Selasa, Oktober 05, 2021

Ganjil yang Benar-benar Ganjil

Assalamualaikum. 

Hari ini saya hendak bercerita tentang drama bersiri baharu di Viu - Ganjil. Ganjil, arahan Datuk Yusry Abd. Halim yang membariskan pelakon-pelakon seperti Diana Danielle, Fattah Amin, Fatin Afeefa, Izzue Islam, Dato' Sri Eizlan Yusof, Aida Aris, Rosnah Johari dan ramai lagi merupakan sebuah Siri Original Viu yang sedang ditayangkan. 

Saya memang suka tonton cerita-cerita Viu Originals tidak kisahlah cerita dari produksi Malaysia, Indo atau Thai. Kira boleh layanlah. Antara yang saya suka The Bridge, Keluarga Baha Don dan Kopitiam Double Shot.  

Apabila dah tonton trailer Ganjil, terus rasa teruja nak tengok. Adalah cerita best untuk ditonton sambil-sambil buat kerja nanti.


Apa yang ganjil tentang Ganjil?  

PENTING: SPOILER ALERT


Nabila, seorang personaliti media sosial dan Amry, seorang jurutera dalam bidang IT yang agak timid dan pemalu tidak saling mengenali. Hubungan antara mereka bermula apabila bertemu antara satu sama lain di alam mimpi. Mimpi yang sama dan berulang-ulang - Nabila struggle berpaut di pinggir gaung manakala Amry akan datang untuk cuba menyelamatkannya.

Pelik dan keliru dalam memastikan siapa masuk mimpi siapa, Amry dan Nabila seolah-olah diajak melawat sisi kehidupan masing-masing. Perbualan mereka membawa kepada satu penemuan. Di alam nyata mereka pernah berpapasan kerana Amry bekerja di kawasan berhampiran tempat tinggal Nabila. Jadi, mereka buat janji temu untuk berjumpa di sebuah kedai muzik.

Tak kanlah semudah itu, kan? Insiden ganjil semakin ganjil apabila mereka berjumpa tetapi tidak bersua empat mata dalam dimensi masa yang sama. Baik Nabila mahupun Amry, datang ke kedai muzik tetapi .... 

Kredit Imej - Saluran Youtube Viu Malaysia

Macam mana, cukup intriguing tak? Alam mimpi menjadi ruang terbuka buat kedua-dua mereka bersahabat, bertukar cerita dan berkongsi impian. Setakat ini, Nabila sibuk ajar Amry bagaimana untuk memenangi hati Sally (Fatin Afeefa) dan Amry cuba sedarkan Nabila yang Ihsan (Izzue) ada perasaan terhadap dia.


Menonton Ganjil membuatkan saya teringat sebuah filem lakonan Sandra Bullock (sebagai Kate) dan Keanu Reeves (Alex), The Lake House (2006). Saya suka betul filem ini. Pasangan ini bercinta selama dua tahun walaupun mereka berada di alam masa yang berbeza. Seorang dalam tahun 2004 manakala seorang lagi tahun 2006. 

Kredit Imej - IMDB


Mereka berhubungan hanya melalui surat yang diletakkan di dalam peti surat 'the lake house'. Alex pernah duduk rumah tu pada 2004 sebelum dibeli oleh Kate pada 2006. Mereka pernah buat date untuk berjumpa tetapi Alex tidak muncul. 

Dah kemudian baru Kate tahu Alex tidak datang sebab kemalangan dalam perjalanan untuk berjumpa Kate. Jadi, Kate hantar surat emergency rayu Alex supaya jangan datang date mereka, sebaliknya tunggu dua tahun baru jumpa dia. Malah, Alex kena datang sendiri ke lake house. Lebih kurang begitulah ceritanya.


Berbalik kepada Ganjil, agaknya ke mana hala tuju mimpi-mimpi Amry dan Nabila? Adakah akan terjalin hubungan romantik atau sekadar satu fasa pengembaraan untuk mereka reflect diri kemudian perbaiki kehidupan masing-masing? Seganjil mana Ganjil boleh pergi? 

Itu kita kenalah tunggu dan saksikan sendiri apa kesudahan naskhah fantasi romantik ini. Jangan lupa tonton di Viu. Dua episod baharu akan keluar setiap Khamis.




15 ulasan:

  1. Yeah! Ganjil tetap Ganjil. Memang sesuai dengan tajuk yang diberikan. Jom tonton!

    BalasPadam
  2. Banyak kali juga nampak iklan Ganjil ni, tapi since takde Viu, tak dapatlah tengok. The Lake House tu pulak saya tak pernah tengok. Saya malas sikit cerita slow ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak tengok Lake House sebab Bullock dan Reeves. Terbawa-bawa mood Speed hahaha

      Padam
  3. Filem fantasi, macam pernah tonton, meja belajar antik, ada surat dalam laci, saling berhubung melalui laci tu, seakan Ganjil, jalan cerita penuh kelainan, menarik.

    BalasPadam
  4. kak ret x pernah tgk drama selain korea kat VIU heheh...

    BalasPadam
  5. Aha jumpa dalam mimpi atau masa berbeza.
    Ada juga tengok cerita begini jumpa pada tahun berbeza melalui panggilan telefon.

    BalasPadam
  6. Mcm best..
    Ammi dah uninstall VIU. Nanti nak check kat android TV tu ada tak cerita ni listed

    BalasPadam
  7. Ada perasan posternya. Belum tengok lagi. Lately tak sempat nak menjengah viu. macam pertama kali pelakon utama digandingkan rasanya kan.

    BalasPadam
  8. nak tengok drama ni nampak macam menarik juga tapi nak tunggu complete dulu baru nak subscribe balik viu..hehe

    BalasPadam
  9. jarang sekali nak tonton drama melalui viu ni

    BalasPadam
  10. Salam ziarah..blog saya rasanya ringan tak di smart phone anda? Boleh tak nampak paparan alat2 lain..maaf ya saya bertanya..mohon bantu respon ya

    BalasPadam
  11. Drama melayu saya suka tengok..pelakon pun ok hebat2

    BalasPadam
  12. mmg ganjil ni hehehe

    best wooo filem the lake house tambah plak ms tu keanu reeves ensem nyaaaaaaaaaa hahahhaa

    BalasPadam
  13. Aduh!! Teruja baca perkongsian kak Farah nie..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.