Jumaat, Mei 21, 2021

Kembali Mencari Rentak

Assalamualaikum. Tajuk entri bukan main lagi, kan? Rentak-rentak bagai … rentak apa? Saya dan rutin senaman saya. Dua bulan belakangan ini memang malas berganda-ganda! 

Sebenarnya, sebelum bulan puasa lagi dah banyak bolong aktiviti senaman saya. Lazimnya, setiap hari saya dapat log 15k steps, ini hendak cukupkan 7k pun bercinta. Ada sahaja alasan yang beri pada diri. 😊 Masuk bulan puasa lagilah bertambah perlahan aktiviti senaman saya.

Untuk pantau aktiviti fizikal harian, saya sertai Garmin Steps Challenge. Kita akan dikategorikan dalam kumpulan tertentu untuk capai target cabaran setiap minggu. Bayangkanlah, dahulu saya berada dalam kategori 100k steps tetapi disebabkan malas … dari minggu ke minggu turun kategori. 90k, 85k, 80k dan akhir sekali 55k. 

55k seminggu? Ini level si Yuri punya steps kejar cicak je ni. Huhuhu atas kesedaran untuk terus jaga kesihatan, minggu lepas, saya kerah diri mula bersenam balik.

Result challenge minggu sudah. Boleh dikira satu pencapaian memuaskan 😊 


Biasanya saya bersenam sekitar 30-45 minit sahaja untuk dapatkan intensity minutes. Selebihnya jalan-jalan manja dan steps aktiviti harian yang lain. Mudah-mudahan minggu ini saya dapat kekalkan momentum yang sama dan terus konsisten bersenam. Umur dah banyak, tak boleh main pejam mata bab kesihatan. 😉

Jom kita senam sama-sama! Jom sihat sama-sama! 😊


11 ulasan:

  1. Semoga berjaya.
    Belum ada rutin senaman lagi.

    BalasPadam
  2. Saya lagilah lama tak bersenam.. Basikal dah berbulan ditinggalkan.

    BalasPadam
  3. Semangat terusss kak farrah! Chaiyokkk!

    BalasPadam
  4. saya ni pun sejenis yg malas nak bersenam tapi kadang tu buat juga dalam 10 minit..hehe
    goodluck kak farrah :)

    BalasPadam
  5. Selamat mencari rentak Kak Farrah dan kekalkan momentum macam biasa. Fighting!

    BalasPadam
  6. Semoga bertemu rentak. Belum start bersenam lagi. Haha. Minggu depan la kot. Insha Allah

    BalasPadam
  7. Semoga dapat semula rentak tu kak farrah. Cik tk ni pulak kalau time pergi kerja boleh la dapat 10k step. Lebih lagi kadang. Tapi kalau cuti atau wfh, malasnya la nak bergerak 😅

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.