Selasa, Mac 13, 2018

Kuih Bulan Victory Yaya

Saya penggemar kuih bulan. Memang dari kecil jika ada peluang makan kuih bulan, sayalah yang paling excited. Cuma itulah, dulu-dulu susah nak cari kuih bulan yang dijamin halal dari segi penggunaan bahan dan cara penyediaannya. Kalau nak merasa pun, kena tunggu keluarga angkat Cekebon yang buatkan.

Bila dah tua ni, jika teringin nak makan kuih bulan, saya beli di Cosway sahaja. Tak silap saya adalah beberapa jenama kuih bulan halal lain yang pernah saya rasa. Cekengah bawa balik. Itupun dulu-dulu, masa dia kerja dekat bank. 

Terkini, saya jatuh cinta dengan kuih bulan Victory Yaya. Sebelum ini, saya pernah lihat pemiliknya dalam satu rancangan di televisyen. Kagum dengannya yang berusaha bangkit cipta kejayaan sendiri. Jika dahulu dia buat sendiri kuih bulan setiap satu, sekarang dah ada kilang,..dah ada ejen seluruh Malaysia.

Saya ada rezeki makan kuih bulan Victory Yaya ni pun sebab Cekebon beli melalui kenalannya. Di bawah ni ada tiga jenis kuih bulan yang Cekebon beli untuk saya.


Dari kiri - Coffee Toffee, Hazelnut dan Double Egg Yolk.


Ya Allah, sedappppnya! Semuanya just nice. Secukup rasa. Tak manis sangat, tak kering sangat. Puas hatilah dengan setiap suapan hehehe. Antara tiga ni, tentulah yang paling saya suka Coffee Toffee Mooncake. Bayangkan rasa kopi gabung dengan karamel toffee...dap dap dap! Yang perasa kacang hazel tu pun tak kurang hebatnya. Mewah dengan hazelnut. Berbaloi lah!

Sebenarnya tidak silap saya, Victory Yaya ada keluarkan berpuluh-puluh perasa mooncake. Dari yang tradisional hinggalah yang ke kuih bulan yang ada sentuhan rasa moden. Tengok sendiri di Facebook Page Victory Yaya ye. Kalau berkenan belilah sekali. Memang akan puas hati!


12 ulasan:

  1. agk nyer kuih ni kot yg mak cik sy buat hantaran hari tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak silap saya dia ada packaging dalam box yang cantik juga 😊

      Padam
  2. boleh la nak cuba nanti...dapat rasa kuih yang bukan dari tradisi kita

    BalasPadam
  3. akk pon suka kueh bulan tapi tak pernah beli sebab tak tahu mana best. selalunya makan org bagi...hhee

    BalasPadam
  4. farrah, aida x pernah makan kuih bulan :)
    ha ha ha ha malu nyer...
    yes, pernah nampak dlm katalog cosway.
    tapi tu la. dlm kepala ni dok claim ianya adalah kuih bangsa cina.
    itu yg tak pernah beli. and takde plak org pernah bagi aida utk rasa hu hu hu...

    BalasPadam
  5. tak pernah beli dan rasa.. pernah tengok jelah..

    BalasPadam
  6. sedap ni.. yang klasik yang ade egg yolk kan.. telur masin hehe.. suka yang red bean. pandan kureng sket.. toffee tu fusion sangat moden hehe..

    BalasPadam
  7. Tak pernah rasa kuih bulan ni. Nampak sedap tu kak Farrah :)

    BalasPadam
  8. kuih bulan mmg fav ni ... lucky nowadays sudah banyak keluaran kuih bulan yg halal .. dulu dulu mmg berfikir byk kali mau beli ka tidak coz takut non halal ...hehe.

    BalasPadam
  9. Suka juga kuih bulan nie.. Dulu memang susah nak cari yang halal.. sekarang ni mudah sikit dan banyak pilihan..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.