Isnin, Mac 08, 2021

Sambutan Hari Lahir Norma Baharu

Assalamu'alaikum. Hujung bulan lepas, hari lahir saya. Lazimnya, akan keluar makan-makan bersama keluarga untuk celebrate. Setiap tahun, birthday saya yang paling awal. Jadi, boleh tahan meriahlah gathering kami sebab dikira sebagai keraian pertama keluarga untuk tahun berkenaan. Lagipun, bab sambut birthday ini saya memang jenis yang paling over terujanya. Kalau boleh, tiap-tiap hari dalam bulan Februari tu nak anggap sebagai hari lahir saya.😁

Tahun ini, disebabkan birthday saya masih dalam tempoh PKP, tidak dapat hendak raikan dengan keluarga. Kami walaupun semua senegeri, tetapi terpisah antara daerah.  Semua kena jadi rakyat yang patuh agar wabak ini dapat dibendung. Makanya, kita buat sambutan norma baharu. 

Pelbagai kiriman kasih sayang yang saya terima. Kiriman melalui akaun bank pun ada juga. 😂 Dah namanya norma baharu, kan... memang betul-betul patuh SOP! Di bawah ini antara keriangan bertambah umur saya.



Bekalan untuk saya, Bott dan Yuri (kucing kesayangan saya, Anies) makan sepanjang tempoh saya anggap hari itu hari lahir saya. 😎 Kek birthday, lasagna super duper yummy, walnut scones. Dalam shopping bag tu ada sedikit buah-buahan, pek pasta, snek untuk kunyah-kunyah dan barang-barang dapur. Sebahagiannya sudah saya keluarkan sebab kena simpan terus dalam peti sejuk.

My birthday cake.😍
Kek medovik atau Russian Honey Cake merupakan antara  kek kegemaran saya. Saya pernah tulis mengenai kek ini di sini. Alhamdulillah, tahun ini merasa makan kek medovik lagi. Thanks so much, Dhila! Bersungguh-sungguh dia cari baker yang boleh buat kek medovik. Siap requested untuk buat hiasan khas atas kek lagi. 

Dapat Duck personalised shopping bag! Saya ingat nak buat  sebagai beg tuisyen. Muat ni nak masukkan semua buku dan fail mengajar saya. 😄


Kiriman di bawah pula saya terima daripada kenalan keluarga, beberapa hari selepas hari lahir saya. Kebetulan, hari sebelumnya hampir seharian saya di hospital. Jadi apabila ada yang hendak datang rumah untuk jumpa saya, memang saya cuba elakkan. Masuk gua asingkan diri dahulu.

Rupa-rupanya mereka hendak hantar hadiah hari lahir saya. Sweet sangat. Setiap satu di bawah ini memang kegemaran saya. Jagung manis, lontong jawa, kuih keria frozen dan tempe. Terharu saya dibuatnya.




Dalam pada itu, ada tetamu istimewa yang datang. Tengok ni ... 

Sang munyuk ini terlepas dari pelukan ibunya yang cuba melarikan diri setelah kena jerkah dengan tuan punya kebun. Sampai ke sudah ibu dia tak datang semula untuk claim anak dia. So, family ini kasihan, mereka belalah buat jadi anak angkat. Ini dari jarak jauh sebenarnya. Saya zoom. Dia takut nampak saya. Terus nak sembunyi dalam baju. 😄

Alhamdulillah. Keseluruhannya, sambutan tahun ini berbeza, tetapi tetap bermakna. As long as my beloved ones are with me (regardless of in which part of the world they are), I am more than happy. Mudah-mudahan pada masa akan datang, apabila keadaan sudah bertambah pulih, dapatlah berkumpul semula ramai-ramai seperti dahulu.

13 ulasan:

  1. Ingatan daripada keluarga dan rakan buatkan kita rasa terharu. Cara sambutan ikut cara yang selesa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ingatan tu yang berharga dan bermakna kan 😀

      Padam
  2. wahhh beg 'itik' gitu....

    apa kata yuri bila ada family baru ni? hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yuri benci sebab kuku sangkut kat tekstur beg tu 😂

      Padam
    2. alaaa sian diaaaa.... hehehehhehe

      Padam
  3. Happy Belated Birthday Farah.. May Allah Bless U Always..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminnn. Thanks so much for the wish, Mummy 😘

      Padam
  4. cantiknya design ats kek tu, unit walau nampak simple !
    happy belated birthday :)

    BalasPadam
  5. Wahhhh..happy belated birthday. Meriah juga, beg duck yang best tuuuu :P

    BalasPadam
  6. Happy belated birthday Farrah. Senyum selalu.

    BalasPadam
  7. wowww comeyyy je kek tuuu. mesti sedap tuu ;)

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah.. walaupun tak boleh bersua disebabkan PKP, namun tetap berjaya menyampaikan kiriman dan meraikan birthday Kak Farah..
    Happy belated birthday kak.. Semoga diberikan kesihatan yang baik.. Aamiin..

    BalasPadam
  9. alhamdulillah walaupun sambut secara norma baharu tetap meriah! happy belated birthday akak manis

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.