Selasa, Disember 05, 2017

Photo Props - Movie Night

Tidak silap saya, saya dapat tempahan photo props ini sekitar April yang lalu. Tetapi, dek kerana terlalu sibuk, baru sekarang sempat dan berpeluang untuk buat entri. Kalau diikutkan banyak entri party planning dan kraf yang tertangguh. Ada yang 'tergantung sepi' dalam draf. Ada yang tak edit gambar lagi. 

Berbalik kepada photo props, tema photo props kali ini ialah 'Movie Night'. Tema Movie Night ini agak popular sebenarnya. Kerap juga jadi pilihan untuk keraian yang santai,...yang ringkas. Ada banyak idea-idea menarik yang kita boleh gunakan. Tidak semestinya kena buat tayangan filem/video. Tetapi kebiasaannya, alang apabila tema ini dipilih, pasti tayangan filem/video akan jadi salah satu agenda utama majlis. Barulah meriah!

Skop tema Movie Night agak luas. Kita boleh buat edisi belakang tabir (Behind The Scene) - director cone, film reels, clipboard, film strips,...semua yang ada kena mengena dengan kerja-kerja belakang tabirlah.

Di samping itu, kita boleh buat ala-ala tayangan premier atau Movie Day Out. So, ada popcorn, soda, air botol, kacamata 3D dan tiket wayang.

Set yang saya buat ini ada a bit of everything. Satu set mempunyai 12 batang props (1 dozen). 
  • A bit from behind the scene - Kita ada director's cone dan clipboard. Clipboard dibuat menggunakan cardboard berwarna hitam dan pelekat putih. Untuk hasilkan film reel pula, saya gunakan kad hitam yang dipotong bulat dan beberapa potongan bulat bersaiz kecil dari kad putih (menggunakan Diamond Press Tool). Setelah potongan bulat disusun dan ditampal di atas kad hitam, saya tampal sejalur reben hitam di belakangnya. Jaluran reben hitam tu seolah-olah filem yang terjulur keluar dari rim. 😉
  • Screening time - Marquee board. Memandangkan filem yang ditayangkan semasa majlis ini ialah 'Adiwiraku', jadi saya buat satu marquee board istimewa dengan nama event dan tajuk filem tersebut. Selain daripada itu, kita ada VIP sign, 3D spectacles and admission tickets.
  • Something to munch - popcorn and soda
  • Bubble talks - Having A Great Time, I'm Having Fun and 💖.

The whole set. Grab a prop and strike a fun pose.

Ingin dapatkan idea untuk keraian bertemakan Movie Night? Klik sahaja pautan di bawah:

'Movie Night' Party Theme- Part 1 | Part 2

5 ulasan:

  1. yg kaki movie tu mmg excited laa kalu dpt buat party siap ada prop mcm ni

    BalasPadam
  2. kaki movie best lah selfie dgn prop2 ni

    BalasPadam
  3. skg ni tibe2 jadi kaki movie plak... syok tgk prop mcmni..
    pasni boleh jd inspirasi.. mane tau leh letak atas kek plk

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.