Sabtu, Februari 13, 2021

Journal Embellishments | Hiasan untuk Jurnal

Minggu ini saya kembali sibuk membungkus hiasan kraf (crafts embellishments) yang saya buat. Embellishments ini adalah untuk kegunaan menghias jurnal, planner dan scrapbook. Sebelum ini dek kerana sibuk melunaskan urusan lain, penjualan barang saya di Carousell tergendala. Saya tidak sempat langsung untuk update hiasan kraf baharu. Buyer hendak berurusan pun kena minta tangguh.

Makanya semalam, sambil-sambil siapkan tempahan kad ucapan, sepanjang hari saya berada di dalam bilik kraf. Ambil gambar produk untuk listing di Carousell. Pack mana yang patut. Siap-siapkan barang yang perlu dipos kepada pelanggan. Musim PKP ini saya hanya buat urusan pengeposan dua minggu sekali. Tidak berani hendak berlama-lama di luar.

Saya memang akan buat pek mini hiasan kraf mengikut tema. Saya akan kumpul bahan-bahan ikut tema tertentu daripada koleksi material kraf saya supaya dengan satu pek itu sahaja, pembeli boleh hias lembaran jurnal atau buku skrap mereka tanpa perlu bazir duit untuk beli banyak paper pack dan embellishments yang berbeza. Jimatlah sedikit.

Jom tengok sebahagian daripada listings baharu saya.


Hitam Putih
Pek hitam putih ini mengandungi pelekat fabrik (4 jalur - sesuai dijadikan border atau pembahagi muka surat), chipboard embellishments, handmade embellishments yang saya buat sendiri dan pelekat kata-kata motivasi yang menarik. Untuk pek ini, ada pilihan black and white mini paper pack  dan washi tapes sebagai pilihan add-on. Bagi yang berhajat untuk buat journal spread hitam putih, here are some things for you to start with.


Junk Journal Stickers
Saya baru sahaja berjinak-jinak dengan junk journal tahun lalu. Tak sangka jurnal dari barang-barang yang jatuh kategori 'junk' ini ada kelompok peminat sendiri. Boleh tahan juga permintaan untuk hiasan bertema sebegini.

Set pelekat di atas saya buat menggunakan kertas pelekat yang saya cerita di entri ini. Sebahagian pelekat ditampal dengan potongan dari buku lama. Pelekat empat segi itu pula, saya gunakan clear stamp dengan cetakan tulisan berangkai. Ada sebahagian pelekat yang sengaja dibiarkan kosong tanpa sebarang hiasan. Bolehlah nanti apabila hendak digunakan, pemilik pelekat ini tambah sendiri hiasan dengan doodles, keratan gambar atau cetakan cop.

Japanese Motives
Set hiasan jurnal yang ini temanya motif-motif dalam kehidupan masyarakat Jepun. Kebetulan salah seorang teman saya requested pek hiasan yang ada ciri-ciri dan tema negara matahari terbit. Belum siap sepenuhnya. Ada beberapa item lagi untuk lengkapkan set ini.

Suka yang mana satu?

Bayangkan andai kalian diberi peluang pilih satu konsep untuk dijadikan tema hiasan jurnal atau scrapbook. Apakah tema yang akan kalian pilih? Kongsi-kongsilah ya idea bergeliga tu dengan saya. 

27 ulasan:

  1. suka yg misai tu... sbb ada ciri2 misai yuri van houten😆

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah sayang benor kat Yuri ya! 😂

      Padam
    2. syg kt yuri je tp bkn tuan dia larikkkkkkkkkk

      Padam
    3. Sob sob sob mengapakah ini terjadi?

      Padam
  2. Suka yang Japanese itu. Rasa ceria.
    Kalau bayangkan, saya suka bentuk geometri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Geometri? Tahu tak, NA... sepanjang saya buat embellishments utk journal dan scrapbook ni, saya tak pernah buat tema geometri. Nanti nak cubalah! Thanks for the idea tau!

      Padam
    2. Nanti tunjuk ya embellishments geometri di blog kalau sudah buat.

      Padam
    3. Baik, dah masuk senarai dalam tema yang saya perlu cuba buat. Thanks for the brilliant idea, NA! 😘

      Padam
  3. suka yg atas.. memang kena buat begini memudahkan buyer utk beli. stay safe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... at least dapatlah itu sikit ini sikit untuk mula menghias. Thanks, Nina. You stay safe too ya.

      Padam
  4. ada lg erk jamni org pakai scrapbook? ingtkn semua pakai blog atau Facebook jeew

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada, wak. Ada orang masih lagi suka konsep2 begini. Old school katanya... lagi tinggi nilai sentimental.

      Padam
  5. kak nii kreatif tauu, tuu ribon comel betul:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe bab potong potong tampal lekat ni retilah, Nad. Berkenan yang reben tu ye? 😊

      Padam
  6. suka yang hitam putih tu. Tapi yang japanese tu pun menarik juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun personally suka dengan japanese motives ni, Naniey.

      Padam
  7. Wah, cantiknya motif hiasan jurnal.. Saya pun minat buat bullet journal, selalunya tema vintage..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeayyy! Kita geng! Saya sekarang more to junk journal.

      Padam
  8. Kalau saya, suka design yang agak girlish. Reben, bunga, heart shaped etc. Harap design kak Farrah memuaskan hati buyer dan bisnes semakin maju

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks so much for your doa, Sal. Akak amat hargainya 😘😘😘

      Padam
  9. Suka yang japanese tu. Tapi suka tema vintage juga, lagi-lagi jenis keratan perenggan tulisan dan tulisan berangkai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulisan berangkai dengan tema vintage memang ngam, kan? Lagi2 kalau atas kertas buku lama.

      Padam
  10. Balasan
    1. Oh seorang lagi peminat geometri di sini 😊

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.