Titipan Kembara SS HH Sis JM

Rabu, Disember 21, 2016

Jumaat lepas, Cekebon telefon cakap ada slip poslaju untuk saya. Kebetulan, hari tu saya memang balik rumah. Tertanya-tanya juga daripada siapa. Kalau diikutkan, boleh claim keesokan harinya. Tapi, dah saya tersembam terjelepok depan kedai (baca catatan clumsy saya di sini), niat nak claim parcel terpaksa tangguh dulu. Rasa ingin tahu yang membuak-buak pun kena kasi cool down :)

Mujurlah sebelah malamnya SS Whatsapp, inform yang ada hantar something. Berbunga-bunga hati ni. Terharu pun ada. Isnin pagi, terus berdesup pergi pejabat pos.

Inilah kiriman yang saya terima! Bukan daripada SS seorang,.. ini titipan kembara tiga orang! SS, HH dan Sis JM. Wah, sejak jadi sahabat kembara bertiga ni, macam-macam projek you all buat secara kolaborasi ye! Buat GA, buat combined parcels and gifts. I suka! I suka!



Punyalah excited dapat selambak hadiah! Saya dapat key-chains, fridge magnets, cermin muka, bekas tisu, beg duit dan coin purse supercool dengan nama saya. Suka! Suka! Suka! Dahlah kebanyakannya dapat warna biru. My favourite colour. Gumbiranya rasa hati! Ini titipan kembara 4 lokasi - Hatyai, Jakarta, Shanghai dan India. Boleh mimpi indah tiga hari tiga malam nih!

Cekebon pun ada share sekali! Dapat beg coklat dan tasbih counter. Dua-dua jadi barang bawak pergi hospital masa buat treatment. Cekebon kirim salam dengan ucapan terima kasih tidak terhingga buat Sis JM dan SS. Mesej terima kasihnya saya dah kongsi di IG. Dia siap kasi warning, keluar decree kat saya suruh siapkan parcel kalian dengan kadar segera huhuhu Sorry, ni memang tak dapat elak! Semua urusan parcel saya tertunggak sejak bulan puasa lagi termasuklah bingkisan Cekebon untuk kalian. Sabar ye,...

Meh nak jual pantun sikit,

Sis JM nak Swissgear, SS belikan,
HH tawar harga hebat sekali,
Domo arigato atas ingatan kalian,
Setiap satunya saya hargai.

Muahhhhhhhh!

Doa dan harapan saya, moga kalian bertiga sentiasa sihat, sentiasa murah rezeki, sentiasa diberi kelapangan supaya dapat terus cipta memori indah bersama. Nak baca kisah-kisah travel mereka bertiga? Jengah blog SS dan Sis JM sekarang!

42 ulasan

  1. Ceketed clumsy tersembam terjelepok
    Cekebon ke hospital seminggu 3 kali
    Kalu dekat SS nak pelok
    Bila jauh cenderahati pengganti diri

    Cewahhh... ada markah? Ha ha ha

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Terima kasih atas ingatan dan pemberian tu semua :)

      Padam
  3. Wah!! Rezeki ohsem..
    Semoga makin murah rezeki yang memberi..

    BalasPadam
  4. Salam singgah sini Farrah...wahh...banyaknya titipan kembara dari HH dan JM..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi singgah, MD. Itulah mereka ni kalau jalan, semua orang diorang ingat! :)

      Padam
  5. Hehehe.. murah rezeki Kak Farrah ~ Murah jugaj rezeki derang bertiga..

    BalasPadam
  6. Eh ! Kak Farrah dah sihat belum ni ? Dah boleh berlari ..?? Heee... Kalau belum, speedy recovery ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Getting there. Belum mampu berlari lagi,..baru tertengkak-tengkak berjalan bertatih. Lambat baikla,..badan berat hahahaah. Nway, thanks for the doa, Firah 😘

      Padam
  7. WAh ! Jual pantun.... Okey ! Tunggu SS or Sis JM beli.. ngeh2

    BalasPadam
  8. Terima kasih jugak for the gift Sis JM and SS ~ *blush2*

    BalasPadam
  9. Weeeeeee banyaknya hadiah kak farrah.. Hihihi

    BalasPadam
  10. Wahhh banyak Kak Farrah dapatttt ! Weeee

    BalasPadam
  11. untunglah..hehe. kak Farrah still pakai alamat lama lagi ke? Nak mengepos gak ni. Hari tu dok kata pindah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamat surat menyurat masih sama, Sal. Memang pindah, tapi rumah baru ni, nama jalan ngan poskod pun akak tak sure heheheh

      Padam
  12. suka cekebon! :) excited sama macam kak farrah

    BalasPadam
  13. hamboiii manyak nyerrrrr... senget peti ais tu nnt dgn FM byk cm tu hehehe

    BalasPadam
  14. banyaknya rezeki Farrah dan Cekebon.. eyda baru nih dapat gift dari sis JM

    BalasPadam
  15. bersinar2 mate ni tgk tauu... cantikknyeeeeee

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.