Khamis, April 23, 2020

Selamat Datang Ya Ramadan

Assalamu'alaikum semua.

Alhamdulillah, kita berpeluang untuk bertemu lagi dengan Ramadan tahun ini. Walaupun suasana menyambut ketibaan tetamu istimewa ini agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya, apa yang penting, kita cuba sedaya upaya untuk laksanakan ibadah-ibadah Ramadan dengan baik.

Ramadan pada fasa PKP ini akan catat pengalaman baharu buat kita semua. Perkara-perkara yang biasa dilakukan seperti berkunjung ke bazar, balik kampung berbuka dan bersahur bersama keluarga, iftar di luar, keluar shopping kuih dan baju raya....semuanya dah tak boleh buat seperti dahulu. Tak mengapa, kita sesuaikan diri dengan 'the new normal'. Kebiasaan baharu. In shaa Allah, semua akan baik-baik sahaja.


Memandangkan peluang bertemu keluarga, jiran-jiran dan sahabat agak terhad, sempena Ramadan ini saya dan keluarga buat Ramadan Gift Bags atau goodie packs dan hantar kurma sebagai tanda ingatan. Mula-mula dah nak batal dah projek kurma ni sebab saya lambat terima kurma untuk dibungkus.

Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan. Lewat petang semalam, adik bongsu saya hantar dua kotak  besar berisi kurma menggunakan Lalamove. So, projek kurma is ON!

Satu lagi kekangan untuk projek kurma ini ialah saya tidak dapat keluar beli barang-barang untuk pembungkusan. Saya ni pula kalau nak beli barang-barang begini kena pergi tengok dan pegang sendiri baru puas hati. Boleh beli online, tetapi bimbang pula apa yang dibeli lambat sampai. Jadi, saya gunakan sahaja balang dan kotak yang ada dalam simpanan saya. Kebanyakannya, barang-barang lebihan saya buat cookies, goodie bags and party planning. Tak dapat packaging yang seragam pun tak mengapalah, janji dapat beri pada orang.



Pagi pagi lagi dah bangun, melamunkan segala keperluan atas meja. Selepas sarapan terus buat! Semangat kan kurma dalam kotak tu? Gemuk gemuk! Mujurlah ada beberapa balang kosong dan kotak-kotak cenderahati yang boleh saya gunakan. Barang-barang lain seperti kertas tisu bercorak, reben, paper cups for baking dan doilies untuk tambahkan seri. 😁


Ini contoh pek kurma yang sudah siap. Sewaktu saya menulis entri ini, kebanyakan pek kurma telah berjaya diagihkan kepada sanak saudara, jiran-jiran dan kenalan. 


Ini pula contoh pek individu untuk diberi pada riders, adik-adik yang deliver barang, adik-adik yang datang baca meter untuk bil air dan elektrik plus a few boxes extra untuk jadi rezeki siapa-siapa. Menjelang tengah hari saya dah boleh senyum lebar. Misi projek kurma berjaya diselesaikan.

Sempena ketibaan Ramadan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan kepada kalian semua. Selamat berpuasa, selamat melaksanakan ibadah-ibadah Ramadan. Moga dengan berpuasa di musim PKP ini kita akan dapat lebih fokus dengan ibadah kita. Saya juga ingin mohon ampun maaf atas segala kekasaran, salah tutur atau apa-apa tindakan saya yang pernah buat kalian tersinggung.

Mudah-mudahan, Ramadan ini akan jadi Ramadan yang indah dan bermakna buat kita semua.


20 ulasan:

  1. akak.. saya jiran akak jugak mana saya punya ? huwaaaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan nak nangis. Awak tu jiran jauh lebih 10km. Tak cover hahahahah

      Padam
    2. nak nangis jugalah.. Huwaaaa..
      saya pun jiran kak Farah.. :)

      Padam
  2. Salam Ramadan. Masa ni kena kreatif gunakan apa yang ada.
    BTW, saya dah dengar PKP disambung lagi. Terkejut dengar tadi perutusan PM. Ingat dia nak ucap selamat berpuasa je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita sama-sama kena bertabah stay at homelah nampak gayanya.

      Padam
  3. cantiknya decor packaging dia. Love!

    Salam Ramadhan dan selamat berpuasa. Semoga kita diberikan kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah puasa. staysafe stayhome

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin. Mudah-mudahan tahun ini kita dapat sempurnakan ibadah Ramadan dengan lebih sempurna. You too, Fiza. Stay at home and stay safe k.

      Padam
  4. Balasan
    1. Selamat berpuasa juga buat Intan dan keluarga.

      Padam
  5. Cantik packaging kurma..mesti gembira mereka yg menerima..

    Salam Ramadan & selamat berpuasa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahan dapat bibitkan senyum di bibir penerima sempena bulan puasa ni.

      Selamat berpuasa utk akak juga 😊

      Padam
  6. Semoga Allah murahkan rezeki kak Farrah.rezeki seronok kalau dikongsi bersama..hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminnnnn. Hanya ini yang mampu dikongsi, Nana.

      Padam
  7. Alhamdulillah rezeki dikongsi bersama.
    Salam Ramadhan Kareem Farah.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah.. semoga diberikan rezeki yang melimpah ruah buat Kak Farah.. Aamiin..
    Salam Ramadan kak..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.