Khamis, Disember 30, 2021

Gift Set Prudential BSN Takaful

Hai, semua! Kebiasaannya, pada penghujung tahun begini dan buat beberapa minggu yang akan datang, saya akan terima banyak diari, buku nota, buku catatan dan planner. Tidak kiralah untuk tahun baharu atau buku-buku tahun sebelumnya yang masih belum digunakan. Mungkin sebab orang keliling saya tahu saya ni suka buat jurnal dan hantu kertas, apabila mereka ada buku-buku kosong yang tidak pakai terus teringat pada saya.

Di pihak saya, memanglah akan suka. Waktu-waktu beginilah koleksi buku nota saya bertambah. Saya jenis yang cepat serabut. Jadi, saya memang asingkan buku catatan ikut fungsi. Satu buku untuk satu kerja atau projek. Selain itu, sesetengahnya saya jadikan rough papers untuk tulis peringatan atau sebagai brain dump. Senang cakap, saya memang guna buku nota. Tak sia-sialah beri pada saya. 😂

Terbaharu, saya dapat set hadiah Prudential BSN Takaful. Bukan satu. Bukan dua. Tetapi, tiga kotak saya terima. Mula-mula, saya ingat ada diari atau planner sahaja. Peliklah juga sebab kalau sekadar buku, kenapa siap ada kotak?


Apabila dibuka …

Set Hadiah Prudential BSN Takaful

Ada tiga item di dalamnya. Buku catatan, passport cover dan tag untuk beg. Apa lagi … tersengih macam kerang busuklah akak seorang ni. Bukan main cantik lagi set hadiah Prudential BSN Takaful.  Saya suka tona warna coklatnya.


Bahagian dalam buku catatan.

Bukunya jenis kosong. Halaman tidak bergaris. Cuma ada slogan Takaful For All For Life pada setiap lembaran sebelah kanan. Saya suka buku kosong begini. Senang hendak tulis, conteng dan lukis ikut cara kita. Sesuai juga andai dijadikan bullet journal atau art journal. Tetapi, saya lebih kepada nak buat sebagai buku brain dump saya. Kulitnya tebal dan berkualiti. Tahan lasak sikit untuk saya bawa ke sana ke mari.


Kalian sudah mula terima diari atau planner 2022? Tahun ini, saya rasa macam kurang rancak syarikat atau organisasi beri kalendar dan planner tahun baharu. 😊


Okey, kita jumpa nanti. Misi saya, hendak habiskan hari-hari terakhir 2021 dengan kunjungi blog rakan-rakan sebanyak yang boleh. Moga berhasil! 💪🏼



7 ulasan:

  1. Bestnya dapat buku free... cantik cantik pula tu

    BalasPadam
  2. Sejak dari tahun lepas disebabkan covid ramai yang tak plan buat planner. Tapi pada saya dah tentu kena ada sebab suka menulis. Kena ada 2 at least untuk catatan lain. cantik gift set pru planner ni. Biasanya dapat jenis warna merah dan bergaris. Tak lupa dapat calendar sekali.

    BalasPadam
  3. Alaaa kita x dpt pun gift ni hehehe.. Best plak tgk..! Ini utk yg dh lama subscribe ke utk semua eh agak2 nya baru n lama?

    BalasPadam
  4. Aduh!! Menarik sungguh set ini.. Warna coklat tu pun cantik..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah dapat. Memang akan guna nanti.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.