Jumaat, Ogos 27, 2021

Teringin Mussels Big Pot Two Sons Bistro

Seminggu dua ini, saya sibuk asingkan gambar di galeri telefon untuk buat beberapa photobook. Bayangkanlah, banyak gambar family gatherings dan keraian yang disambut dua tiga tahun lepas masih belum diasingkan atau disimpan betul-betul. Sebelum gambar-gambar tu hilang disebabkan kecuaian saya, baiklah diusahakan supaya menjadi memori yang tangible.

Tengah belek-belek gambar, terbantut tujuan asal apabila tengok gambar piza dan lauk kupang ini. 

Mussels Big Pot


Tropicale Pizza - Hirisan ayam belanda, nanas dan keju mozarela. Setiap potongan ni milik saya 😁


Menu ini antara yang dipesan semasa sambutan hari lahir saya tahun lalu di Two Sons Bistro, The Starling. Ketika itu, bulan Februari. Covid-19 belum mengganas. Kes yang dilaporkan pun dalam 20 lebih. 2021 tak dapat berkumpul. Saya tunggu kiriman makanan dan hadiah sampai ke depan pintu je 😊.

Outlet Two Sons Bistro terkenal dengan hidangan kepah dan kupang. Apa yang menarik, ada 16 perasa untuk kita pilih. Kami pesan dua mussels big potsThis one was Mussels with Butter Cream Chilli. Tak silap sayalah. Lagi satu, cheesy baked.

Terus terliur tengok kupang-kupang yang mewah digenangi kuah lemak berkrim tu. Saya bukan jenis yang suka makan makanan laut sangat. Tetapi yang ini memang kena dengan selera. Hendak guna GrabFood, kedai ni jauh di Damansara Utama dan tak sampai ke kawasan saya.

Cuaca dingin sekarang, sesuai sangat buat juadah kupang berkuah begini. Hidangkan panas-panas, kita cecah dengan baguette. Enaknya! 

Nampaknya, kena cari resepi. Kita usaha buat sendiri. Tak pun tunggu Cekengah kasihan pada kakaknya di kampung ini. Adik perempuan saya sekarang rajin bereksperimen dengan Bibik Jerman (Baca: ThermoMix TM6 😁). Bersungguh saya panjangkan gambar kupang ni pada dia. Manalah tahu, nanti-nanti dia tergerak hati nak masak untuk saya 😂.

Kalian suka makan atau masak kupang tak? Selalu buat hidangan yang bagaimana? Pedas atau manis? Kering atau berkuah? Tolong kongsi idea sedikit.

25 ulasan:

  1. Hehe adik saya pun ada bibik Jerman ini tapi duduk jauh seberang.
    Jarang makan kupang. Selalu makan bersambal.
    Selamat buat ya Puan Farrah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe bila rasa resepi, macam bertingkat-tingkat pula rasa malas saya, NA 😂 Nampaknya, kita kena serahkan pada adik-adik kita yang ada bibik Jerman ni… biar mereka yang bereksperimen. Aci tak? 😁

      Padam
  2. SA pernah sekali makan kat sana dengan Ex Bf...memang diorang nyer speciality masakan mussel and clams kan..ntah ada lagi ke tak kedai diorang kat The Starling tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kak. Rata-rata orang yang datang memang nak cari kepah dan kupang. Itulah… tak pasti kedai apa yang survived dan masih beroperasi dekat Starling tu

      Padam
  3. Nampak sedap kupang tu lagi2 kalau fresh manis aje isinya .kalau makan stemaboat wajib ccl akan collect kupang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, kupang dan steamboat memang sahabat baik! Betul tu, CCL. Kalau fresh, manis isinya. Puas hati makan 😊

      Padam
  4. banyak tu ada pilihan 16 perasa. Bolehlah tukar tukar setiap kali order nak rasa satu satu jenis hidangan kepah. Kalau saya suka masak sambal atau rendang. Pedas pedas kuah pekat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meleleh air liur akak terbayangkan rendang kupang. Siap terbayang rendang tu dihidangkan dengan plating cantik, Fiza yang ambil gambar hahahah

      Padam
    2. Sedap kak rendang kupang. Saya dah buat dah. Tapi plating tak seberapa lah. tema nostalgia cam biasa. Tak ada pinggan mangkuk dan props wow sangat :)

      Padam
  5. femes two sons ni ye... tapi k ret belum pernah try lagi..
    member2 suka sangat makan kat situ..
    next time nak juga try la :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti one day boleh cuba, Kak Ret. Pilih sos/kuah yang kena dengan selera. Ada 16 tu hehehe

      Padam
  6. Tak pernah makan masakan macam cheesy baked tu.. Teringin nak cuba tapi bila la nak habis semua ni kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahan semua ni cepat berakhir… kita dapat keluar buat aktiviti macam dulu dengan lapang dada tanpa risau tentang wabak ni.

      Padam
  7. Saya pun rajin juga cetak gambau-gambau guna photobook.. Kalau tak dicetak, memang dipadam saja di phone ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Tahu-tahu dah hilang je gambar. Tangan sendiri yang padam tu 😂

      Padam
  8. tak pernah makan lagi Two Sons Bistro ni, maybe tempat saya takda. tapi tengok mussles tu memang menyelerakan. nampak freshh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang yummeh, Mazni. Tak apa kalau kat area Mazni tiada Two Sons Bistro, boleh cari kedai makan lain yang sajikan hidangan serupa. Yang penting kupang fresh, baru enjoy makan! 😊

      Padam
  9. Dulu pergi Starling tengok wayang lepas keje sebab MBO dia best. Tapi tulah tak pernah singgah makan mana-mana kedai di situ. Kalau kupang saya suka rebus aje, takpun buat sambal. Teringin pulak nak gi restoran kak Farrah sebut tu. Harap la survive musim pandemik ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahan survive lah supaya lepas pandemik ni berakhir, Sal boleh pergi makan di situ 😊

      Padam
  10. Sha tak pernah cuba lagi kupang masak macam nie.. Pernah sekali makan yang dalam tin tapi tak kena dengan tekak.. Nampak gayanya kena cuba yang fresh jugalah nanti..

    BalasPadam
  11. Tak pernah makannn, tapi nampak sedapp pulakk! Kupang tu saya suka makan, tapi masak tak berapa reti kikiki. Biasa kakak saya masak lauk berkuah gituuu.

    BalasPadam
  12. jarang makan seafood jenis ni..tapi nampak sedap kuah yg buttery & creamy..

    pizza thin crust mmg best..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.