Sabtu, Jun 05, 2021

Borong Yarra Farm Full Cream Milk

Susu antara produk yang sentiasa kena ada di rumah saya. Guna untuk bancuh kopi, buat overnight oat, smoothie, peram yogurt dan juga untuk baking. Saya pagi-pagi kalau tak dapat secawan latte terasa bagai pincang hari yang dilalui hehehe. 

Sewaktu Bott kata susu tinggal satu kotak sahaja yang berbaki, lajulah jari-jemari ini 'bersiar-siar' di Lazada. Waktu susah hendak ke kedai dalam tempoh PKP kena pastikan kelangsungan stok.

Ini pembelian terbaharu saya. Yarra Farm Full Cream Milk. Borong terus 6 kotak. Sekotak (1 liter)  cuma berharga RM4.80. Dapat pula ada baucar penghantaran percuma. Memang pembelian berbaloilah!

Puas hati dengan pembungkusan. Kemas, bubble wrap tebal dan kesemua enam kotak susu sampai dalam keadaan selamat. 👍


UHT vs Pasteur

UHT atau Pasteur? Sebenarnya, saya lebih gemar susu pasteur berbanding susu UHT. Susu pasteur ini biasanya diletakkan di bahagian chiller produk tenusu. Susunya memang perlu sentiasa dalam keadaan sejuk. Jika tidak, akan cepat rosak. 

Susu UHT melalui proses Ultra Heat Treatment - susu dipanaskan pada suhu yang tinggi untuk satu tempoh masa menjadikan susu tahan lebih lama. Sebab itu, penyimpanan susu UHT boleh pada suhu bilik. Kita tidak perlu simpan susu di dalam peti sejuk melainkan setelah dibuka. 

Sejak kita dilanda wabak Covid-19, corak pembelian saya dah berubah. Saya jarang beli susu pasteur sebaliknya lebih kerap pilih susu UHT. Biasanya saya beli enam ke lapan kotak sekali gus sebagai stok. Tidak perlulah kerap keluar ke kedai.


Low Fat Milk vs Full Cream Milk

Isu antara susu rendah lemak atau penuh krim, mana yang lebih baik sudah lama dibahaskan. Orang yang berdiet, pastinya memilih susu yang kurang lemak tetapi apa yang mereka tidak sedar mereka berkemungkinan memilih susu yang mempunyai lebih kandungan gula.

Apabila kandungan lemak 'ditarik', rasa susu akan jadi kurang enak. Jadi, untuk meningkatkan kelazatan, lazimnya pengeluar akan menambah gula pada susu. Elok-elok nak jaga makan, tidak pasal-pasal kita ambil gula secara berlebihan.

Bagi saya, dua-dua saya suka. Ada masa saya beli susu rendah lemak, ada masa lain saya beli susu segar atau susu penuh krim. Yang penting, kita bandingkan fakta nutrisi pada label produk, lihat kandungan lactose dan pastikan sama ada dimasukkan sebarang gula tambahan ataupun tidak. Nak tahu macam mana? Lihat pada maklumat karbohidrat. Biasanya di bawah karbohidrat akan dipaparkan sekali nilai lactose (natural sugar). Jika nilai karbohidrat sama dengan nilai lactose, maknanya tiada gula tambahan dimasukkan. Hanya gula semulajadi. Kandungan karbohidrat untuk 100ml susu tidak kiralah jenama apa, rendah lemak ke penuh krim ke ... biasanya antara julat 4.3g hingga 5.5g. 

Tiga jenama kegemaran saya - Farm Fresh, Dutch Lady dan Yarra Farm. Rasanya, susu in-house brand Tesco dahulu yang di dalam kotak biru tu guna jenama Yarra. Sekarang tak pasti.

Jadi, susu rendah lemak atau penuh krim? Terserah pilihan. Sebenarnya, bab ini saya tidak terlalu particular. Selagi kita minum susu ikut saiz hidangan yang betul, (bukannya tenggak setengah kotak besar tu sekali minum 😂), insya-Allah tak ada masalah. 




