ke 3 buah tu lawak kaau ada kereta dia cakap 3 kereta

    BalasPadam
  12. Ahaaa iadea kreatif bagus jgk cara mcm ni gmbar dah ada minta dia tampalkan jek

    BalasPadam
  13. Jimat x belu nk beli buku latihan guna je katalog tu x de lah nk buang camtu je

    BalasPadam
  14. Kalau ada anak kecik bagus d praktikan kalau sis JM dpt katalog ni cari harga brg yg murah jek 😬

    BalasPadam
  15. wahhh tips yg bagus ni nanti boleh cikgu kat anak2 saudara ni

    BalasPadam
  16. ehh comellnye...
    bagus jugak idea ni..
    tapi kalau bg kt firash ni mmg abis koyak la katalog tu..
    heheheh

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.