Jumaat, Oktober 18, 2019

Masak Lemak Cili Api Daging Salai Frozen

Gulai lemak cili api daging salai. Terliur tak? Haaa hidangan autentik dari Negeri Sembilan ini sememangnya menjadi kegemaran ramai. Terutama sekali bagi yang suka makan hidangan pedas. Terangkatttt! 

Saya memang suka. Suka gulai lemak cili api. Suka daging salai. Tetapi, hendak seru rajin untuk menyalai daging tu memang tidaklah. Bab-bab begini, saya lebih selesa jadi tukang makan sahaja. 😉  

Rezeki saya, baru-baru ini seorang kenalan Cekebon beri pek frozen ni. Bukan biasa-biasa. Ini pek daging salai frozen untuk masak lemak cili api. Cekebon tak boleh makan daging dan lauk pedas-pedas. Makanya, jadilah rezeki saya! Punyalah saya teruja! 

Daging salai yang sudah siap dihiris nipis. Satu bekas penuh ya. Extra point daripada saya sebab sangat memudahkan kerja!

Isi kandungan pek. Siap ada pes kunyit dan cili api. 

Buka je penutup, semerbak bau daging salai menerpa hidung. Belum sempat masak, dah dua tiga hiris daging masuk mulut saya dan Bott. Asyikkkkk! Lembut tekstur dagingnya. Tidak perlu susah payah nak rebus daging lagi. Semua dah ada, complete. Tinggal masuk periuk. Kalau ikut resepi tradisi orang Nogori, lauk-lauk masak lemak ni tak perlu letak bawang. Ada  pes kunyit dan cili api, kita cuma perlu tambah santan pekat sahaja. Kandungan santan tu, pandai-pandailah kita agak sendiri mengikut cita rasa.


Ini gulai masak lemak cili api daging salai versi saya. Saya tak guna santan sebaliknya pakai susu low fat. Kebetulan, kelapa parut atau santan kotak, satu pun tiada di rumah. Kuahnya saya buat tidak terlalu pekat. Yang penting, gabungan rasa daging salai yang meresap ke dalam kuah pedas cili apinya memang kasi gegarrrr! Berasap hidung dan telinga makan!


Mewah kan gulai lemak saya? Potongan tomato tu saya tambah supaya ada rasa masam-masam sikit. Ingat nak letak belimbing buluh tapi pokok belimbing buluh kat belakang rumah tak ada buah. Tengah fasa togel. 😜

Misi seterusnya, nak kena jejak kawan Cekebon yang beri pek frozen ini. Boleh beli ni apabila teringin nak makan.


8 ulasan:

  1. Nyumm..sedapnya sis...
    memang favourite juga ni daging salai lemak cili api.. bertambah2 nasi..

    BalasPadam
  2. sedapnya .. nanti sharelah kat mana dia beli daging tu .. nampak menarik

    BalasPadam
  3. Tu dia daging salai. Sedapnya. Tq atas perkongsian

    Followed here #640

    BalasPadam
  4. Mengancammm daging salai tu. Masak lomak pulak uishhh torangkat owang nogori cakap hheeh

    BalasPadam
  5. Akak.. Dah dapat jejak, share sini tau.. Sedapnya masak lemak tu.. Memudahkan proses memasak.. Kalau Sha memang buh sikit je cili tu.. Tak tahan pedas.. hehehe

    BalasPadam
  6. Sedapnya! menu rare ni susah nak dapat. Biasa makan bila raya haji lah sebab ada buat korban. daging banyak memang buat salai je. lepas tu masak lemak cili api.

    BalasPadam
  7. lunch hour ni bolehlah hantar semangkuk ke sini hehehe

    BalasPadam
  8. Ini kalau makan dengan ulam2an...uish! Yummo!

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.