Khamis, April 05, 2018

Resepi Mudah Ayam Bakar

Ini antara resepi ayam bakar kegemaran saya. Sangat mudah untuk disediakan. Bahan perapan pun tak perlu banyak. Tak susah nak cari atau beli sebab kebanyakannya memang ada dalam dapur kita. So, kalau tiba-tiba teringin ayam bakar, tidakpun apabila saya malas fikir menu apa untuk disediakan, this is my go-to recipe. Easy-peasy!

Kemudian, dari segi penyediaan, kita boleh pilih sama ada nak bakar dalam oven, atas griller, gridle pan ataupun menggunakan air fryer. Yes, bagi yang ada air fryer tu, ini salah satu resepi sihat yang kalian boleh sediakan.



Resepi Mudah Ayam Bakar

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 500g - 600g ayam
  • 7 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar hingga lumat)
  • halia lebih kurang sebesar ibu jari (ditumbuk/dikisar hingga lumat) Saya parut halia tu biar jusnya keluar. Baca Tips Simpan Halia Agar Tahan Lebih Lama.
  • 1 - 1 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar, tidak perlu hingga lumat)
  • 1 - 2 sudu besar minyak masak


Langkah-langkah penyediaan:
  1. Potong ayam, saiznya biar lebih kurang sama besar supaya apabila dibakar nanti kesemuanya akan masak serentak. Bersihkan ayam. 
  2. Perap ayam dengan bawang putih, halia, sos tiram dan lada hitam selama 30 minit hingga sejam. Sebenarnya, lagi lama perap ayam lagi sedap! Perapannya akan lebih menyerap ke dalam daging. Saya perap dalam dua jam ke atas. Walaupun saya guna bahagian dada ayam, perapannya tetap terasa.
  3. Lumurkan minyak rata-rata hingga sekata pada bahagian ayam sebelum dibakar. Tujuannya supaya ayam tidak terlalu kering ketika dibakar. Tidak perlu gunakan banyak minyak. Minyak dari ayam tu sendiri ada.
  4. Bakar ayam hingga isi/dagingnya masak. Terbalikkan ayam supaya kedua-dua belah masak sekata. 
  5. Hidangkan dengan sos kegemaran - sos BBQ, sos cili Thai, sos keju atau sambal kicap. 

Boleh dimakan begitu sahaja. Hidang dengan nasi panas pun nyumm nyumm. Tak pun kalau rajin, buatlah side dish coleslaw dan mashed potatoes.


Penyediaan menggunakan air fryer.

Untuk bakar ayam menggunakan air fryer, biasanya 15 minit pertama saya bakar pada suhu 200 darjah celcius. Kemudian, buka air fryer. Terbalikkan ayam dan bakar lagi selama 10 minit pada suhu 180 darjah celcius. Bab suhu dan masa bakar ayam sebenarnya bergantung pada saiz bahagian ayam dan jenis air fryer masing-masing. Pandai-pandailah adjust ye.




19 ulasan:

  1. Bole cuba nk guna dapur ajaib dpt hadiah tu

    BalasPadam
  2. Sedapnyaaa ayam bakar tu kak Farrah. Terliur tengok :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti Nani leh cuba buat bila balik bercuti. Senang je,..

      Padam
  3. ratah dgn sos pun dah ckp kenyang ni

    BalasPadam
  4. Kena beli air flayer dulu ni nak masak ayam ni hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak semestinya pakai airfryer, ekin. Bakar cam biasa pun boleh :)

      Padam
    2. Hihihi saja kacau akak guna pemanggang ajaib pun boleh

      Padam
  5. lama tk buat ayam bakar..mmg mudah je kn

    BalasPadam
    Balasan
    1. mudah and yang paling penting nyumm nyummm :)

      Padam
  6. guna air fryer yg paling mudah kan farrah.
    sihat.
    tak berminyak.
    and maintain moist.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju. sangat setuju. senang nak prepare hidangan ayam guna airfryer kan,...

      Padam
  7. bestnya ada air fryer.. ni terasa nak beli cepat2..

    BalasPadam
  8. HAi Kak Farrah.. rindunya.. maaf lama x kesini :)

    BalasPadam
  9. Wah, sedapnya ayam bakar tu.. xperlu letak garam n perasa ke Kak Farrah?

    BalasPadam
  10. Rasa nak beli airfryer pulak kak. Hi. Ayam bakar masakan simple dan sihat :)

    BalasPadam
  11. teringat ala ayam kenny rogers hehehe.. lama xmakan. ini boleh jd healthy menu tak banyak minyak

    BalasPadam
  12. mudah betul resepi akak.. Kalau sha selalu guna sos perap yang dah siap jual kat kedai.. kikiki..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.