Selasa, Oktober 03, 2017

Hari Kopi Hari Saya

Ahad lepas, saya dan keluarga pergi bersarapan di luar. Tak rancang pun. Pada awalnya saya sekadar temankan Cekengah untuk jemput Cekebon yang bermalam di rumah Uje. Alang-alang dah cukup kuorum, kami pun buat keputusan untuk makan di Plan B, Publika.

1 Oktober - sambutan Hari Kopi. Hari tu jugalah coffee consumption saya berganda-ganda. 

Had my Piccolo Latte plus a few sips of Cekengah's MochaKeluar dari Plan B, ada kiosks Nescafe Gold. Tengah buat promosi produk-produk Nescafe Gold seperti Nescafe Gold Blend, Nescafe Gold 3 in 1 termasuklah mesin kopi Nescafe Gold Barista.

Angah nampak je mesin kopi tu terus dia pandang saya. Dia kata dia nak belikan saya Nescafe Gold Barista. Anggap sebagai early birthday present untuk tahun depan. Walaupun sejak mula dikeluarkan tahun lalu, mesin ni memang jadi barang idaman saya, saya tak letak sebagai top priority untuk dibeli. Sebabnya, di rumah tu sekarang, saya seorang je hantu kopi. Orang lain setakat kecak dan sip sikit-sikit je.

Anyway, disebabkan kami dah rancang nak pergi cari dessert, we headed to Baskin-Robins first. Nak belanja Cekebon aiskrim. Dhila's treat. Thanks so much, Dhila! 😆

Baru nak menikmati aiskrim mocha (another dosage of coffee), Uje panggil ajak ke kedai sebelah. Patutlah tiba-tiba menghilang,... dekat Starbucks rupanya. "Long, kat sini ada Nitro Cold Brew."  Dengar je Nitro Cold Brew, aiskrim tolak tepi. Excited saya jalan terkedek-kedek pergi kaunter. Adik barista yang friendly dah sedia menunggu dengan gelas nak paipkan cold brew coffee saya. This is Nitro Cold Brew, okay.


Uje and I were talking about this a few days earlier. Tak silap saya Nitro Cold Brew ada di cawangan-cawngan tertentu je. Ahamdulillah, ada rezeki jumpa di sini. Domo arigato, Uje! 

Apa yang istimewa tentang Nitro Cold Brew:

i. cold brew (dibrew sejuk (tidak menggunakan air panas,  berasid rendah). Baca lebih lanjut mengenai perbezaan cold brew dan hot brew di sini

ii. infused with nitrogen - untuk rasa kopi yang lebih enhanced tetapi pada masa yang sama lebih lembut. Hihihi memang macam paradoks bunyinya. Rasa dulu, baru tahu dan faham apa yang saya maksudkan. 😁

Nampak tak buih-buih kecil tu? My Nitro Cold Brew :)

Selesai makan dan ngopi buat kesekian kalinya, kami patah balik ke kiosk Nescafe Gold tadi. Saya sempat rasa Nescafe Gold 3 in 1 Dark Latte (kopi lagi,...). Kemudian, masa cuba guna mesin Nescafe Gold Barista, saya buat latte. Uje buat Cappucino. Kesudahannya, dua-dua cawan saya yang habiskan sebab yang lain dah kenyang. Saya dah overdosed kopi dah untuk hari tu. Memang hari kopi hari saya! Oh, sebelum terlupa,..















...perkenalkan, ini Mr. Barista saya 😃



Terima kasih banyak-banyak, Cekengah!! Muuaahhhhhh!!!


25 ulasan:

  1. Nanti nak datang umah akak sbb nak rasa coffer maker akak. haha. bila nk rasa nitro cold brew ni ntah. nmpak menyegarkan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jommmm! Nak datang umah boleh,..kedai pun boleh. Kalau Scha memang peminat kopi tegar, you should try, dik! :)

      Padam
  2. Barista memang dalam wishlist sis..
    Sangat diperlukan oleh coffee addict..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada barista nih, memang akan mulakan hari dengan senyuman, Sis LZ :)

      Padam
  3. wah, memang menikmati hari kopi ye kak Farah.saya ni lah first time dengar pasal cold brew. new knowledge. thanks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, bagi yang tak tahan asidic kopi tu boleh cuba cold brew. Rasanya pun lebih lembuttttt :)

      Padam
  4. Balasan
    1. Mehla datang sini. Dua tiga cawan pun boleh :)

      Padam
  5. Bestnyaaa ada mesin tu. Nani pun teringin nak ada satu. Heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masuk dalam wishlist,..nanti ada offer baik boleh beli :)

      Padam
  6. Thank you for mentioning the about Nitro Cold Brew and some of the details, kak Farrah. Saya dekat sini kalau keluar pergi town tu hari hari lalu Starbucks dan nampak Nitro Cold Brew tapi tak tahu pun apa benda ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. My pleasure, dik. Nanti ada rezeki cubalah rasa Nitro Cold Brew tu ye :)

      Padam
  7. Sedap betul ni kopi hari pagi sore lepas betul betul betul.. salam dari saye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap. Ada kopi semua jadi indah :)
      Terima kasih sudi berkunjung ke mari.

      Padam
  8. wow dapat hadiah besday bestnya..hari2 minum nescafe ni

    BalasPadam
  9. memang peminat kuppi tegar ni Kak Farrah. i drink coffee but not a fan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mula hari dengan kopi bagai ada yang tak kena hahahah

      Padam
  10. wah boleh nikmati secangkir kopi kalau berpeluang berkunjung ke rumah Farrah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh saja. Jangankan secangkir,...dua tiga cangkir pun boleh :)

      Padam
  11. yes. aida ada tgk kat pmlive astro.
    hari kopi sedunia :)
    aida ni tegar nescaffe, farrah.
    but now sebab makan ubat, no more nescaffe, coffee, etc.
    sedih!!! kena pantang.
    sebab resdung semakin teruk :(
    ikot kan hati yg penuh nafsu kopi ni, nak aje sedut.
    dap nyer !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye ke,...mudah-mudahan resdung Aida akan berkurang lepas ni. Nanti bolehla kita mengopi sama-sama ye.

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.