Khamis, Julai 29, 2021

Rehat Minda - Berapa Wajah

Assalamualaikum. 

Bagaimanakah hari kalian setakat ini? Sedang sibukkah? Andai ada masa terluang, marilah rehat-rehatkan minda dengan saya sebentar.

Perhatikan gambar di bawah. Sekali pandang memang kita akan nampak sepohon pokok yang hanya tinggal ranting-ranting tanpa dedaun. Tetapi, andai diteliti akan terpapar imej beberapa wajah yang terbentuk melalui jalinan ranting-ranting tersebut. 

Cuba lihat betul-betul.

Nampak tak? Ada berapa wajah yang dapat kalian kesan?

Ciri pengenalan wajah di telefon pintar saya hanya mampu kenal pasti dua wajah. Dua sahaja? Tak boleh harap betullah. 😂

Adakalanya, apabila kebosanan atau sekadar hendak berehat sebentar daripada tugasan yang sedang dibuat, saya suka melakukan aktiviti asah mata sebegini. Rajin jugalah pergi cari imej-imej ilusi optik di internet kemudian akan kagum sendiri apabila ilusi optik berkenaan berjaya memperdaya indera mata. Sekali-sekala, saya akan kongsi imej tertentu dengan anak-anak murid kelas tuisyen sebagai aktiviti tambahan. Ajak mereka exercise mata.

Kalau ada antara kalian yang tahu sebarang laman web menarik berkenaan ilusi optik, tolong maklumkan pada saya ya.

Sudah dapat kira berapa bilangan wajah yang terdapat dalam imej di atas atau belum? Empat? Lima? Lapan? Sepuluh?

Kongsi jawapan kalian di ruangan komen di bawah.

Saya jumpa sepuluh. 😊


* Imej tidak dapat dikreditkan kerana tidak tahu sumbernya.


25 ulasan:

  1. Saya jumpa sepuluh jugak. Dulu suka tengok gambar 3D. Puas dok julingkan mata nak nampak objek 3D tu. Kalau google ada kot kak Farrah. Jarang explore illustration ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, 3d pun akak suka gak! Tapi kan akak selalu kuciwa sebab orang lain dah nampak, akak tak nampak-nampak lagi hahaha

      Padam
  2. saya kira ada 10 wajah dalam gambar tu

    BalasPadam
  3. saya nampak 9..yang 2 paling bawah tu paling obvious la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang 2 kat bawah tu kalau tak nampak memang kita kena pergi check matalah jawabnya hahaah

      Padam
  4. Balasan
    1. Selepas baca komen Kak Ret ni, gigih saya dan Bott paksa mata scrutinize gambar ni. Yes, kami dah jumpa wajah yang ke-11! Hebatlah, kak!

      Padam
  5. Wak kira2 kalau dengan muka wak sekali ada 11

    BalasPadam
    Balasan
    1. 12, wak. Jangan lupa tambah muka saya sekali hehehe

      Padam
  6. Waalaikumussalam. Alhamdulillah. Hari2 yang masih seperti biasa musim pkp huhu.
    Ain kira ada 10 , 2 perempuan 8 lelaki. Tapi tak tahu la hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, siap asingkan jantina! Akak pun jumpa 10 mula-mula. Kak Ret jumpa 11 :)

      Padam
  7. saya jumpa 9 je. puas jugak cari yang ke 10 tapi tak nampak. selalu jugak imej macam ni orang kaitkan dengan personaliti, macam tafsiran psikologi depends on apa kita nampak dulu.

    BalasPadam
  8. Jumpa 10. Kalau saya suka permainan sudoku.

    BalasPadam
  9. Teringat pula, imej young lady dan old lady, yang ni jumpa 10.. Seronok pula duk cari2 lagi hehe..

    BalasPadam
  10. memula nmpk 2 muka lps tu nmpk 6 muka heheheh

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.