Khamis, September 23, 2021

Terbeli Quaker Breakfast Pack Sebab Comel

Semasa mencari rolled oats di Lazada, saya jumpa pek promosi Quaker Oats. Lazimnya, disebabkan memang banyak guna oat, saya akan beli loose pack dari kedai menjual peralatan kek dan bakeri. Sekilo rolled oats boleh dapat dalam RM5.70 - RM7.00 (bergantung kepada kedai dan  promosi yang berlangsung). Lebih berbaloi jika dibandingkan dengan oat yang ada jenama. Paling murah sekitar RM8. ++, itu pun dalam 800g. Lagi satu, jika beli produk yang berjenama, saya jarang pertimbangkan Quaker Oats kerana lebih gemar jenama Captain.

Tetapi, Quaker Breakfast Pack ini benar-benar menarik perhatian saya. Didatangkan di dalam kotak comel, ada 800g rolled oats dan hadiah percuma - breakfast cup + heart scoop

Quaker Breakfast Pack

Harganya ketika itu RM8.90. Saya guna baucar Daily Rewards RM1, baucar penghantaran percuma dan potongan RM0.05 sebab guna Lazada Wallet, jadi jumlah akhir yang saya kena bayar ialah RM7.85.

Hadiah percuma - Cawan sarapan dan pencedok

Saya tidak kisah sangat dengan breakfast cup kerana miliki beberapa buah yang lebih kurang sama. Breakfast cup sebegini, bahagian atasnya ada ruangan terpisah untuk isi hirisan buah, kekacang atau bijirin. Jadi, apabila hendak bersarapan, barulah bahan-bahan itu dimasukkan ke dalam oat. Tidaklah buah, kekacang atau bijiran cepat soggy kerana diletakkan sekali. Saya sebenarnya berkenan dengan pencedok bentuk hati hehehe. 


Pencedok berbentuk hati 😊

Sanggup beli Quaker Breakfast Pack semata-mata mahukan pencedok bentuk hati. Padahal di dapur, ada  macam-macam bentuk dan warna measuring cups. Entah mengapa saya rasa pencedok bentuk hati ni comel sangat. 1 scoop bersamaan 1/4 cup. Untuk hidangan sarapan biasa, kita perlukan 2 scoop oat. 


Bott pelik apabila tengok Quaker Breakfast Pack sampai serentak bersama 2 kilo rolled oats tanpa jenama yang saya beli di kedai lain. Dia tanya kenapa beli Quaker, saya beri sebab (baca: alasan) paling kukuh - terbeli sebab comel! 😎


Selamat menikmati hari! Jangan lupa senyum! 😊

 










28 ulasan:

  1. saya pun adakala 'terbeli' sesuatu jugak hahaha

    BalasPadam
  2. cantiknyaaaa
    sygnya sy tak makan oat
    kalau tak sy beli jugak ni

    BalasPadam
  3. hahaha. ini biasalah kan, kita orang perempuan. pantang nampak comel sikit, lagi-lagi warna atau karekter kegemaran. tak perlu pun tetap beli. eh, saya tak pernah ada breakfast cup. kena cari ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah... bila jumpa yang comel-comel tu, rasa macam ada yang memanggil-manggil minta dibeli hahahah Selamat mencari breakfast cup yang berkenan di hati, Sal. Jangan terbeli benda lain pula. :)

      Padam
    2. terbeli benda lain tak berkaitan tu benda biasa kak. reward diri katernyeee

      Padam
  4. Hahaha terbeli sebab comel. Alasan itu memang comel dan saya pun selalu guna alasan tu.

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Itu yang tidak dapat tidak kena beli tu ... comel sangat! :)

      Padam
  6. Kann... terbeli sebab sesuatu bukan sebab takde hahahaa

    BalasPadam
  7. Cute sangat pencedoknya. Sesuai sangat bentuk hati. Mungkin boleh jadi penyebab lagi rajin makan oat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oat kan elok untuk jantung. Konsepnya oat di hatiku gitu hehehe

      Padam
  8. Aduhaiii kenapa comel sangat scoop dan tumbler ni. Memang terjebak membeli. Pantang nampak benda comel.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Comel kan ... nasib baik tak ada warna pink 😁

      Padam
  9. sy pon akn terbeli kalo bnda tu comel..
    walaupon bnda tu sbnrnya xnk pon ataupon dh ade..
    tp nk jgk beli kalo comel.. haha

    BalasPadam
  10. Harga pun murah . Berbaloi beli set quaker oat ni . Penyedok love tu unik sangat

    BalasPadam
  11. aweeee sooo cuteee!!!! kalau saya pun auto beli jugak kak.

    BalasPadam
  12. ommeyyyyy yuri mesti suka hahhahaha

    BalasPadam
  13. Hahahahah tak apa kak. Saya pun sering begitu, beli hanya Krn tertarik dengan bentuknya 😂. Memang wanita kan, paling gampang terpengaruh bentuk2 unik dan cantik 😄

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.