Assalamu'alaikum,
Sebelum ini saya ada tulis mengenai buku pelekat yang saya beli di Mr. DIY untuk projek kraf dan bahan aktiviti si cilik. Baca mengenainya di sini.
Buku sticker yang diborong ;) |
Dua daripadanya yang bertemakan haiwan liar dan haiwan laut akan saya gunakan sebagai material pembelajaran Bahasa Inggeris anak didik saya. Aktiviti ini sesuai untuk anak-anak prasekolah, Tahun 2 dan Tahun 3.
Pelekatnya comel-comel, kan?!
Satu lembaran pelekat boleh kongsi dua tiga orang murid :)
Aktiviti Mengasah Skil Imaginasi Si Cilik
Sebelum ini, saya menggunakan pre-cut foams. Saya cetak gambar dasar laut dan kemudian minta si kecil untuk tampal haiwan-haiwan dasar laut mengikut imaginasi mereka.
This time around, konsepnya masih sama. Cuma guna gambar lain untuk aktiviti tampal-tampal lekat-lekat ni :)
Colouring Page for Under The Sea
Minta si anak warnakan gambar ini. Setelah siap diwarna, barulah minta mereka tampal pelekat-pelakat haiwan laut. Setelah itu, lakukan aktiviti interaktif dengan mereka. Tanyakan nama haiwan (dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu), cara haiwan ini bergerak dan bunyinya (jika ada). Ajarkan juga ejaan yang betul.
Credit |
Jungle Background for Wild Animals
Untuk yang ini pula, berikan pelekat haiwan liar. Ajak mereka tampal pelekat haiwan di lokasi yang sesuai. Contohnya, monyet dan burung di atas pokok, singa di bawah pokok,..dan ada haiwan yang boleh diletakkan di atas tunggul tu :)
Mudah je kan? Dengan buku pelekat ni, macam-macam aktiviti yang dapat dibuat. Pembelajaran berlangsung secara tidak formal, sambil-sambil kita luangkan masa berkualiti dengan mereka. Suasananya lebih santai. Percayalah, aktiviti-aktiviti yang menarik minat si kecil sebegini, lebih mudah lekat di kepala. Plus, they'll surely love doing this.
bgs ada buku beraktiviti mcm ni...x laa anak2 24jam mengadap tab je... lemas sy tgk... mcm x berkembang minda bdk2 kalu tiap2 hari mcm tu...
BalasPadamYessss,...personally, saya pun lemas tengok. Kecik2 dah pandai menghadap gadgets 😊
Padamhehehe.. kreatifnya Kak Farrah.... :)
BalasPadamNak tarik minat si cilik. Kalau tak diorang zzZzZzzz dalam kelas! 😆
PadamAssalamualaikum Kak Farrah.. good morning !
BalasPadamWsalam, Dik Firah :)
Padamwah! tempting nye tengok. ni bukan kanak-kanak yang main ni, mak budak yang terlebih ekcited nak guna sticker2 ni
BalasPadamKihkihkih seronok tau Intan, main lekat2 tampal2 ni. 😊
Padamseronoknya duk kelas teacher farah.. hehe
BalasPadamTime seronok,..time akak menyinga mesti rasa menyesal idup ;)
PadamTetiba saya pun rasa nak main tampal tampal haha
BalasPadamJommmm!
PadamMasa SS kecik kecik... pelekat camni penuh kat basikal...
BalasPadamDapat imagine,... ;)
PadamSungguh la kretif.
BalasPadam:) :) :)
Padammenarik.. sayang pulak nak guna kan huhuhuhu
BalasPadamKalau sayang, beli dua buku. Satu guna, satu lagi simpan! :)
Padambyk btl idea nak bt tok ransang pikiran anak2..
BalasPadamlps ni boleh cuba lak
Wahhhhh, lagi aktiviti yg mrs pip akan cuba utk anak2...
BalasPadamLepas ni, mau pigi cari sticker,
Then play with my kids...
Pasti seronok..