Rabu, April 22, 2020

Explosion Box - The Best Day Ever

Assalamu'alaikum. Apa khabar hari ini? Sudah bersedia hendak menyambut Ramadan? Meskipun tahun ini kita tidak dapat mengalu-alukan kedatangan bulan penuh rahmat seperti tahun-tahun sebelumnya, tidak bermakna kita tidak boleh menghayati erti Ramadan. Memanglah berbeza...tetapi mana tahu, di sebalik semua yang berlaku, Ramadan 1441 merupakan Ramadan yang terbaik buat kita. Inshaa Allah. 

Hari ini, bersiaran dari bilik kraf, kita borak-borak tentang explosion box pula ye. Explosion box di sini bukanlah kotak yang meletup atau yang mengandungi sebarang bahan letupan. Sebenarnya, explosion box merupakan kad ucapan berbentuk kotak yang apabila penutup atas dibuka, sisi-sisi kotak akan collapse.  Itu jelah bahagian yang 'explode' sebenarnya.

Kad ucapan explosion box sangat istimewa kerana berciri 3D dan bersifat interaktif. Apa yang saya maksudkan interaktif di sini ialah si penerima kad akan berpeluang untuk belek-belek dan explore kad yang diterima kerana selain daripada gambar-gambar dan ucapan, setiap sisi kotak dihias dengan elemen-elemen kecil yang menarik seperti waterfall card, picture sliders, interactive wheels dan macam-macam lagi. Ini kalau ada rezeki dan kesempatan, saya akan tulis dalam entri yang lain ya.

Explosion box 'The Best Day' di bawah merupakan contoh explosion box yang paling simple. Hanya satu lapisan dengan hiasan sederhana. Kad ini saya buat untuk birthday Cekengah pada awal Mac yang lalu. 

Bahagian luar kad. Saya pilih kombinasi warna merah dan putih serta motif bunga supaya matching dengan tema sambutan birthday Cekengah hari tu - Japanese Theme.



Ini pula bahagian dalamnya apabila penutup kotak dibuka. Bahagian panel berlapis-lapis di sebelah kiri tu dinamakan waterfall card element. Itu salah satu elemen interaktif yang saya maksudkan. Kita tampal gambar-gambar pada bahagian tersebut dan apabila pemegang di hujungnya ditarik, setiap gambar akan terpapar satu demi satu ala-ala slide show lah.  Bahagian renda 'Thinking of You' dan 'Warm Wishes' boleh selit gambar atau kertas ucapan. Sisi kosong sebelah kanan letak gambar birthday girl.

Explosion box lagi menarik dan istimewa jika mempunyai banyak-banyak lapis. Lazimnya, kalau terima tempahan explosion box, saya kena buat sampai 3-5 layers. Macam-macam gambar dan hiasan yang boleh kita letak. Tetapi, untuk Cekengah ni, disebabkan dah kepenatan siapkan hiasan parti Jepun dia, saya hanya larat buat satu layer sahaja. Bayangkanlah, satu kotak (yang berlapis-lapis) tu akan ambil masa sekitar empat hingga enam jam jugalah untuk saya siapkan. Tak mengapa ye, Ngah. You still know that I love you so much kan?😄

Di bawah ini antara contoh hiasan atau elemen interaktif yang boleh dibuat untuk explosion box:


Setiap satu elemen ini kita hiaslah dengan gambar-gambar kenangan atau tulis ucapan istimewa buat si penerima. Si penerima bukan terima kad biasa-biasa. Kira kad seperti ini ada banyak unsur kejutan - dia kena buka ini, tarik itu, pusing ini, angkat itu untuk explore kad. Secara kasar, konsep explosion box ini lebih kurang macam scrapbook jugalah. Takpun DIY photo album.


Explosion box sesuai untuk apa sahaja jenis keraian - hari lahir, hari ibu, hari bapa...kad ucapan tahniah atas kejayaan atau perkahwinan...nak beri pada kawan baik, kekasih....kad raya semua bolehlah.


Ni salah satu contoh kad tahniah untuk orang kahwin. Yang ini ada elemen slider. Love tu mula-mula terpisah, bila tarik bercantumlah heheheh.


Ini pula gabungan warja ungu dan biru. Dua panel putih di kiri dan kanan untuk letak gambar.


Macam mana? Suka tak dengan explosion box ini? Kalau suka, cubalah serlahkan kreativiti kalian dengan hadiahkan kotak istimewa ini kepada yang tersayang. Tak perlu susah-susah nak ukur kertas buat kad berlapis-lapis. Tak silap saya, di Shopee ada banyak dah yang jual explosion box kosong. Semua sudah sedia dipotong. Tinggal kita nak hias, lipat dan bentukkan jadi kotak. 


Kalau diberi pilihan untuk beri sebuah explosion box istimewa pada seseorang, kalian hendak beri pada siapa? Untuk tujuan atau occasion apa?


17 ulasan:

  1. Dah ada readymade senang juga.
    Kalau diberi pilihan, nak beri pada Makchek sebab dia baru sembuh sakit. Lama sakit alhamdulillah sembuh dengan izin Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Moga Makchek dikurniakan kesembuhan yang sempurna dan sentiasa dirahmati dengan kesihatan yang baik.

      Padam
  2. salam ramadhan kak.. selamat berpuasa =)

    BalasPadam
  3. macam comel jer..klau timm nak kasi dekat seseorg utk say sorry, hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kasi explosion box confirm permohonan maafmu diterima, dik! Heheheh

      Padam
  4. cantiknya.. Kalau nak tempah dekat akak, berapa ye? hehehe.. macam best je kalau dijadikan hadiah ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka eh? Apa-apa whatsapp akak je. Nanti akak siap boleh ajar Sha buat sekali. Mana tahu boleh dijadikan aktiviti arts utk anakanda berdua tu.

      Padam
  5. Dulu teringin nak buat explosion box ni tapi tu lah kerajinan terbantut terus tak fikir dah. Cantik kak. terbaik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Fiza. Huhuhu memang nak buat explosion box ni kena peruntukkan lebih masa, paksa diri jadi extra rajin. Sebab banyak details nak kena buat. Akak selalu sampai lenguh-lenguh pingganglah kalau nak siapkan sekotak tu 😅

      Padam
  6. Ya Allah cantiknya greeting card tu. kreatif sungguh farrah (thumbs -up !)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Intan. Bahan-bahan semua ada, kita potong-potong dan tampal je 😀

      Padam
  7. macam surprise box sikit la kan...cantik pula tengok yg warna hitam tu..ehhehe
    lama saya tka buat projek kraf

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah ala ala suprise box la. Nana sekarang sibuk kat dapur, sibuk masak... 😊

      Padam
  8. cANTIKNYA!!
    Teringin nak buat..tapi untuk sape je? nak bagi mak ayah bukan diorg mint pon..hahhaa

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.