Jumaat, Jun 04, 2021

Kad Hari Lahir Burung Flamingo

Assalamualaikum. 

Saya buat satu lagi kad flamingo. Seronok sebenarnya apabila sekali-sekala ada tempahan kad bertemakan burung flamingo. Warna merah jambunya mengundang ceria. 😁 Nama flamingo datang dari perkataan latin 'flamenco' yang bermaksud flame (fire atau api), merujuk kepada warna terang bulu dan pelepahnya. Burung yang punya tabiat berdiri dengan satu kaki ini sering dikaitkan dengan perkara dan perlambangan positif seperti keberanian, keseimbangan dan sikap terbuka. Tidak hairanlah jika kita jumpa banyak quotes (kata-kata menarik) yang dikaitkan dengan flamingo.


Berbalik kepada kad ucapan tadi, saya pernah buat rekaan yang sama sebelum ini. Jenis kad yang sama (bridge card) menggunakan material yang sama. Tuan yang menempah memang minta design tersebut. Kebetulan bahan-bahan yang diperlukan ada dalam stok, tiada masalahlah. Cuma ada sedikit penambahan yang dibuat supaya lebih menarik.

Rekaan dahulu. Be Your Own Kind of Beautiful 🦩

Kad asas berwarna hitam, diserikan dengan warna merah jambu, burung flamingo dan corak tropika yang saya ambil daripada katalog lama B.I.G  di bawah ini.



Inilah kad ucapan hari lahir flamingo yang telah siap. Entah mengapa, apabila ditengok balik, saya rasa rekaan di atas agak simple untuk kad hari lahir. Jadi, saya gunakan warna merah jambu gelap utuk cipta elemen kontra dan tambah kemasan ala lace di kedua-dua sisi kad. Sentimen Happy Birthday dan kata-kata ucapan tu pakai foiled stickers bagi efek bling bling 🌟


Bahagian Hadapan Kad


Make Today So Awesome Yesterday Gets Jealous

Bahagian Belakang Kad


Bridge card sebegini ruang ucapan kita letak di belakang kerana elemen jambatan pada bahagian depan kad menjadikan agak terbatas untuk menulis di situ. 


Alhamdulillah, siap kerja saya. Kad flamingo ini merupakan kad terakhir yang saya buat sebelum PKP 3.0. Sepanjang fasa PKP saya tidak terima sebarang tempahan kad kerana tidak mahu terlalu kerap keluar. Kita sama-sama jaga diri kita ya!














25 ulasan:

  1. Renda merah jambu pekat memang beri kesan pada kad yang berwarna hitam itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya saya pun tak sangka tona merah jambu tu boleh ngan dengan hitam :)

      Padam
  2. mmg menyerlah warna pink tu...
    comel2 je penerima baca kad ni nnt hehehe..

    BalasPadam
  3. wowww, comelnyaaaa kad hari lahir nii. hehe

    BalasPadam
  4. Warna hitam dengan pink walaupun kontra tapi complement each other. Betullah orang kata opposites attract

    BalasPadam
  5. Kreatif dan cantik. Kalau tak silap, kelab bola sepak Tottenham Hotspur pun guna burung Flamingo pada logo mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terus saya terbayang flamingo tendang bola 😂

      Padam
  6. Comel kombinasi warna merah jambu dengan hitam tuuu, menyerlah! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah… akak pun tak sangka gabungan dua warna ni jadi 😊

      Padam
    2. Sangat menjadi! Sebab pink dia gelap sikit so masuk dengan warna hitam hehehe :D

      Padam
    3. Lepas ni boleh jadi gabungan warna utk buat baju raya heheh

      Padam
  7. wahhhh immpian betul nak buat kad ni. masa kecik dulu suka benar buat macam ni. sampai kena marah dengan ayah sebab membazir kertas.

    cantiklah kad tu kak Farrah, ada rezeki boleh lah tempah, untuk siapa tu tak tahulah hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah bab kena marah sebab bazir kertas tu akak boleh relate. Tak mengapa. Mana tahu nanti ada rezeki kita boleh duduk sama-sama buat kad. Kita pastikan tak bazir kertas k.

      Padam
  8. cantik kak fararah..hitam pink..menarik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Shida. Akak pun tak sangka dua warna ni goes well :)

      Padam
  9. Cantiknya!! Kombinasi warna hitam dan pink serta flamingo tu sangat nice!!!

    BalasPadam
  10. Kad Asas warna hitam memang akan menyerlahkan lagi hasil rekaan kad yang guna warna kontra

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.