Isnin, Julai 09, 2018

Hiasan untuk Sudut al-Quran

Bulan puasa yang lalu, saya banyak habiskan masa di rumah. Kemas apa yang patut. Buang barang-barang yang dah tak guna. Tak mahu jadi hoarder. Penat mengemas, masuk bilik kraf buat kad, hias scrapbook. Kemas bilik kraf sekali. Semasa mengemas tu, terpandanglah bingkai gambar IKEA yang dihadiahkan pada saya. Masa mula-mula dapat dahulu, saya niat nak print gambar di Photobook untuk isi slot-slot bingkai ini. Sampai ke sudah tak jadi apa-apa.

Kebetulan, saya memang sedang dalam usaha nak buat satu sudut al-Quran di rumah. Selain di bilik masing-masing (setiap seorang ada al-Quran sendiri yang dia prefer), naskhah-naskhah al-Quran lain akan saya kumpul dan letak di satu sudut di ruang tamu. Nak baca Quran, nak baca tafsir atau nak tadabbur senang. Niat saya, sudut itu akan jadi peringatan buat saya, ahli rumah dan mungkin juga tetamu yang datang berkunjung supaya baca kalam suci Allah ini setiap hari, bilamana ada peluang. Tak dapat baca banyak, satu halaman pun dah cukup. Tak mampu baca satu halaman, dua tiga ayat pun jadilah.

Oleh itu, saya gunakan bingkai gambar IKEA untuk projek sudut al-Quran saya. Saya pilih tema hitam, putih kelabu - guna kertas-kertas kraf yang ada dalam simpanan. Kemudian, saya cari khat Iqra', ayat Quran dan terjemahan hadis yang sesuai. Cetak dan tampal atas kertas kraf. Salah satu slot bingkai saya jadikan sebagai tempat letak memo. Boleh guna sticky notes/white board marker untuk tulis catatan kecil.

Inilah hasilnya. Hiasan bingkai gambar untuk sudut al-Quran. Ketika gambar ini diambil, sudut al-Quran saya belum siap sepenuhnya. Meja dan kerusi tak set up lagi. Tetapi, kita try gantung bingkai ini dahulu. Tengok rupanya macam mana.



OK lah tu kan?

Selain bingkai gambar begini, boleh juga letak bingkai nama Allah dan Muhammad di sudut al-Quran. Sekurang-kurangnya decor rumah kita bukan sekadar hiasan kosong. Umpama reminder untuk diri. Misalnya, setiap kali pandang bingkai nama Muhammad, secara tidak langsung kita akan ingat pada Rasulullah. Atas ingatan tu, dapatlah kita berselawat ke atas baginda.

15 ulasan:

  1. menarik idea ni, terfikir juga nak letak apa diruang dinding yang kosong dekat rumah tu, tq berkongsi idea ni, akak nak buat jugaklah

    BalasPadam
  2. Okay sangat dah tu kak Farrah. Simple tapi nampak kemas gitu :)

    BalasPadam
  3. perkongsian idea yang sangat menarik sis..

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Manusia ni kan fitrahnya pelupa. So, kena ada elemen-elemen 'mengingatkan' kat rumah. Kalau tak,.. leka :) :) :)

      Padam
    2. sgt setuju, farrah.
      tq for reminding me...

      Padam
  5. Belakang tu lekat guna gam kuat ka.. Ka skru ja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Frame ni tak berat. Akak pakai hook dengan mounting tape je.

      Padam
  6. boleh buat ni.. Nampak kemas dan sejuk mata memandang

    BalasPadam
  7. rumah kecik aida ni takde sudut tertentu.
    kacau bilau.
    semua tempat penuh :)
    tapi, kat rumah baru slowly aida da buat ruang utk buku.
    including ruang utk agama.
    thn depan baru pindah bila da siap semua.
    and this idea, aida cilok yer.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.