Khamis, Julai 15, 2021

Donat Maaf Aku Tak Sempurna

Sabtu lepas, saya groggy sebab makan ubat alahan. Malam sebelumnya entah salah makan apa, tahu-tahu dah tergaru-garu. Bila makan ubat, sepanjang hari berat mata. 

“Hidup lagi ke dah mati?”

Sayup-sayup je dengar suara Bott. Siapa yang hidup siapa yang mati? Buka mata baru perasan, saya terkelap di meja dapur. Waktu ini sebenarnya niat baik nak temankan Bott kemas dapur. Tetapi, Bott jelah yang mengemas. Saya tersengguk-sengguk kat situ.

Dekat tangan Bott ada dua paket yis segera. Bott tengah periksa tarikh luput bahan-bahan kering di dalam pantri. Rasanya yis dalam paket tu saya beli masa mula-mula kita PKP tahun lepas. Kononnya nak meroti. Sampai sudah tak guna. Tarikh luputnya pun tak nampak kat mana.

Saya sempat cakap dekat Bott, kalau nak tahu yis tu hidup lagi ke tidak, pergi bagi yis makan gula. Sesudah tu saya selamat belayar ke ‘Mimpiland’.

"Hidup lagi! Ni hidup lagi, kan?" 

Bott kejutkan saya untuk tengok yis. Memang betul-betul dia pergi uji yis hidup lagi ke tidak. Gambar kat atas, Bott yang ambil. Saya suruh dia capture sebab saya malas nak ke heret langkah ke dapur. 

Selepas tu, saya pandang Bott, Bott pandang saya. Yis tengah mengembang dengan jayanya, mestilah kena buat sesuatu, kan?


Donut Maaf Aku Tak Sempurna

Dah alang-alang tu, buatlah adunan donat. Tetapi, orang mengantuk macam saya sepatutnya disorongkan bantal, bukannya disorongkan doh untuk diuli. Saya rasa saya dah cukup lembut dan berhati-hati masa bentukkan donat, pindahkan ke dulang pembakar. Rupa-rupanya, itu cuma keyakinan orang mamai di bawah pengaruh ubat! 😅

Inilah Donat Bakar Maaf Aku Tak Sempurna. Dalam banyak-banyak, hanya satu sahaja yang cantik rupa paras. Yang lain ada yang obes … ada yang kembung, bujur … dah macam bagel pun ada.

Meskipun dari segi rupa kurang berjaya dan tidak seragam bentuknya, donat ini tetap berjaya dari segi rasa. 


Saya guna resepi donut biasa, bukan yang letak kentang atau susu pekat. Resepi ini jugalah yang saya guna kalau nak buat donat malt berkeju dan roti goreng inti keju.

Resepi Donat Mudah

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik 
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 biji telur
  • Bancuhan yis yang diperap (1 cawan air suam + 1 sudu teh yis + 2 sudu besar gula)


Donat Bakar Vs Donat Goreng

Saya pernah beberapa kali rasa baked donuts sebelum ini dan saya suka akan teksturnya. Donat bakar tidak akan jadi sekembang dan segebu donut yang kita goreng jeluk (deep fry), namun teksturnya tetap lembut, berongga dan yang penting tidak berminyak! Tengok ni … 

Alhamdulillah, satu adunan dapatlah dalam 24 - 26 biji donat kecil. Puas kami makan donut petang tu. Selebihnya dibungkus dan didinginbekukan sebagai stok untuk sarapan atau minum petang.

24 ulasan:

  1. hahahah rupa x cantek takpe, janji rasa tu ada :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha yang penting rasa ada kan... kalau rasa pun ke laut memang boleh pergi nangis kat bucu katil 😆

      Padam
  2. Cantik pun,geram tengok. Pandai sains senang nak buat kek bagai, bila baca resepi, ada siap bagitau tentang campuran ni reaksi ni, hikmah pkp hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Besar hikmah PKP untuk kita semua sebenarnya kan...

      Padam
  3. Rupa ok la tu compare dengan Naniey punye hehe xde pulak gambarnya. First time buat donat.. X thu la rupe apa.
    yg penting rasanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Okey, Naniey approved! 😄 Jadilah walau tak bulat sama saiz, kan ... janji rasa donat tu ada

      Padam
  4. Eh saya tengok ok sahaja rupa donut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi, kalau nak bukak gerai buat jual tak lepas ni, NA. Tak lepas quality control 😂

      Padam
  5. Nak gebu lagi boleh ganti kan tepung gandum tu dengan tepung high protein 😁.Tapi donut gini pun dah sedap. Sebab mak Syu dulu pun guna tepung biasa jer buat donut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orait, nanti boleh cuba guna tepung high protein. Thanks for the tips, Syu 😘

      Padam
  6. Hahahaha takpe tak sempurna kak farrah, janji rasa tu penting! Sedappp! Masuk perut hancur jugak nanti kita gigit hahaha :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaah that was my defence bila donut keluar oven dengan pelbagai bentuk dan saiz.
      Janji rasa ada...masuk perut pun tak ada bentuk gak 🤣😂

      Padam
  7. Tak sempurna janji sedap. baru saya tahu ada donut bakar rupanya. Saya pun kalau buat donut tak sempurna bentuknya, asakan rasanya sempurna :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi donat Fiza cantik! Akak ulang ... donat Fiza cantik gebu gebas gitu. Hahahah kira kita buat donat lebih kurang time samalah kan...

      Padam
  8. Dah lama tak mendonat, ada juga paket yis dalam pantry. Agaknya masih hidup atau dah mati? Nanti kita buat eksperimen juga ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat bereksperimen. Mudah-mudahan yisnya masih bernyawa. Bolehlah mendonat!

      Padam
  9. Tak pernah cuba lagi donut bakar , rasa sama macam donut gorrng jugak ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Donut bakar 'kering' sedikit jika dibandingkan dengan donat goreng. Bahagian luar kulitnya akan crispy sebab dibakar, dalamnya lembut 😊

      Padam
  10. Kalau tanya saya kira ok la tu untuk kategori orang tengah mengantuk. Rupa tak penting, asalkan rasa sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha kira lepaslah kan utk orang mengantuk 😝 Yes, yang penting rasanya.

      Padam
  11. Tak sempurna tak apa janji sedap dan gebuuuu

    BalasPadam
  12. sungguh begitu..bila ngap ke mulut asal sedap..rupa x penting dah hahaaa

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.