Rabu, November 15, 2017

Lontong Goreng Cendawan | Rendang Cendawan

Saya memang gemar makan cendawan. Paling suka cendawan shitake dan cendawan tiram. Selalu memang akan pastikan ada cendawan dalam stok bahan masak. Senang nak dibuat lauk. Selain itu, kadang-kadang rajin juga beli enoki atau cendawan butang. Enoki selalunya saya masukkan dalam sayur campur atau buat sup. Cendawan butang pula lazimnya buat inti sandwic, filling pizza atau makaroni bakar.

Di bawah ini ada dua variasi hidangan cendawan tiram. Tidak kiralah cendawan tiram yang kelabu atau yang putih, kedua-duanya saya suka. Asal segar dan sedap dijadikan hidangan.

Antara resepi lain berasaskan cendawan:

Lontong Goreng Cendawan



Resepi Lontong Goreng Cendawan

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Lontong/Nasi Impit/Ketupat secukupnya (potong kecil-kecil)
  • 1-2 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Beberapa tangkai cili api (hiris halus). Jika tidak mahu hidangan menjadi terlalu pedas, tukarkan kepada hirisan cili hijau.
  • Setengah batang lobak merah (potong dadu). Boleh juga gunakan beberapa sudu besar mixed vegetables.
  • 1 pek cendawan tiram + 200 - 250g (carik atau hiris menjadi bahagian kecil)
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • sedikit serbuk lada putih
  • beberapa sudu kicap manis
  • sedikit minyak bijan (jika tidak guna pun tidak mengapa)
  • minyak masak untuk menumis

Cara penyediaan:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, lobak merah dan hirisan cili.
  2. Masukkan sedikit serbuk kunyit, serbuk lada putih, kicap manis dan perasakan dengan garam.
  3. Setelah itu barulah dimasukkan cendawan. Biar seketika hingga cendawan lembut.
  4. Masukkan lontong. Gaul hingga sekata. Tambah lagi kicap, lada putih atau garam jika perlu. Pandai-pandai seimbangkan rasanya ye.
  5. Akhir sekali, setelah siap, titiskan sedikit minyak bijan ke atas hidangan sebelum dihidangkan. Yummmy yummmm! Wangi semerbak dan menyelerakan!

Rendang Cendawan Tiram


Rendang cendawan tiram pula kebiasaannya saya buat apabila saya habis idea nak masak apa atau tiba-tiba rasa nak tukar selera. Selalunya, apabila masak rendang, kuah rendangnya saya akan buat lebih. Sebelum masukkan ayam atau daging, saya akan asingkan dan simpan sedikit pes rendang di dalam freezer. Jadi apabila teringin nak makan rendang, keluarkan pes, defrost dan tinggal nak masuk ramuan utama sahaja. Separuh kerja dah siap!

Tidakpun, kadang-kadang ada orang bagi perencah segera rendang macam perencah instant rendang Mak Nyonya tu. Saya simpan je sebagai stok. Datang mood malas masak, tak selera nak makan ayam atau daging, kita buatlah rendang cendawan tiram. Sedapppppp!

Siapa suka makan cendawan? Bolehlah cuba hidangan-hidangan di atas.

Psstt! Tulis pasal cendawan ni tiba-tiba teringin nak makan kulat sisir 😉


26 ulasan:

  1. wahhh rendang cendawan tiram baru pertama kali tengok kak buat ni... lontong goreng tu pernah tengok makan xpernah hahahaha

    BalasPadam
  2. pernah try nasi goreng nasi impit je.. tp sy lg suka makan berkuah..hahaa

    BalasPadam
  3. Akak biasa makan cendawan busut, cendawan tiram dengan cendawan sisir tu je. Sekarang ni harga cendawan sisir dah mahal kedaruk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kak. Mahal bukan main! Insaf nak beli heheeh

      Padam
  4. Sedapnyaaa lontong goreng. Haritu Nani pernah buat sekali. Heheh

    BalasPadam
  5. Best jugak ni. Sebab kadang2 serius taktau nak masak apa. Masakan macam ni bolehla dicuba sebab macam sedikit rare gitu. Hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat tukar selera kan,..lagipun bahan2 mudah cari

      Padam
  6. sedapnyaa. lama tak datang kat sini.. hehe
    maaf ye kak farah.

    BalasPadam
  7. tak pernah lagi makan lontong goreng. nak mencuba juga one day :)

    BalasPadam
  8. suka jugak cendawan, malas sgt kdg2 goreng jer ngn tepung serbaguna..dap2..

    BalasPadam
  9. rendang cendawan ni first time dengar. biasa cendawan saya goreng je or campur dalam sup sayur. dapnya cendawan..

    BalasPadam
  10. dah la tengah lapaq ni lagi ber kriuk perut

    BalasPadam
  11. sedapnya.... mrs pip pun suka masukkan cendawan dalam masakan ...

    BalasPadam
  12. Siqah suka makan cendawan goreng je. Hehe. Baru pergi kedai mana entah makan masak lemak cili api kulat sisir. Susah kan nak jumpa kulat sisir. Tapi sedap!

    BalasPadam
  13. Tak pernah lagi masak gini.. Sha memang suka cendawan.. Selalu buat sup sayur je..

    BalasPadam
  14. Baca entri dalam keadaan perut lapar, memang terkesan sangat. Tak pernah terfikir nak masak cendawan dengan lontong. Nanti nak try.

    BalasPadam
  15. 1st time tgk orng bt cndawan masak rendang

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.