27 ulasan:

  1. Balasan
    1. Ini bawah Farm Fresh juga tak silap saya cuma susunya dari Australia :)

      Padam
  2. Murah tu. Biasa kalau harga macam tu baru dapat 4 kotak je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah kan ... bagi akak bawah RM5 sekotak tu dah dikira good bargain :)

      Padam
  3. x penah jumpa yarrra farm ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat sini pun hanya beberapa tempat je saya jumpa Yarra ni Kakmim.

      Padam
  4. selalunya borong susu kotak bila murah je..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, time murah tu kita borong. Baru berbaloi hahaha
      Kalau ikut harga biasa, mak aiii macam tak layak minum susu pula rasanya :D

      Padam
  5. murah tu harga utk satu kotak! timm pun skrng ni kuat betoi minum susu, sentiasa kena ada stok dekat rumah, hoho..ala2 nak buat homecafe kekdahnya..hihiks, sebab dah lama tak buat kerja barista, tetiba rindu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pa. La ni lepaskan rindu kat rumah... buatlah coffee bar sendiri kat satu sudut. Boleh feeling lebih sedikit apabila menikmati kopi :)

      Padam
  6. saya tak sure saya ada lactose intolerant ke tak, tak pernah tanya pulak dengan pakar, tapi asal minum susu je sakit perut. tapi taram sajalah ahaha

    sebab takdelah teruk, tapi kerap jugek..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kemungkinan juga tu, AO. Akak rasa AO kena beralih pada plant base milk. Susu soya ke, badam ke ...

      Padam
  7. Biasanya dalam peti sejuk ada dutch lady dan farm fresh saja. Yarra farm belum jumpa lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya secara peribadi paling suka Farm Fresh kak. Yarra Farm ni bawah Farm Fresh juga sebenarnya cuma diorang bawa milk solids dari Australia ke sini.

      Padam
  8. Kalau susu semata memang saya tak minum. Tapi kalau susu dah campur coklat, strawberi atau kopi, saya boleh minum..

    BalasPadam
  9. First time dengar yarra farm. Biasa beli farm fresh aje hehehe
    Nanti boleh cuba kalau sedappp :D

    BalasPadam
  10. Produk baru ke kak farrah? pestime dgr yarra farm susu ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak rasa macam dah lama gak... tapi susu ni memang tak femes hahaha

      Padam
  11. Tak pernah jumpa lagi produk ni. Biasa kalau susu, Cik TK terus minum susu tepung Everyday.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak suka gak susu tepung, tapi selalu fail time kacuk hahaha kadang-kadang terlebih, kadang-kadang terkurang ;)

      Padam
  12. Masa gi Melbourne ada melepak tepi Yarra River dan melawat Yarra Valley. Cuma susu Yarra tak pernah minum. Lama tak minum susu sejak saya discover ia penyumbang utama masalah adult acne saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, rasanya dengan keadaan Sal tu lebih sesuai minum susu yang non-dairy. Susu badam ke, susu kacang hazel ke, tak pun susu oat.

      Padam
  13. Ada cuba susu Yarra ini waktu ada potongan harga. Memang sedap.
    Saya kena beli UHT sebab tiada ruang mencukupi hendak simpan. Suka Dutch Lady, Fernleaf. Beli waktu murah, bukan selalu beli tapi beli memang borong. Rasa macam pernah beli 10 kut. Haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita, NA. Jika ikutkan saya suka susu pasteur. Tetapi, memikirkan cara penyimpanan dan peruntukan untuk beli susu, beli UHT lebih berbaloi :)

      Hahaha puas hati bila dapat borong susu, kan? Tak payah fikir tentang stok buat sementara waktu.

      Padam
  14. Yarra Farm belum pernah cuba. Selalu tengok ja kat rak susu. Kat rumah ni pun sentiasa ada stok susu UHT. Kadang ada hari anak minum tiap hari. Ada masa selang² hari atau minggu.

    Ehh susu jenama Tesco dulu 1 kilang dengan Farm Fresh. Suka jugak beli sebab murah.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.