Khamis, November 29, 2018

Akhirnya Jumpa Jalan Pulang

Assalamu'alaikum,
Apa khabar?


Setelah hampir sebulan tak masuk blog dan buat entri baharu, hari ni berjaya kuatkan semangat untuk berbloging. Akhirnya, jumpa jalan pulang kembali ke tower. Hahaha! Kalau diikutkan, entri terakhir yang saya tulis adalah pada 9 November. Nak kata sibuk tu tak adalah sibuk sangat. Hujung-hujung tahun ni saya free je sebenarnya, tapi tak tahulah. Mungkin sebab saya kerap berada di luar, lunaskan urusan-urusan tertangguh. Then, si Yuri pula sakit sampai nak dekat dua minggu, automatik jadual tu lari.

Itu belum kira kali terakhir saya blogwalking lagi. Maaflah banyak-banyak kalau saya dah lama tidak jengah kalian. Bukan sombong tau! Memang tak sempat nak keep track dengan apa yang berlaku. Pada yang bertunang, berkahwin, sambut anniversary, sambut birthday dan apa-apa keraian sekalipun,... maaf jika saya tak sempat wish. Will catch up with you guys, later. Inshaa-Allah.


Nak kumpul alamat

Oh, sebelum saya terlupa, jika sudi saya nak minta kalian update alamat surat-menyurat kalian di ruangan komen di bawah. Jangan bimbang, saya takkan publish. Nak simpan untuk rekod je. Mana tahu nak hantar apa-apa. Cenderahati ke,..kad ucapan ke,.. Bolehlah buat surprise sekali sekala. Dua tiga tahun belakangan ni, bab contact details dan mailing address kawan-kawan nilah antara perkara yang asyik hilang!

So, feel free to leave your details for me, kay.

Ada banyak perkara yang nak saya cerita dan kongsi sebenarnya, Yuri masuk wad, pergi tengok rumah, pergi Zalora, resepi masakan dan kad-kad yang saya buat, nantilah ye. Slow-slow saya akan update.


10 ulasan:

  1. Biasalah tu, kadang2 tak jumpa jalan. Hehe Saya ni lagi parah tak jumpa jalannyaaa. Uhuk uhuk. >_<

    BalasPadam
  2. selamat kembali! No wonder lah dah lama tak nampak dekat reading list.

    BalasPadam
  3. salam kak farah, kita pun lama dah meninggalkan rumah maya itu :P
    ni baru balik, sebab tengah cuti. tapi tak sempat lagi sapu sawang kat rumah maya tu, baru semoat nak menyinggah rumah jiran :P

    BalasPadam
  4. Harapnya Yuri dah makin sihat.. Welcome back akak..

    BalasPadam
  5. Semoga dipermudahkan berblog kembali yer

    BalasPadam
  6. Rindu dengan coretan Farah. apapun welcome back.

    BalasPadam
  7. Ni alamat Eyda

    Suhaida binti Che Yop
    Jabatan Pengairan dan Saliran
    Seberang Perai Utara
    Lahar Ikan Mati
    13200 Kepala Batas
    Pulau Pinang

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.