Khamis, September 30, 2021

Berlatih Seni Tulisan dan Kaligrafi Moden

Petang semalam hujan lebat di kawasan saya. Cuaca sejuk buat otak saya jammed untuk buat kerja. Jadi, letak tepi dahulu tugasan yang perlu fikir-fikir … buat secawan kopi panas dan terus masuk bilik kraf. Kemas-kemas apa yang patut. Saya kemas stok kertas dan kad, bersihkan clear stamps, buat embellishments untuk hias jurnal sedikit dan sempat uji semua pen warna saya sama ada masih berdakwat ataupun tidak. Kira dah cukup produktiflah tu, kan? 😊

Selesai kemas pen, ternampak kertas grid dan peralatan hand lettering saya. Sudah agak lama saya tak berlatih seni tulisan atau sebarang bentuk kaligrafi moden. Entah-entah tangan dah keras dah. Apa yang saya maksudkan ini bukan khat kaligrafi dan bukan juga kaligrafi tradisional yang pakai ancient scripts tu. Hand lettering dan kaligrafi moden konsepnya lebih fleksibel, tidak terlalu terikat pada kaligrafi asal.

Saya pun capailah kertas grid. Instead of ambil pen berus, tiba-tiba saya rasa hendak cuba guna pensel pula. Selain menggunakan pen berus, kaligrafi moden boleh  dihasilkan dengan pen marker seperti Crayola dan pensel. Cuma mata pensel keras, berbeza dengan mata pen berus yang boleh dilentur. Jadi, agak sukar untuk kita menghasilkan garis tulisan dan tekanan yang berbeza menggunakan pensel jika tidak kena caranya.

Setelah tulis padam tulis padam … inilah hasilnya.

Okey tak? Saya anggap percubaan ini agak berjaya cuma kena banyak berlatih lagi. Jenuh rasanya nak angkat pergelangan tangan dan alih pensel untuk dapatkan garis tulisan yang berbeza. Mungkin kerana saya belum betul-betul mahir lagi, saya rasa guna brush pen (pen berus) jauh lebih mudah! 

Itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Saya dah nak mula kerja. Ada antara kalian yang gemar tulisan kaligrafi tak? 


Semoga hari kalian berlangsung dengan indah!


14 ulasan:

  1. Wah cantik. Orang berseni buat apa menjadi, betulla pengelangan ni geometrinya ya. hehe..

    BalasPadam
  2. Kemas je tulisan kaligrafi Farrah..kalau saya bukan kaligrafi, tulisan biasa pun rasa comot bila tulis..adoi!

    BalasPadam
  3. Cantik tulisan calligraphy Kak Farrah. Practise make perfect. Lenguh tangan ni nak menggayakannya.

    BalasPadam
  4. Cantiknya Kak Farah.. Teruja pula Sha tengok..

    BalasPadam
  5. Suka tengok. Minat tapi keras pulak jari jemari ni.

    BalasPadam
  6. Nice! Saya memang tak mampu rasanya, tulisan biasa pun buruk hahaha

    BalasPadam
  7. Nampak kemas sangat . Betul tu bila guna pensel ni amat sukar juga berbanding guna brush

    BalasPadam
  8. cantekk weii!!
    kalau tangan jenis x bendung mcm k ret mmg susah nk dpt tulisan cantek camtu hahah

    BalasPadam
  9. sedang belajar guna brush pen. part naik turun setiap curve tu mencabar betul sbb pergelangan tangan keras. kejap jadi, kejap tak jadi hahahah

    BalasPadam
  10. Cantik dan kemas tulisannya. Eza tak reti, tulis biasa pun tulisan boleh buat geleng kepala sendiri. hehe

    BalasPadam
  11. Kagum nyaa kak farrah..berbakat sgt!kemas dan cantik!

    BalasPadam
  12. memang produktif. kalau saya, hujan-hujan begitu sama ada tidur atau ke dapur mengisi perut

    BalasPadam
  13. rajinnyaaaa diaaaaa

    dulu ms zmn sek ren sy sukaaaaaaa sgt kaligrafi moden ni smpi terbawa2 dalam karangan. tp cikgu ckp tulisan sy buruk hahahahahahah

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.