E-book Budak Ipoh Selipar Putus - Syameen Khalili

Selasa, November 17, 2020

Assalamu'alaikum.

Hari ini saya ingin kongsi tentang e-book yang saya baru baca. Ok, pembetulan ... yang telah saya baca pertengahan Oktober yang lalu. Tetapi, disebabkan sikap tangguh-tangguh saya, lambat kisah e-book ini jadi entri.

Jika kalian perasan, saya jarang tulis ulasan atau resensi mengenai buku-buku yang telah saya baca. Ini kelemahan saya. Saya tidak pandai tulis review. Kalau ada entri tentang buku pun, lebih berkisar tentang pengalaman seronok saya yang ingin saya kongsi bersama kalian. Benda baik kena kongsi sama-sama!

Sama juga seperti 'Budak Ipoh Selipar Putus' ini. Sebuah karya oleh Syameen Khalili, seorang penulis yang saya kira miliki magis dalam kebolehannya menyusun aksara.  

Saya mula membaca karya penulis ini (Jejaka Jelmaan Jemala, Gadis Penyelamat dan Kadir Kadariah) ketika mula berjinak-jinak dengan aplikasi Wattpad beberapa tahun yang lepas. Selepas tu saya ke mana, Wattpad ke mana. Sekarang inilah baru nak aktif membaca dan menulis semula.

OK, berbalik kepada e-book ini, apa kata kalian baca sinopsis terlebih dahulu?

ebook, 170 halaman

Diterbitkan 2020 oleh Siti Syameen Md Khalili

ISBN139789671802915

Sinopsis 

(Saya ambil melalui laman E-Sentral)

Pada hari seliparnya putus, Bibi diselamatkan oleh seorang pemuda berwajah persis artis Korea yang sudi meminjamkan sebelah seliparnya supaya gadis itu tidak perlu berkaki ayam. Mengenangkan budi si dia, berhari-hari Bibi berusaha mencari pemilik selipar yang menghilang tanpa menunggu ucapan terima kasih itu, bagaikan Prince Charming mencari Cinderellanya. Namun tatkala berjumpa semula, pemuda itu gelar Bibi 'tak berapa betul' pula! Malah, tanpa niat, Bibi ikhlaskan jua membawa jejaka itu makan-makan dan jalan-jalan di serata Ipoh, bandaraya 'hipster' kesayangannya. Apakah lelaki itu bunian sakti yang berjaya memukaunya atau memang Bibi sendiri yang tak berapa betul seperti yang dilabelnya?

Bagaimana? Terpancing tak? Percayalah cakap saya, sekali dah mula baca, kalian memang akan duduk habiskan kisah Bibi ini.


Apakah yang saya suka tentang 'Budak Ipoh Selipar Putus'?

1. Gaya penulisan - Seperti karya-karya penulis ini sebelum ini, apa yang saya berkenan ialah gaya penulisannya yang santai bersahaja, membuatkan kita rasa seolah-olah kita sebahagian daripada cerita tersebut. Kita boleh relate apa yang disampaikan, apa yang dilalui oleh watak-watak (Kalian akan terhibur dengan Bibi yang kaki sentap dan Rahizal si kaki sakat) dan akan tergaru-garu untuk tahu apa yang berlaku dalam bab-bab seterusnya. Simply, a page-turner.


2. Plot simple, sweet tetapi sangat menghiburkan - Perlukah saya jelaskan lagi? Tengok tajuk je dah self-explanatory. Pasal selipar putus pun boleh jadi cerita, kan? Maaf, andai kalian jenis suka baca tentang anak Tengku, anak Dato' atau Papa Megah Holding, but this is definitely my jam. Something different. Mustahil kalian asyik mahu disuguhkan benda yang sama.


3. Boleh jadi duta Ipoh

Membaca karya 'Budak Ipoh Selipar Putus' turut membawa saya terbang ke ibu negeri pusat pentadbiran Perak. Terpanggil-panggil hati ini untuk mencuba hidangan enak dan ronda-ronda sekitar Ipoh seperti yang diperikan dalam karya ini. Suatu hari nanti, setelah Covid-19 berjaya kita tangani dan segala-mala PKP dengan P dengan B diangkat, saya sudah rancang nak minta Sha Mohamed dan Siti Yang Menaip untuk jadi pemandu pelancong saya.


Jika ditanya pada saya, puas hati baca karya ini? PUAS. Berbaloi setiap sen yang dibelanjakan. 

Berminat untuk bersama Bibi dan Rahizal dan hiburkan diri membaca kisah mereka? Dapatkan e-book ini di E-Sentral. RM6 sahaja. Klik pautan di bawah ya.


E-book Budak Ipoh Selipar Putus - Syameen Khalili


Psst! Ini bukan review berbayar ya teman-teman. Ini cuman mau berbagi. Entri ini juga akan saya terbitkan di Wilayah Kecil Girang Fashali kelak.



14 ulasan

  1. Memang kelakar ceritanya malah rasa macam sama berjalan ke Ipoh watak..
    InsuaAllah, ada rezeki bolehlah kita explore Ipoh sesama kak..

    BalasPadam
  2. Oh ingat cerita kank-kanak. Apabila baca sinopsis baru tahu cerita cinta.
    Promosi untuk bandar Ipoh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best sangat! Lagi-lagi bila ada bab makan-makan, NA. Rasa macam nak start kereta terus pergi Ipoh 😂

      Padam
  3. Menarik..baca tajuk pun dah tergelak..hihi..

    BalasPadam
  4. Menarik tajuknya... kakmim br habis khatam telemovie Sehangat Asmara.. susah jika jenis 'into the story' masih terbayang-bayang ni walaupun ceta dah lama... terasa nak baca balik je jendela hati by Aisya Sofea... angau plak rasanya... hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha lepas baca entri Sehangat Asmara Kakmim semalam terus pergi cari novel-novel Aisya Sofea dalam almari. 😊

      Padam
  5. Macam best je ni. Tapi malas betul nak membaca lately ni.

    BalasPadam
  6. Baca tajuknya pun hati sudah tertanya-tanya, apakah ceritanya?

    BalasPadam
  7. Rancangan nak ke Ipoh minggu Deepavali terpaksa postpone sebab PKPB.
    Tajuk bukunya pun amat menarik.

    BalasPadam
  8. Bagus kak Farrah rajin membaca e-book :)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.